Mengimbau Memori Konvokesyen

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila belek album lama terlihat gambar-gambar konvokesyen 15 tahun yang lalu masa undergraduate... Saya ni bukan pelajar yang pandai. Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menegah hanya duk di kelas pertengahan saja. SPM saya tahun 1997 hanya dapat 23 agregat sahaja. Masuk form 6 ambil STPM tahun 1999 hanya dapat 5P yang rendah sahaja. Boleh masuk Uitm tahun 2000 pun pengambilan yang kedua.... Al maklum la Uitm ada dua pengambilan setahun. Bertapak la saya di Uitm Shah Alam tahun 2000-2003 di stadium Shah Alam. Fakulti saya masa tu fakulti baharu tak ada tempat, so stadium Shah Alam dijadikan kelas untuk kami belajar di dalam tu... tahun 2004 konvokesyen. Juga tak pandai mana. CGPA saya hanya layak ambil master.....

Budak PA hood jubah warna purple

Bila konvo degree gambar satu album... 

Kemudian meneruskan je peringakat ijaah sarjana di USM satu-satunya Universiti idaman saya masa form 6 lagi.... sabahat-sahabat di sekolah saya masa form 6 ramai yang dapat masuk USM masa tu bidang komunikasi. Dek saya ni bodoh, tak tahu nak refer siapa, main pilih sahaja... salah pilih course terus tak dapat masuk.... Rupanya course komunikasi ni kalau pelajar yang tak berapa nak pandai macam saya boleh la masuk.... Masa tu saya pilih bidang Ilmu Kemanusiaan di USM,,, course ni memang kena result power skit.... 

Kat USM saya belajar tahun 2004-2006.... konvo pada tahun 2006, masa tu saya dah kerja kat KL dalam industri. Nasib saya mungkin baik skit. Dah habis belajar 2,3 hari terus p KL terus dapat keje sebab masa degree kat Uitm Shah Alam saya dah ada networking keje dalam industri dah kenal dengan penerbit filem masa tu....


Konvo kat USM masa tu, harap ada gambar sahaja... dah tak ada dah satu album. Itu pun harap ada kamera kawan-kawan saja, pinjam negatif dan cuci... hehehe....

Bidang saya ambil, kalau kat Uitm dulu masa saya belajar namanya Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Seni Layar) dengan Kepujian di bawah Fakulti Seni Persembahan. Sekarang fakulti tu dah ditukarkan nama kepada Fakulti Filem Animasi dan Teater. 

Kat USM saya ambil kursus Komunikasi (Pengajian Skrin) di bawah Pusat Pengajian Komunikasi.... 

Dua-dua konvokesyen dah dilalui...bila difikirkkan ada apa dengan konvokesyen ni! dah lulus pengajian pun dah ok rasanya. Cuma konvo tuk pengiktirafan sahaja!

Masa muda excited la nak konvo, bila dah tua macam ni dah rasa macam biasa dah, konvo ke tak sama jer yang penting lulus pengajian. 


2 comments:

  1. rindunyaaaa zaman sekolah dan uni.. huhu :(

    ReplyDelete
  2. kira tak bodohlah macam tu sheila..akak ni takde pun merasa konvo2 macam tu, apapun kenangan zaman belajar tu memang bestkan

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED