Pesan Imam Al Ghazali Kepada Pemberi Nasihat

Salam Ramadhan ke9, salam sayang.... 

google image

Sepatutnya engkau dalam memberi nasihat itu hendaklah:
  1. menggemarkan mereka kepada akhirat dan membencikan mereka akan dunia.
  2. Dan engkau ajarkan kepada mereka ilmu-ilmu untuk mereka dapat beribadah kepada Allah dengan sempurna.
  3. Dan engkau tunjukkan kepada mereka jalan kezuhudan kerana yang kebiasaan bagi mereka adalah suka menjauhkan diri daripada landasan syara' dan mengerjakan perkara perkara yang tidak diredhai oleh Allah.
  4. Maka hendaklah engkau tanamkan ke dalam hati mereka akan rasa takut dan khuatir dan nyatakan kepada mereka bahaya yang akan mereka hadapi.
Barangkali dengan cara yang demikian itu hati mereka akan berubah dan cara hidup mereka akan bertukar kepada keadaan yang lebih baik.

Dan lahirlah dikalangan mereka kegemaran yang sungguh sungguh terhadap ketaatan dan meninggalkan segala bentuk kemaksiatan.

Rasanya teramat jauh diri ni nak capai tahap tersebut. Namun, 

ALLAH MEMBERSIHKAN DOSA DOSA ORANG YANG BERIMAN

Firman Allah SWT :
وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا
[Surat Aal-E-Imran 141]

‎Terjemahan :
"Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka)"

Semoga kita sentiasa berada dalam ketetapan iman...


Previous
Next Post »

1 Give your inspiration:

Click here for Give your inspiration
Farrah MF
admin
June 5, 2017 at 12:31 AM ×

Mudah-mudahan kita semua miliki ciri2 si pemberi nasihat di atas :)

Congrats bro Farrah MF you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment