Malaysian Songket Fashion Award 2017 (MASFA17)

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menjalankan kerjasama dengan Syarikat Yustie Dieanna Design Sdn. Bhd. ​dalam penganjuran Malaysian Songket Fashion Award 2017 (MASFA17).  MASFA17 merupakan satu pertandin​gan fesyen bertemakan songket, khususnya songket Malaysia. Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk menonjolkan bakat peserta, mengasah kreativiti peserta, menghasilkan produk berinovasi (dari segi fungsi dan keselesaan), memberikan pendedahan kepada pasaran fesyen dalam dan luar negara, memberi pendedahan kepada perniagaan fesyen dan menggalakkan peserta untuk menghasilkan jenama sendiri.

klik untuk paparan lebih jelas
 
Sehubungan itu, semua pelajar IPT (universiti awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti) dijemput untuk menyertai MASFA17. Bersama-sama ini disertakan poster, flyers dan brochure berkaitan MASFA17 untuk tujuan hebahan di institusi masing-masing. Sebarang pertanyaan berkenaan MASFA17 boleh menghubungi talian 012-646 0022 (Pn. Yustie)019-325 8055 (En. Asnil) atau 019-218 5579 (Pn. Fida Rani) atau emelkan kepada fida.mrani@gmail.com.

Bagi seseiapa yang berminat terutama para pelajar, cepat-cepat join yer...


No comments

Powered by Blogger.