Doa Kasih Sayang

Assalamualaikum. Mari kita menghayati bicarahati untuk menghilangkan pandangan keaiban dan rasa benci kp suami, isteri, anak2 dan sahabat2:

google image

Allahumma Ya Rahman ya Rahim ya Jami', pertautkan hati2 kami dgn kasih sayangMu, dgn kasihMu, hilanglah segala rasa benci dan pandgn aib kp sesama kami. Allahumma Ya Barr, sesungguhnya sifat kebaikan itu milikMu, Engkau memberi kp sesiapa yg Engkau kehendaki, ketika kami dinampakkan keaiban org lain, itu bermakna Engkau mengambil kembali kebaikanMu ya Barr yg Engkau pinjamkan, maka kami bermohon kpMu Ya Barr agar dikurniakan kp kami semua sifat kebaikanMu ya Barr agar kami dpt berbuat baik kpMu dan kp manusia keliling kami. 

Allahumma Ya Quddus ya Jalil, Engkau sucikanlah hati2 kami dari kotoran syaitan kerana keaiban dan kejahatan yg keluar dari diri kami ini adalah dtg dari syaitan yg berbisik kp kami sehingga kami terjebak dgn pelbagai dosa dan kemaksiatan, dan setelah Engkau sucikan, lindungi dan pagarilah hati2 kami dari tipudaya syaitan. 

Allahumma Ya Bathin, hilangkan pd pandgn matahati kami akan keaiban sahabat2 kami kerana sesungguhnya ini semua ujian bagi kami, Ya Zohir, Engkau nampakkan kebaikanMu ya Barr yg ada pd sahabat2 kami agar kami dpt berbaik2 sesama kami. Ya Nuur ya Haadi ya Haq, bimbinglah kami semua diatas jln kebenaranMu dan lindungi kami ya Hafiz ya Muhaimin dari jln kesesatan. Sesungguhnya berkasih sayang itu jln kebenaran dan benci membenci itu jln kesesatan. Ya Majid ya Hamid, hiasi hati2 kami semua dgn akhlaq mulia dan sifat2 terpuji yg Engkau hiasi Rasululullah saw agar kami dpt menjadi ummat baginda yg layak mendpt syafaat baginda nanti di akhirat.. 

No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.