Demi Masa Kenapa Manusia Mahu Kembali Ke Dunia Setelah Mati?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Jika waktu tidak dimanfaatkan untuk mencari kebahagiaan akhirat, maka kelak di akhirat akan disesali pada setiap saat yang dibazirkan pada perkara perkara yang sia sia semasa hidup didunia.

Kerana itu banyaknya ayat Allah yang dirakamkan di dalam Al Quran mengisahkan golongan manusia yang menyesal dan ingin kembali kedunia untuk mengisikan waktu waktunya untuk mencari kebahagiaan akhirat.
Apakah masih ada jalan dan peluang untuknya? Sudah pasti tidak!

Kerana itu juga Allah telah memberi amaran kepada kita bahawa "Demi masa, Sesungguhnya manusia berada didalam kerugian".

Jika manusia itu didalam kerugian, maka siapakah yang berjaya dan tidak rugi tentang masanya?

Mereka adalah "Orang orang yang beriman dan beramal soleh. Serta berpesan pesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran" Wallahu'alam.

RAYUAN SIA SIA ORANG YANG ZALIM LAGI DIAZAB DIDALAM NERAKA

Firman Allah SWT :

فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ

[Surat Ibrahim 44]

‎Terjemahan :

"orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"

2 comments:

  1. MOGA KITA BERINGAT N MNFAATKAN MASA SEBAIKNYA

    ReplyDelete
  2. Kalaulah semua manusia tahu azab di sana nanti macam mana , mesti semua manusia akan takut nak buat perkara2 yg dilarang oleh Allah ,

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.