Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa

sumber google


1) Masuk waktu Subuh dalam keadaan belum mandi wajib

أَنَّ عَائِشَةَ ، وَأُمَّ سَلَمَةَ أَخْبَرَتَاهُ : " أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ "

‘Aisyah dan Ummu Salamah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memasuki waktu Subuh dalam keadaan dia sudah berjunub dengan isterinya. Kemudian baginda mandi dan berpuasa [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1925]

2) Memeluk dan mencium isteri

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ ، وَكَانَ أَمْلَكَكُمْ لِإِرْبِهِ

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan berpuasa, dan dia adalah yang paling mampu menahan nafsunya [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1927]

Dengan syarat selagi mana tidak keluar air mani. Jika keluar, maka batal puasa.
Di sisi mazhab Syafie, dimakruhkan mencium isteri jika itu akan menaikkan syahwat seseorang, dan tidak makruh jika ia tidak memberi kesan kepada syahwat, akan tetapi lebih utama untuk tidak melakukannya.

3) Mandi di siang Ramadhan

قَالَ أَبُو بَكْرٍ : قَالَ الَّذِي حَدَّثَنِي : لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَرْجِ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ .

Abu Bakar bin ‘Abdul Rahman berkata: Sahabat nabi berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di al-‘Araj, baginda menyiramkan air di atas kepalanya ketika berpuasa untuk menghilangkan dahaga atau kerana panas [Sunan Abi Daud, Kitab as-Sawm, hadis no: 2365]

4) Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan tidak berlebihan

حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيل بْنُ كَثِيرٍ ، قَال : سَمِعْتُ عَاصِمَ بْنَ لَقِيطِ بْنِ صَبِرَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي عَنِ الْوُضُوءِ ، قَالَ : " أَسْبِغْ الْوُضُوءَ ، وَخَلِّلْ بَيْنَ الْأَصَابِعِ ، وَبَالِغْ فِي الِاسْتِنْشَاقِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ صَائِمًا " . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ 

Laqith bin ‘Amir radiallahu ‘anhu berkata: Ya Rasulullah, ceritakan kepada ku tentang wudhu. Baginda menjawab: Sempurnakan wudhu, sela-selalah celah jari-jemari, bersungguh-sungguhlah kamu menyedut air ke dalam hidung kecuali jika sedang berpuasa. [Sunan at-Tirmizi,  Kitab al-Sawm, hadis no: 788, hasan sahih]

Jika seseorang berlebihan dalam berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sehingga menyebabkan air secara tidak sengaja ditelan, maka ulama mazhab Syafie berbeza pendapat kepada tiga pendapat iaitu 

1) Batal apabila dilakukan secara berlebihan, dan ini pendapat *paling kuat di sisi mazhab Syafie*. 
2) Batal secara mutlak. Ini juga pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan Al-Muzani.
3) Tidak batal secara mutlak. Ini pendapat Al-Hasan Al-Basri, Ahmad, Ishaq dan Abu Tsaur.

5) Merasai makanan tanpa menelannya

عَنْ عَطَاءٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : لاَ بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ ، أَوِ الشَّيْءَ مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ.

Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Tidak mengapa apabila merasai cuka atau sesuatu selagi ia tidak masuk ke dalam kerongkong ketika puasa [Musannaf Ibn Abi Syaibah, no: 9369]

Ibn Taimiyyah berpendapat bahawa merasai makanan adalah makruh apabila tanpa keperluan, tetapi ia tidak membatalkan puasa. Adapun jika ada keperluan, maka ia seperti hukum memasukkan air ke dalam hidung… 

7) Menggosok gigi
Ulama sepakat menggosok gigi tidak membatalkan puasa. Hanya sahaja sebahagian daripada mereka seperti mazhab Syafie dan Hanbali memakruhkan menggosok gigi selepas tergelincir matahari agar ia tidak menghilangkan bau mulut orang berpuasa. Ini berdasarkan dalil di bawah:

، لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ،

Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi. [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1780]

Manakala ulama yang lain
berpendapat menggosok gigi adalah sunnah walau ketika berpuasa kerana keumuman galakan menggosok gigi serta terdapat beberapa riwayat dhaif menunjukkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menggosok gigi. Ini merupakan pendapat Malik, Abu Hanifah.

Wallahua'lam.

#tazkirahalkahfi



1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.