Pendidikan
Tawaran Biasiswa Oleh Kerajaan Macedonia
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
TAWARAN BIASISWA OLEH KERAJAAN MACEDONIA
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat TNC (A&A) telah menerima sesalinan makluman daripada
Embassy of the Republic of Macedonia yang diperpanjangkan oleh
Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
berkenaan tawaran biasiswa negara tersebut kepada rakyat Malaysia yang
sedang atau akan melanjutkan pelajaran ke Universiti
Awam di Macedonia dalam bidang Macedonian Language dan pengajian di University of Information Science and Technology “St Paul the Apostle”
bagi sesi 2017/2018. Biasiswa yang ditawarkan merangkumi:
a) Yuran pengajian penuh;
b) Perbelanjaan bagi visa pengajian;
c) Tambang tiket penerbangan;
d) Insuran kesihatan;
e) Penginapan dan makan/minum di asrama; dan
f) Elaun bulanan.
3. Butiran penuh tawaran boleh diperolehi daripada laman web
www.stipendii.mon.gov.mk
dan www.mon.gov.mk.
Bersama-sama ini juga dilampirkan Nota Diplomatik daripada Kedutaan
Besar Macedonia di New Delhi mengenai tawaran tersebut untuk rujukan
YBhg.
Prof./Dr./Tuan/Puan. Untuk makluman YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, hasil
semakan bahagian ini dengan pihak MQA, sehingga kini tiada pengiktirafan
kelayakan dalam bidang Pengajian Bahasa Macedonia
dan Pengajian di University of Information Science and Technology “St Paul the Apostle” yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Sekian, salam hormat.
Untung la ada biasiswa..
ReplyDelete