Bila Berdiskusi Dengan Para Ilmuan

Minggu lepas, minggu kesibukan saya. Dalam dua minggu kena siapkan satu artikel. Dah la tukar tajuk. Dalam semalaman saya siapkan sebelum presentation hari berikutnya. Allhamdulillah, tanpa daya saya melaksanakan smeuanya tanpa kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim. Semua itu kerja Allah, sedikit pun tiada daya saya melaksanakannya dengan izinNya...

 Kawan-kawan yang cun

 Sangat karismatik, berkaliber dan inspiring

Tahun ni, kali pertama saya attend semiar. Rasanya ini sahaja kota tuk tahun ni. Malas nak fikir seminar or conference. Hanya penulisan tuk siapkan tesis sahaja bermain di minda.  Walaupun ada kerja-kerja lain yang menunggu dan tertunggu. InsyaaAllah, Allah Ya Baari'....

19-20 Julai 2017, kali kedua seminar SMTCom17 diadakan selepas kali pertama tahun lepas. Bagi tahun lepas saya hanya sempat menghantar dua paper, dan tak ada rezeki untuk present di atas kesulitan yang dialami saya ketika itu (hanya Dia Yang Maha Mengetahui) erm..... Namun, paper saya diterima untuk dimasukkan dalam bab dalam buku. 

Seronok berseminar, dapat jumpa ramai scholar walaupun kami semua adik beradik bagaikan kerana semua dibawah satu bumbung fakulti.... Bila dengar satu demi satu topik dibentang saya terpegun, nak lagi bila masuk bilik pembentangan orang-orang seni lagi menarik minat saya! 

Topik saya tentang Teori Disposisi Dalam Keseronokan Kandungan Media. Terima kasih kepada sahabat/
kakak penilai saya yang bagi minor correction. Terima kasih sis....

Dalam bilik lain.... Mereka bincang tentang Asmaul Husna dalam lagu, muzik dalam iklan, retorik dalam pembujukan iklan, macam-macam ilmu senu yang saya minat! Seronok dapat discussion, tak habis dalam bilik pembentangan, sambung pula di luar bilik... Allahamdulillah... ilmu Allah yang luas. Mereka sangat tak kedekut ilmu! saya sangat seronok berdiskusi bersama mereka.  

 Ilmu Asmaul Husna dalam Lagu dibentangkan oleh En Azmi

 Diskusi bersama Prof Hatta Azad Khan

Dan dalam masa yang ada ini juga saya mesti edit dengan baik untuk disesuaikan dengan format penerbitan buku kepada dua paper tersebut. Tarikh akhir hantar 3 hari lagi 27 Julai (Khamis).... Semoga Allah menolong mempermudahkan semuanya. 

Allhamdulillah seminar sehari dan bengkel sehari minggu lepas berjalan dengan lancarnya. Terima kasih kepada organizer yang cekap dan karismatik semuanya, Prof. Dr. tuan, puan para sahabat yang disayangi bertungkus lumus menjayakannya. Saya cuma peserta sahaja.... erm.... 

Terima kasih Ya Rabb, memberi peluang kepada saya menyetai seminar SMTCom17 pada tahun ini. Dalam bengkel kami, semua harus memperbaiki artikel kami untuk menyesuaikan format penerbitan bab dalam buku. Tarikh hantarnya 17 Ogos nanti.... Ya Allah permudahkan segalanya....  Nak menulis kena ada patient. Penulisan ilmiah lain dengan penulisan blog atu diari ni..... Nak bagi ilmu supaya pembaca faham apa yang ditulis itu sukar. Dan itu tidak boleh menipu, keran itu semua mestilah fakta....

Apa pun semua ilmu Allah, hanya dipinjamkan sahaja kepada hambaNya. Kita adalah alat Allah tiada apa yang hebatnya kita tanpa kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim, tanpa pinjaman ilmu Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid.... Allah adalah guru kita sebenar dan Rasulullah swt adalah idola ilmu kita.... Semoga kita, beriman sebetulnya mendukung rukun Iman yang 6 wajib diimani!

Sayang u alls... apa pun kerja kita buat sesungguhnya, bagi motivasi pada diri sendiri yang lemah ni... Tesis lum submit lagi ni.... hukhuk.... 



5 comments:

  1. Betul kak...semua dengan izinNYA juga...walau sebaris ayat yang kita tulis dan kongsi..semua ilham dan izinNYA juga.

    ReplyDelete
  2. wahhhh... hebat akak nie. GV kagum dengan akak. Hope akak akan dapat gelaran Professor suatu hari nanti. InsyaAllah. Aamin. :D

    ReplyDelete
  3. WAH HEBATNYA PENULISAN ILMIAH HARUS SESUAI DGN KHALAYAKNYA...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.