Doa Asmaul Husna Solat Tarawikh

Doa Bicarahati Solat Tarawikh (boleh dibaca oleh imam):

google image


Selepas 4 rakaat:
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, rahmatilah, restuilah dan redhailah kami semua, hamba2Mu yang lemah lagi dhaif ini ya Allah. Kami datang pada saat ini untuk mensyukuri nikmat2Mu terhadap kami setiap saat setiap ketika. Engkau Ya Muhyi sentiasa mendegupkan jantung kami, walau kami lupa utk mengucapkan terima kasih kepadaMu Ya Allah. Engkau Ya Razzaq terus menerus memberi rezekiMu kepada tubuh ini walaupun tubuh ini terus menerus melakukan dosa2 kepadMu Ya Allah. Lidah yang Engkau kurniakan utk berzikir kepadaMu, seringkali kami gunakan utk mengumpat mengata sesama kami. Mata yang Engkau Ya Bashir kurniakan utk melihat ayat2 suci Al QuranMu, tetapi seringkali kami gunakan utk menonton drama2 yang melalaikan. Kaki yang Engkau kurniakan utk kami rukuk dan sujud kepadaMu, berjalan membela anak2 yatim dan fakir miskin, berjalan utk berdakwah, sering kami salahgunakan ia utk berjalan ke pusat2 membeli belah utk membazir masa dan wang milikMu Ya Malik. 

Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus ya Jalil, maafkan kami Ya Allah, ampuni dosa2 kami, walau kami membawa dosa setinggi gunung, tinggi lagi keampunanMu Ya Allah, terimalah taubat kami, kami bertaubat utk meninggalkan segala dosa2 terhadapMu. Ya Hafizd Ya Muhaimin, lindungi kami dari kejahatan, dosa, tipudaya nafsu dan syaitan. Ya Baaqi, kekalkan kami dalam perlindungan Mu sehingga akhir hayat kami dan lindungi kami dari azab NerakaMu di akhirat nanti. Seringan2 azab nerakaMu Ya Allah, dipakaikan seliper neraka, menggelegak otak manusia, Ya Allah Ya Muntaqim, masukkan rasa gerun dan takut kepada nerakaMu dalam jiwa2 kami.

Allahumma Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, pancarilah jiwa2 kami dengan cahaya kebenaranMu, cahaya Al QuranMu dan cahaya MakrifahMu agar dengan cahaya itu kami Nampak yang benar dan yang batil dan bimbinglah kami Ya Haadi di atas jalan yang benar Ya Haq. Dengan cahaya makrifahMu, kami akan Nampak Nama dan sifat2Mu di sebalik alam dan makhluqMu ini, dengan itu dapatlah kami mengingatMu, memujiMu dan mentauhidkanMu. Allahumma Ya Ahad Ya wahid Ya Somad, pasakkan pasak tauhid yang kukuh dalam jiwa kami agar tidak bergoyang keyakinan kami kepadaMu dalam setiap saat hidup kami.

Allahumma Ya Majid Ya Hamid, hiasilah kami semua dengan budi pekerti yang mulia dan sifat terpuji agar kami dapat meneruskan kebaikan dan kebaktian yang telah ditunjukkan oleh baginda RasulMu.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim,  permudahkan urusan kami di dunia, di alam barzah dan alam akhirat nanti. Permudahkan urusan roh2 yang sedang berada di alam barzah pada saat ini, kurniakan semua mereka keampunanMu Ya Ghaffar Ya Ghoffur dan kubur dari taman2 syurgaMu.

Allahumma Ya Baaqi Ya Mukmin, kekalkan iman kami sehingga akhir hayat kami. Ya Baaqi Ya Nuur ya Haadi ya Haq, kekalkan kami dalam cahaya hidayah dan kebenaranMu sentiasa. Ya Baaqi ya Qohhar, kekalkan kami dalam ketundukan dan ketaatan kepadaMu sentiasa.


Selepas 8 rakaat
Ya Fattah Ya Karim, bukalah jalan2 hidup yang mulia bagi kami sepertimana orang2 yang Engkau muliakan iaitu para Rasul, Nabi, Syuhada’, Solihin dan siddiqin. Allahumma Ya Fattah Ya Haq, bukalah jalan2 kebenaran bagi kami sepertimana orang2 yang Engkau berikan kebenaran iaitu Para Siddiqin. Ya Fattah Ya Barr, bukalah jalan2 kebaikan bagi kami sebagaimana golongan Solihin yang Engkau berikan kebaikan yang berbuat kebaikan dan kebajikan senantiasa. 

Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami’, satukan hati2 kami semua yang berkumpul ini, satukan hati2 kami dengan keluarga kami, satukan kami dengan jiran2 tetangga dan masyarakat kami, satukan hati pemimpin2 kami agar kami semua sentiasa dalam redhaMu. Ya Jami’ Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad Ya Mukmin, satukan kami di atas tauhid dan iman yang sempurna.

No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED