Raya Yang Best Part 1

Salam Aidilfitri, Salam Syawal ke 12,
saya cuma tanah yang hina

Balik kampung cuti raya, blog pun cuti juga.... erm... Allhamdulillah, selamat sampai Kedah pada hari Sabtu... 10 jam lebih perjalanan dari Kota Bharu ke Changlun. Lama, tapi ta apa la semua selamat dalam perjalanan. Terima kasih Ya Rabb melindungi kami semua dan juga sahabat blogger semua. Entry ini bukan hendak membangga diri, jauh sekali memecil hati sesiapa, hanya berkongsi kisah rasa. 

Macamana raya u ols mesti best kan?

Saya ! sangat best walaupun tiap kali nak balik raya saya akan sedih dan sedih.... Allahmdulillah tahun ni Allah melapangkan segala kesedihan saya. Ye la... dah masuk sepuluh tahun saya berkahwin, kalau nak balik raya Aidilfitri ke atau Aidil Adha ke mesti saya akan sedih.... banyak perkara yang saya fikir! Belajar tak mahu pikir tapi ada juga terlepas pandang dan melintasi pemikiran dangkal saya ini.

Syukur kali ni, saya terus move on dari memikirkan perkara yang susah dan kompleks itu.... Allah is everything. Berharap hanya kepadaNya. Allhamdulillah syukur sangat, Allah lepaskan saya daripada semua kesulitan pemikiran yang kompleks itu....

Pengalaman Lalu
Pengalaman lalu apa yang saya fikir? Persiapan Raya of course!!! saya keluarga kecil sahaja, cuma dua beradik. Kalau adik saya tak balik raya, hanya saya, suami dan anak sahaja di rumah mak ayah saya. Bila balik kampung, saya jarang sangat tidur rumah mertua, walaupun suami saya anak pertama dalam keluarganya. Saya sangat bersyukur saya ada mertua yang baik dan sangat memahami keadaan saya suami isteri. Malah, mil suruh kami balik tidur di rumah keluarga saya, banyak nyamuk kat sini katanya, nanti habis la anak-anak saya kena gigit nyamuk, dia takut saya dan anak-anak tak selesa.... walaupun saya tak kisah tapi di sudut hati saya juga risau nyamuk gigit anak saya.... Itu yang saya fikir tiap kali raya! Walaupun banyak habiskan masa di rumah keluarga saya, saya dan suami mesti balik di rumah mertua saya. Dekat sahaja dalam setengah jam Kota Bharu ke Pasir Mas... Dan ada kala juga curik-curik! Kenapa curi-curi? hehehe.... itu la kami.... bagi menjaga ketenteraman.... yok yok.... Allhamdulillah

Saya adik-beradik cuma 2! tapi syukur kali ni adik laki saya dan keluarganya dapat balik raya.... Meriah sikit la kat rumah mak ayah saya! Seronok! sebab dah tak fikir apa.... 

Persiapan Raya?
Saya cuma fikir anak-anak dan suami sahaja! (pelikkan saya lak kena pk pasal suami dan anak) hehehe... itu dah ketentuan Allah pada saya! Baju raya saya pun tak beli, pakai sahaja apa yang ada. Tahun lepas pun saya tak beli baju raya. Pakai apa yang ada juga..... Suami tanya tak beli baju kurung anak-anak ke? Saya kata dah ada pakai je la yang tu,,,, kali ni cuma beli sepasang kasut sahaja, itu pun cari yang murah. Dapat la yang harga RM38... fuhhh berbaloi, jenama Dr. Cardin.... beli baju t-shirt anak-anak dah last minute... Kesian kakak dan kak ngah baju mereka semua dah ketat.... Kakak langsung la, ada berapa helai sahaja baju yang ok dengannya, yang lain semua x padan dan terpaksa juga dia pakai. Hanya time raya la dapat kami beli pakaian baharu pada mereka, sama juga dengan kasut raya. Tapi Allah maha sebaik perancang, walaupun adakala anak-anak merungut tapi dia faham keadaan mak ayahnya macamana! Selalu nasihatkan mereka melihat orang yang lebih susah daripada kita! Jangan tengok orang yang lebih senang daripada kita. Syukur apa yang Allah beri....

