Takbur dan Hasad Itukah Kita


Takbur dan Hasad Itukah Kita // Punca kebanyakan masalah manusia ialah sifat takbur dan hasad. Takbur kerana merasa dirinya lebih baik dan menghina orang lain. Hasad kerana tidak suka melihat orang lain mendapat nikmat dan ingin nikmat itu hilang daripada orang itu. 

google image

Iblis jadi takbur,  apabila mempersoalkan mengapa Adam yang terpilih untuk dihormatinya sedangkan dia merasakan dirinya lebih baik kerana diciptakan dari api. 

Dan Iblis hasad terhadap Adam yang dilantik menjadi khalifah sehingga dia derhaka kepada Allah yang ditaatinya sekian lama.

Iblis bukan tidak kenal Allah, bahkan bukan dia begitu lama dan banyak  beribadah, tetapi kerana takbur dan hasad akhirnya dia derhaka jua kepada Allah. 

google image

Ada 'keredhaanNya'  yang diletakkan Allah pada Adam untuk diraih oleh Iblis. Iblis hanya perlu sujud hormat tetapi  dia tetap enggan kerana lebih rela sujud kepada takbur dan hasadnya. 

Sekiranya Iblis rela sujud kepada Allah kerana cintanya kepada Allah tentu dia diredhai.  Malang... takbur mengatasi cintanya.  Takburnya kepada Adam lebih besar daripada cintanya kepada Allah.

Begitulah... ibrahnya.  Jika ada cinta walau sebesar mana, tetapi jika  takbur dan hasad di jiwa lebih besar daripadanya, maka cinta itu akan lebur dan terkubur jua!

[Ustaz Pahrol Muhamad Juoi] 

4 Give your inspiration

  1. MOGA KITA MNGHIDAPI SIFAT TAKBUR INI

    ReplyDelete
  2. Besar impak negatifnya bila ada sifat takbur dan hasad..ianya ibarat racun yang membinasakn.

    ReplyDelete
  3. Sedikit sebanyak memang ada sifat ni dlm diri kita. Cuma bila dtg sifat th cpt2 istighfar kan kak. Kita insan yg lemah. Bila terasa berdosa cpt2 kembali padaNya

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.