Kejohanan Golf IPT Sirkit 2 UPM

AGNUUM 14 Mei 2017 – Kejohanan Golf  IPT bagi tahun 2017 yang telah membuka tirai pada bulan Mac lepas diteruskan lagi dengan Sirkit 2/UPM pada 13 Mei 2017 di Unipertama Golf Club (Kelab Golf UPM), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyaksikan penyertaan seramai 52 orang pemain daripada pelbagai intitusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.



Sepintas lalu melihat keputusan akhir perlawanan, ternayata atlit Akademi Golf Nasional UUM (AGN) dapat mengekalkan momentum dalam kejohanan dengan Johan Kategori Lelaki disandang oleh Mohd Shakiran bin Johari, pemain golf UUM dengan pukulan par golf (72). Manakala Naib Johan dimenangi oleh Kuhanesh a/l Ganesan yang juga dari UUM dengan pukulan tiga di atas par (75). Seterusnya, bagi Tempat Ke-3 dan Ke-4 yang juga dimenangi oleh pemain golf dari UUM, walaupun berkongsi jumlah pukulan yang sama sebanyak empat pukulan di atas par (76),  Johan Sirkit 1/UUM, Sazanur Iman bin Salenin berjaya mendahului Muhammad Afif Bin Muhammad Razif dengan OCB. Sementara itu, Naib Johan Sirkit 1/UUM, Muhamad Zafran Abdullah (UKM) terpaksa berpuas hati dengan tempat Ke-5 dengan jumlah pukulan sebanyak lima diatas par (77).

Walau bagaimanapun, dalam Kategori Perempuan pula, tempat bagi Johan dan Naib Johan pula yang berkongi jumlah pukulan yang sama tujuh diatas par (79) dan telah menyaksikan Nur Musfirah Ilham Armalis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mendahului Norshahira Alisa Binti Che Omar dari UUM melalui kiraan OCB. Manakala tempat Ke-3 dimenangi oleh Nurul Shahirah Afiqah Bt Saparudin dari UUM dengan jumlah pukulan lapan diatas par (80).

Dalam ucapannya di Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf IPT 2017 – Sirkit 2 / UPM, Encik  Tony Azman Hassan, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Penyelarasan, Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) mengucapkan syabas kepada peserta dari semua IPT dalam negara yang telah hadir untuk sama-sama menyokong aktiviti kesukanan di peringkat IPT.

Di samping itu, En Tony Azman turut berkongsi kejayaan AGN yang baru-baru telah menghasilkan dua juara dalam Kejohanan Terbuka Amatur Negeri dengan para peserta kejohanan.

“Suka saya berkongsi di sini pencapaian AGN baru-baru ini yang telah berjaya melahirkan dua juara  kejohanan Terbuka Amatur Negeri di Johor dan Sabah bulan April yang lalu iaitu Muhd Afif Muhd Razif muncul juara Terbuka Amatur Johor dan Albright Chong sebagai  juara Terbuka Amatur Sabah edisi 33.  Syabas serta tahniah AGN dan UUM”, ujar Encik Tony Azman penuh teruja.

“Potensi serta pencapaian AGN sebagai Puat Kecemerlangan Sukan (PKS) Golf sangat memberangsangkan kebelakangan ini dan saya bersama-sama Bahagian Sukan berharap selepas ini akan ada lebih banyak lagi kejayaan atas inisiatif AGN dalam melahirkan bakal-bakal juara dan pemain harapan yang akan mengharumkan nama negara dalam arena sukan golf tempatan mahupun antarabangsa”, tambah beliau lagi.

Turut hadir dalam Majlis Penyampaian Hadiah tersebut adalah Pengarah Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub; Encik George De Silva, Pengarah AGSSG Links Sdn. Bhd.; Prof. Madya Dr. Azman Yasin, Pengarah AGN; Encik Mohd Rom Muslim, Timbalan Pengarah AGN; Encik Ahmad Farhan Syarif, Penyelaras Golf IPT 2017 bersama-sama dengan urusetia dari AGN dan UPM.

Hadiah kejohanan serta cabutan bertuah adalah atas ihsan tajaan daripada AGSSG Links Sdn. Bhd. dan Srixon Asia Sports Sdn. Bhd. Kejayaan penganjuran Kejohanan Golf IPT Sirkit 1/UUM dan Sirkit 2/UPM akan diteruskan dengan penganjuran Sirkit 3/UTEM pada bulan Oktober nanti di Melaka.


Sumber: 

Daripada:

AKADEMI GOLF NASIONAL
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
KEDAH
TEL:  04-9283591/3596
FAKS: 04-9283592


No comments

Powered by Blogger.