Anak Seronok Dapat Baju Baharu
Bila mereka dah dapat baju raya tu nampak mereka sangat ceria dan seronok sangat! terutana kak ngah! Cuma masa kat Kedah saya tak belikan dia kasut. Balik KB baru saya belikan kasut kat dia AEON Mall.... Dah beli tuk kakak dan kak ngah. Kat baby Jannah saya langsung tak prepare apa! Ye la, masa nak balik kampung saya cari baju kakak dan kak ngah masa kecil semua padan dengannya... Alamak! tak beli apa ke kat baby Jannah ni! Last minute juga saya beli dia sehelai dua baju baharu. Ada juga rezeki tuk baby Jannah... Terima kasih Ya Allah Ya Razzaq....
Sesungguhnya Allah dah tetapkan rezeki anak Adam sejak dalam alam rahim lagi.
En husband pun ada baju baharu. Seronok tengok mereka. Saya? tak beli! betul! baju raya ke even tudung pun pakai apa yang ada dalam almari! Teringin? Teringin juga nak pakaian dan tudung baharu tapi apakan daya, itu semua ketentuan ilahi..... kekekeke.... kalau ada, ada kalau tak ada, pun saya ok saja....

Saya bersyukur, sebab tu juga saya rasa seronok. Seronok bila saya dah boleh lepas sikit-sikit kehendak nafsu.... Orang kata bodoh! Biar la apa orang nak kata..... yang penting saya hepi dan tenang! 

Satu tips yang saya nak kongsikan... bila anak mahu sdiri menjadi keras seumpama batu bagi melawan kehendak nafsu!
  • Jangan mudah terpedaya dengan percakapan orang sekeliling. Mungkin saya senang la sebab saya dua berdik sahaja, adik pun laki. Tak ada perempuan. Tak ada siapa nak sembang pasal fesyen dengan saya. Melainkan dengan sepupu saya yang ramai itu....
  • Kemudian, harus megelak dan menjauhkan diri daripada bercakap pasal fesyen. Kalau tak duk marah kat diri, orang ni pakai cantik-cantik. Kita tak ada apa!
Topik Hari Raya
So, raya saya pun senang.... bila pergi beraya di rumah orang kampung suami saya yang juga sama-sama sambung pengajian, hanya topik pengajian sahaja yang kami bincangkan.... Bak kata adiknya, ini la cerita orang mengaji, tak de dah topik pasal mak-mak dan anak-anak, pasal kecantikan ke, pasal makan-makan ke, resepi ke,,,, cakap pasal mengaji sahaja, bila nak habis mengaji?.... bila nak habis mengaji?..... hehehehe...... Memang itu la topik utama bila jumpa satu kepala yang smaa-sama pening nak habiskan pengajian ni.

Walau apa pun, tidak saya sarankan supaya meninggalkan dunia ni,,,, dunia letak di genggaman, Allah di hati! apa yang jadi ada ke tak ada baju saya, saya seronok dah tak ada rasa.... sebab sedikit demi sedikit boleh dilepaskan.... kalau ada pun ok, tak ada pun ok... Allhamdulillah

Inilah Aidilfitri yang seronok bagi saya. 

Apa yang saya fikir lagi dari pengalaman lepas?
Fikir kuih raya dan persiapan mak ayah saya! Saya tak mampu nak bawa balik apa-apa pada keluarga. Rasa segan yang teramat tahu... Nak balik rumah pun rasa tak tahu nak cakap! Tahun lepas sedih melanda, mak ada menyebut pasal biskut raya. Saya mengorek rezeki yang ada bagi mengembirakan mak. Allhamdulillah dapat saya dan anak-anak buat biskut raya. Rezeki ke depan jangan duk risau. Go on sahaja bagi mak ceria! Yang penting mak saya hepi. Walaupun ayah saya selalu pesan jangan beli biskut raya sebab tak habis sampai ke tahun hadapan. Pernah saya tengok di rumah mak saya biskut tahun ni masih ada lagi raya tahun hadapannya. Allhamdulillah kali ni, Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang mak saya beli biskut raya dengan sepupu dan habis di makan.... Kak Ngah la yang banyak makan, sebab jarang jumpakan biskut raya! Mak kata biskut raya tu tuk hiasan. Makanan utama rumah saya nasi dagang!

Sebelum ni saya selalu fikir tak mampu nak bagi baju raya pada mak ayah? Macamana saya nak bagi? Mak ayah saya high class, saya segan sangat. Tak kan saya nak beli baju yang biasa. Walaupun pakaian saya semua ala kadar. Saya syukur Allah murahkan rezeki mak ayah saya! "kak long ni x mampu sangat nak bagi apa-apa kat mie n papa"....

Saya doa semoga saya boleh bahagiakan mereka dan murahkan rezeki mereka,,,,,,. Mereka nak kereta? Saya tak mampu nak beli! Tak mampu saya nak buat loan pada mereka. Saya buntu juga. ada kala saya stress. Bulan Ramadhan saya hanya mampu doa sahaja! Doa Ramadhan diberkati, semoga Allah makburkan doa saya. Tapi saya yakin insyaaAllah Allah akan melapangkan rezeki saya untuk bantu keluarga saya. Saya tahu mereka juga sangat tersempit sekarang ni! Kesian mereka. 

Konflik Hati Saya
Saya dah biasa alami kesempitan itu, saya dah tak rasa apa.... saya mula lepas sedikit demi sedikit! dah rasa beku hati saya. apa yang ada, ada lah.... tapi mereka belum biasa. Saya kesian! Takut mereka tak mampu nak hadapi kesempitan hidup. Macamana saya nak cakap??? Nak suruh saya cakap lepaskan dunia letak di genggaman, Nak mampus!!! Harus melenting mereka pada saya! Saya ni bodoh ke apa? Selama ni saya cakap sikit-sikit pun mereka marah. Kata mereka kita ni kena ada dunia 50, dan akhirat 50.... saya diam sahaja takut salah faham apa yang dimaksudkan. Macamana saya nak begitahu mereka hakikat kehidupan???? Saya sangat sayangkan mereka! Saya nak mereka masuk syurga. Rezeki Allah yang punya, kalau Allah nak bagi Dia beri pinjamkan. Kalau Dia nak ambil, Dia akan ambil sahaja dari kita. Siapa kita yang hendak menghalangnya.

Bagi saya, bukan nak tolak dunia.... tapi letak dunia digenggaman.... Dunia perlu untuk laksanakan tugas kita sebagai khalifah yang telah dipertanggungjawab, tapi jangan mengagungkan dunia. Bangga dengan dunia! 

Ye la mak ayah mesti nak anaknya yang terbaik kan.... itu sudah tentu harapan mak ayah pada kita. Namun, saya bukannya anak yang terbaik atau baik. Tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan saya. Saya memang sangat segan, rasa terasing sangat! Adakalanya, saya mencilkan diri. Saya kesian mak ayah saya, ada anak seperti saya! Tak mampu langsung tolong mereka ketika mereka susah.

Yang kedua seronok???
Seronok dapat bagi duit pada mak ayah.... Berkat Ramadhan.... boleh saya bagi pada keluarga dahulu, hasil duit kut saya.... hebatnya Allah dia bagi saya main kut boleh saya bagi mak ayah. Langsung saya tak beli apa-apa tuk keperluan diri tuk raya dengan duit tu. biarlah kita susah, yang penting dengan duit tak seberapa itu saya dapat beri pada mak ayah. Selebihnya, saya gunakan duit kut tu untuk tebus barang kenas anak saya yang saya gadai tuk beli sesuap makanan. Fuh... sampai cam tu sekali! Erm... Hanya makanan yang saya perlu bagi anak-anak saya makan, terpaksa saya gadai barang kemas untuk menampung keperluan harian itu. Allhamdulillah, tiap bulan potong gaji untuk mereka walaupun tak seberapa, hanya itu yang saya mampu bagi mak ayah! tapi duit raya bila diberi rasa lain macam.... Saya rasa seronok! Semoga mereka boleh terima apa yang saya bagi tak seberapa itu.... tak mapu saya nak bagi banyak-banyak pada mereka..... sekadar itu yang saya ada....

Bila ramadhan lagi saya rasa seronok bila mak mertua saya seronok. Walaupun, suami bagi dia hanya sikit sahaja boleh la buat makan sehari..... tapi dia sangat seronok lain macam saya dengar suaranya dan sangat ikhlas terima apa yang kami bagi. Saya selalu doa saya ni tak mampu nak bagi dunia pada mak ayah saya! hanya doa sahaja yang mampu saya beri.... hidup saya kais pagi makan pagi, saya juga sentiasa doakan mereka syurga syurga syurga! syurga tanpa hisab kerana saya ni bukan orang berniaga cuma makan gaji, tak mampu sangat-sangat nak bagi harta dunia, wang ringgit pada mak ayah saya! tak mampu nak balas jasa mereka yang membesarkan saya! kalau awal kerja dulu saya boleh bagi mereka dengan banyak setiap bulan, kerana masa itu saya tiada tanggungan apa-apa. Makan saya pun bercatu tiap hari.... hehehehe..... bila dah ada anak baru ada komitmen..... tak mampu lagi bagi banyak-banyak pada mereka. Dah ada rumah dan kereta lagi fail la tanggungjawab saya sebagai anak. tapi bersyukur tiap bulan ada juga potong gaji tuk mereka..... itu sahaja yang saya mampu.

Pekerjaan ini yang mereka suruh saya buat! saya ikut, tapi pekerjaan ini tak mampu nak bagi mereka senang dan hasil saya kerja! hanya kesederhanaan sahaja. Saya mohon maaf. Adakala rasa sangat saya ni tak guna, sikit pun tak mampu nak tolong mak ayah yang dalam kesusahan.

Saya ada dengar ustaz kata kalau kita derma pada orang senang, insyaaAllah mana tahu Allah bukakan hidayah pada mereka. 

Doa Senjata Utama
Saya sentiasa doa agar Allah membuka rezeki suami saya! supaya dia tidak dihina, disinis dan sebagainya. Susah tau sentiasa disinis dihina, jika kita ni miskin tak berduit,,,,, orang pandang duit sahaja jika butanya hati! tapi saya tahu semua ini cuma dugaan yang sangat kecil..... InsyaAllah, kesabaran adalah senjata saya dan suami! walau apa pun ia penguat utama kami kunci kesabaran dan keredhaan kerana ia adalah ketentuan Allah... boleh bagi rasa macamana hinanya diri saya yang sebenarnya.... Allahuakhbar.... sedap sungguh rasanya bila saya boleh menelannya dengan kata-kata hinaan itu.... kata-kata sinis terhadap suami saya, saya rasa sangat lazat! sebab orang lain takkan rasa apa yang saya rasa. Hati saya mula kental dan yakin dengan semua perbuatan dan susuan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. 

Saya doa semoga Allah bimbing kami ke jalan yang diredhai.... Jalan syurga. Jalan syurga ni jalan orang yang hatinya bersih, hatinya suci, kena buang dunia letak digenggaman. Saya doa supaya Allah bimbing keluarga saya ke jalan syurga itu.... kerana hati setiap manusia adalah milik Allah....  Bimbing la kami yang lemah yang mudah sangat tergelincir ini!

Boleh Buat Kuih dan Kek Raya
Kali ni saya syukur boleh buat kuih dan kek raya lagi. Walaupun tak seberapa. Mungkin tak ada apa yang nak dibanggakan dengan usaha kecil itu, tapi saya dan anak-anak seronok buat bersama. Walaupun kakak dan kak ngah duk gaduh berebut nak buat itu dan ini.... hehehe.... Sejak bersalin, Ramdhan sebulan saya tak masuk dapur. Rindu sangat nak masak kat dapur. Ramdhan tu, semua suami saya yang uruskan hinggakan sahur pun suami saya yang kejutkan saya.

Jangan Merungut Allah Tak Suka
Apa lagi yang nak dirungutkan, bukannya tak boleh makan, tiap hari pun makan walaupun tak semewah orang lain. Rasulullah saw pun makan gandum kasar sahaja, kata baginda "itulah makanan paling sedap yang pernah aku rasa"...... walaupun ada masa saya dah kehabisan wang untuk beli makanan tuk keluarga saya, sampaikan orang bank cakap kat saya, dalam akaun kena tinggal RM50... ye la dah terdesak tuk beli makanan, saya keluarkan juga duit sampai baki cuma tinggal belas-belas sahaja....

Mengenal Kehidupan Orang Miskin
Saya seronok berdamping dengan orang susah, membuatkan kita buang rasa sombong dan megah. Kadang kala kesusahan ini, tak boleh dicerita walaupun pada orang yang terdekat! salah faham jadinya! yang penting saya dan suami dapat balik raya, dan keluarga gembira sebab kita balik.... tak pernah lagi saya tak balik raya sejak bermastautin berjauhan ni.... Kesusahan akan jadi kita kental. Sebab di keliling kita ramai lagi yang susah daripada kita. Kesusahan juga mengajar kita kenal Allah,,,, 

Betul! setiap yang terjadi sangat hebat perancangan Allah pada kita. Dia nak kita sentiasa dekat denganNya. Dalam situasi saya, Dia bagi saya susah dan kenal orang miskin. Jangan menyombong, bangga diri, jauhi riak dan ujud... Namun hati dan jiwa tidak miskin dengan ilmuNya. Dia bagi saya mengenalNya sedikit demi sedikit walaupun say ni jahil sangat. Malas sangat. Yang dulu langsung saya buta, buta segalanya. Maaf kalau ada riak dan ujud dalam setiap penulisan saya itu kesilapan saya yang jahil dan khilaf ini.

Motivasi
Susah ini memberi motivasi yang kuat dalam hidup. Namun, ingat tetapkan niat nak berjaya untuk meraih syurga.... tetapkan berjalan di atas orbit Allah.... Ramai yang kaya raya di dunia tapi belum tentu kaya raya di akhirat. Semoga Allah sentiasa bimbing saya yang lemah ini.

Kadang kala segan dengan mak ayah saya, mereka beri saya kemewahan, saya tak mampu nak balas kemewahan pada mereka. Saya langsung tak boleh mereka harapkan. Ya Allah tak tahu la apa saya nak balas pada mereka. Tak terbalas ke jasa mereka pada saya ni????

Saya nampak mewah itu dari luaran sahaja, tapi dalam hati belum tentu mewah. Apa yang saya maksudkan walaupun hidup senang, rumah besar dan sebagainya, belum tentu hati kita tenang. Nak capai tenang bukan dengan kemewahan. Itu menipu cuma. Sekadar pemikiran saya yang lemah ini.

Bahagia Dengan Kemewahan
Ada yang saya tengok orang yang mewah itu, banyaknya hutang terpaksa bekerja keras siang dan malam untuk melaksanakan kepuasan hati dengan kemewahan dunia demi meraih pencapaian tertinggi dalam hidup dan melangsaikan hutang. Mereka bersusah payah untuk senang, bangga dengan apa yang dicapai, teruja dengan pujian, tapi saya tahu belum tentu hati mereka tenang dan betul-betul bahagia! kerana kebahagian itu datang daripada Allah redha dengan kita. 

