RayaYang Best Part 2

Raya yang best part 2...
Allhamdulillah, selepas raya yang best part 1.... seronok sangat bila adik dan familynya balik beraya aidilfitri kali ni di kampung.... Dah lama tak jumpa mereka satu family. 


Yang best juga, bila 3 hari sebelum raya balik kampung, punya la kontrol nak makan, maksud saya nk berbuka. Sehari boleh lagi tahan. Bila masuk hari kedua dan last berbuka puasa, hancus juga tahanan nafsu saya! Baju nak pakai raya sebelum raya dah ketat. Hukhuk.... balik kampung biasa la mak masak semua sedap! nak makan sikit mulanya kata diet tapi hancus juga..... 


Yang best bila juga dapat masak kuih seri muka telur. Malangnya manis sikit, saya tak pasti berapa banyak sugar mak saya buh... hehehe.... berbakul kena ngepek ko en daddy..... ore kelate biasa la make manis. Tapi en daddy ni mmg tak boleh manis dan masin. Dia selalu puji masak saya masak gulai-gulai memang best tapi kalau goreng lauk dan buat air, manis and masin... Masak gulai ke apa memang sedap la katanya boleh buat jual mak saya masak! hehehe....

Yang ni saya masak dengan:
500g pulut susu
10 biji telur *optional (saya guna byk biji nak suruh tebal) kalau 6/8 dah memadai. Telur gred C.Kalau B, A (6/8 biji)
sk esen vanila  
gula kabung (2 keret kecil) ikut suka kemanisan anda tau
sk tepung gandum (buh dalam telur) *optional
sedikit garam (masuk dalam pulut) semasa mengukus
santan satu kotak/satu cawan 

Cara
Rendam beras pulut 2 jam, lagi lama lagi elok cepat kembang. Kukus separuh masak, angkat masukkan santan dan sedikit garam. Sambung kukus sehingga pulut masak. 
Masak gula kabung dengan air sehingga mendidih.
Sambil mengukus, boleh la pecahkan telur, gaul sahaja dengan whist, masukkan gula yang sudah sejuk sedikt ke dalam telur. Masuk esen vanila. Tak perlu kepuk terlalu lama. Cukup telur itu sebati sahaja. 
Setelah masak pulut boleh telan supaya ia padat, dan masukkan telur dilapisan atas, kukus selama 20 minit atau masak. Siap!

Senang sangatkan. Bahannya pun tak banyak. Boleh cuba tau


 

4 comments:

Powered by Blogger.