Masalah Cookies

Dah berapa minggu ni saya mengalami masalah cookies kat latop ni... tak tahu nak buat camana dah. Kelmarin ada saya click apa ntah dan portal saya tak boleh dibuka... masalah nuffnang pasal cookies ni dah berminggu.... dah clear dan ikut tatacara yang diberi juga tak membantu masalah ni gak. Saya gak tak boleh nak komen kat blog rakan-rakan... bila saya komen boleh tapi tak appear kat blog tersebut...


Ada tak rakan-rakan yang teror bab ni boleh bantu kebuntuan saya... Nak tak nak saya kena bawa latop ni ke kedai gak ler gamoknyo... hukhuk.... 

Apapun... jangan rusau k sheila, perkara kecik jer ni.... insyaaAllah Allah Ya Wahhab Yang Maha Membantu ada la nanti alat allah yang akan tolong.... hehehe.... Amiin... 

Apa yang dimaksudkan dengan cookies
Cookie adalah fail yang dibuat oleh laman web yang anda lawati. Cookies membuat aktiviti dalam talian anda jadi lebih mudah dengan menyimpan maklumat browsing. Dengan cookies, laman web membuat anda tetap login, mengingat keutamaan laman web anda, dan memberikan kandungan tempatan yang sesuai dengan anda.

Ada 2 jenis cookies:
Cookies pihak pertama dibuat oleh laman web yang anda lawati. Laman web tersebut dipaparkan di ruang URL.

Cookies pihak ketiga dibuat oleh laman web lain. Laman web ini mempunyai beberapa kandungan, seperti iklan atau gambar, yang dilihat di laman yang anda kunjungi.

Petang-petang ni dah prepare berbuka tak? makan apa? apa yang u olls makan atau beli jaga juga kesihatan dan tengok kedai dan gerai itu bersih atau tidak.... yang penting penjual mesti tutup aurat. kalau tak, tak apa la, doakan mereka... banyaknya pahala yang dah dan sentiasa bersangka baik.... kita bukan baik melainkan yang baik semua datang dari Allah....

hehehe..... ada gak selit-menyelit pesan memesan.... 

back to the story, hopefully ada alat Allah yang datang membantu... selamat berbuka... jangan lupa baca doa sebelum berbuka puasa seperti di bawah...

sumber google
Assalamualikum....

1 comment:

  1. Entahlah saya pun x berapa tahu sangat cookies tu. Cookies kuih raya tahu. Hihi. Gurau je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.