Doa Untuk Pengantin Baru

*Bicarahati Pengantin Baru:*


Allahumma Ya Rahman ya Rahim ya Wadud ya Jaami', sesungguhnya Engkaulah yang mengikat hati2 hambaMu dengan kasih dan cintaMu. Jadikan tali ikatan ini membawa kami lebih dekat denganMu.

Ya Allah, letakkan cinta manusia digenggaman kami bukan dihati kami dan beri kami kekuatan utk menunaikan amanah sebagai suami isteri, dan masukkan cinta kpdMu dalam jiwa kami kerana hanya cintaMu yg suci, tulus dan abadi.

Allahumma Ya Majid Ya Hamid, hiasi kami semua dengan budi pekerti mulia dan sifat terpuji agar terbina rumahtangga yg harmoni.

Allahumma ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi kami dari bisikan nafsu dan syaitan yg sentiasa cuba memisahkan kami.

Ya Allah ya Kholiq ya Baari' ya Musowwir, kurniakan kami zuriat yang disinari dengan cahaya iman dan hidayahMu yang menjadi abdiMu sebaik2 abdi dan sebaik2 ummat NabiMu yang menyebarkan RahmatMu kpd manusia sekeliling.

Ya Baaqi' ya Jaami', kekalkan kami suami isteri hingga ke syurgaMu. Ya Baaqi' ya Nuur ya Haadi ya Haq, kekalkan kami ini dalam kebenaranMu sehingga akhir hayat kami...


4 Give your inspiration

  1. AMII DOAKAN KEBAIKAN DEMI KEHIDUPAN YG BARU DIMULAKAN

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik semoga semua yang melangsungkan perkahwinan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. Amin..amin..amin..moga setiap pernikahan itu menjadi satu titik bermula untuk menjadi insan yang lebih baik..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.