Ketentuan Jodoh
Namun, saya bersyukur ditemukan jodoh dengan orang susah, kerana ia mengajar saya keperitan hidup ini, kehinaan, kesedihan, kepayahan, kesusahan,,,, kemudian last sekali saya dapat ketenangan dan keseronokan.... susah juga nak dapat tu! Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Dia nak tarik kita dekat denganNya, Dia bagi kita susah, perit, sakit, hina dan sebagainya. Orang kata tak boleh kahwin dengan yang tak sekufu, kena cari yang sekufu.... tapi Rasulullah saw kahwin dengan Siti Khadijah juga tak sekufu.... kalau saya silap mohon maaf tentang ini.....

ADat DUnia SEnang KAya Dibanggakan
Adat dunia itu la dia! Bila susah dihina-hinakan, jijik, dan sebagainya. Bila senang dibanggakan, dicanang, disanjung, dipuji-puji. Semuanya baik. Tiada satu pun yang buruk. Yang susah ini, sekali silap sahaja, ingat sampai bila-bila, diungkit-mengungkit! 

Jangan Sombong dan Menghina
Sombong, ujud, riak itu adalah selendang Allah. Tidak wajib sekali pun kita memakainya! Walhal 

jika ada setitik kesombong tidak akan masuk ke syurga wahai anak adam.

Namun, ramai yang terlupa memakai selendang Allah itu. Tidak akan lama hidup kita dek kesombongan. Sedikit demi sedikit Allah akan tarik nikmat itu. 

InsyaaAllah buat mak ayah, ada rezeki Allah pada saya akan kongsikan bersama. Saya akan bagi mak dan ayah kereta.... sabar la dua tahun lagi habis saya belajar InsyaaAllah, jika diizinNya. Saya doa semoga saya berpeluang bahagiakan mereka selagi masih ada hayat ini dan hayat mereka....

Kaya Dunia vs Kaya Akhirat
Saya ada dengar ustaz cakap di radio, tanda orang yang berjaya dunia dan akhirat. Jika seorang itu diberi kekayaan di dunia dan semakin hari semakin bertambah imannya sebagaimana dengan harta dunia yang dipinjamkan, itu adalah kekayaan yang diredhai Allah. Namun, jika seseorang itu diberi kekayaan dunia, walhal amal ibadahnya seperti biasa seperti sediakala, tidak bertambah dan ada kala kurang, itu namanya ujian dan istidraj. Harus berhati-hati katanya,,,, 

erm.... panjang dan lebarnya saya berbicara. hehehe.... cover cuti raya lama la katakan.... kalau sudi baca, baca lah, kalau malas nak dengar saya bebel ni pun tak apa..... sekadar merenung kehidupan yang berbaki ini. Hidup untuk apa? Hidup untuk siapa?

Doakan saya semoga saya dapat bahagiakan mak ayah saya! 

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.... 😍😍😍😍

 

7 comments:

  1. Seronok bila dapat ibu mertua yang memahami dan baik dgn kitakan..

    ReplyDelete
  2. SALAM IDILFITRI SHEILA SERONOKNYA DAPAT BERAYA DI KAMPUNG BERSAMA KELUARGA TERCINTA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah kak... selagi ayah ayah dan ibu mesti balik kg...

      Delete
  3. Selmat Hari Raya Aidilfitri.

    Saya tidak merayakan dengan begitu seronok tahun ini..

    ReplyDelete
  4. I offer instant loan within 45 minutes with 2% low rate contact me at: roseguaranteeloanfunds@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Allah..sebak akak baca setiap coretan sheila ni, ada situasinya sama seperti yang pernah dan sedang akak lalui, moga kita lebih sabar dengan setiap apa yang kita lalui. Allah uji kerana Dia syang.

    InshaAllah..pasti sheila mampu untuk bahagiakan mak dan ayah suatu hari nanti, jangan putus berdoa ya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.