Fokus


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... salam sayang

Syukur, hari ni baru saya dapat betul-betul fokus dalam membuat pembetulan tesis saya. Khamis ni saya akan ke USM lagi.... Subhanallah.... bila baca dan buat pembetulan, banyak yang saya rasa salah sangat tesis saya ni.... 

Kak ngah Zara Adelia peneman saya. Kesian! penat dia, ngantuk sampai tak pergi kelas mengaji...

Saya mohon la semoga examiners yang akan nilai tesis saya dengan adil dan penuh berhemat... Bayangan examinars dah dapat saya rasa. Memang the killers... Sambil duk buat sambil duk taip bayang wajah mereka.... Sambil tu saya doa semoga mereka faham apa yang saya tulis dan tidak menghentam saya masa viva nanti.... Ramai student yang viva dapat tahap 2 correction dengan 12 bulan... Kat USM hanya ada empat tahap penilaian. Penilaian pertama tahan 1 (6 bulan correction), tahap 2 (12 bulan correction), dan tahap 3 (re viva), tahap 4 (gagal).... 

Tak sama kat tempat saya di UUM, lulus dengan minor correction (3 bulan) atau (6 bulan).... Major correction (12 bulan).... 

Fokus
Harus fokus demi kecemerlangan, dalam masa dua hari yang tinggal ni.... Dalam duk fokus adakala terbabas juga dek kepenatan melihat latop, saya lepak la dulu kat sini.... 


Syukur, kelmarin jumpa sahabat, saya cakap saya risau sangat dengan examinars yang akan nilai tesis saya. Semua killers.... sahabat terus send emel hantar doa asmaul husna kat saya.... Ya Allah baiknya Kau Ya Allah... Terima kasih Ya Rabb.... Murahkan rezeki sahabat-sahabat yang share doa untuk viva tu....

Dulu saya selalu cerita kat sahabat, kajian saya ni complicated. Macamana complicatednya saya nak buat tesis ni, nak habis kan tesis ni, macam tu la kajian saya! Apa pun saya mula bina keyakinan untuk yakin dengan qada dan qadar Allah seperti mana apa yang saya kaji dalam kajian saya tentang "kepercayaan alam ghaib". 

Kepercayaan Alam Ghaib yang saya dapat adalah Rukun Iman yang kita imani.... Allah dah tetapkan macamana tesis saya ni... yang penting semoga apa yang dilakukan ini hanya untuk saya mengabdikan diri kepadaNya serta platform untuk saya melakukan kerja khalifah...

Ya Allah kau murahkan rezeki examinars yang akan nilai tesis ku, limpahi kasih sayang dan kelembutan Mu kepada mereka... Semoga mereka menilai tesis ini dengan adil dan saksama bukan terdorong daripada nafsu dan sebagainya.... Dan limpahi rahmatMu kepada kedua-dua supervisorku! suami, anak-anak, mak ayah dan sahabat ku semua.... 

Penat
Saya tak penat buat tesis ni, tapi saya penat jika kerja itu ada unsur dunia dalam melaksanakannya.... seperti nama, pangkat dan segala bagai. Itu yang buat saya penat! Semoga kita semua dijauhi dan ikhlas dalam membuat sesuatu kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Buang lah cinta dunia itu... Jika cinta dunia yang dikejar nescaya memang akan kepenatan. Sampai bila-bila pun tak akan puas! apa lagi yang kita mahu dalam hidup ni kalau tak fokusnya untuk meraih syurga firdaus.... semoga hati kita disucikan dari cinta dunia, pangkat, nama, jawatan dan sebagainya untuk kita dekat dengan Ya Waddud...untuk fokus tujuan yang dua sebagai abdi dan khalifah menyambung kerja-kerja Rasulullah saw,,,,,

Saya minta excuse dari semua kerja tu buat masa ni... saya mesti fokus pada yang satu ini dahulu...


7 comments:

  1. InsyaAllah kak.."kun fayakun" Allah untuk hamba-hambaNYA luar biasa..moga akak dapat apa yang akk inginkan..dan dipermudahkan semuanya ya..

    ReplyDelete
  2. tgk pun dh killers sbb tebal nak siapkan semua tu dlm tempoh yg diberi.. semoga dipermudahkan Allah 😁

    ReplyDelete
  3. Good luck ye semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Tabahnya shiela sambung study. Dengan kerjaya n urusan rumahtangga lagi.anak2..sambung course bidang apa ni

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED