Surat Untuk Sekolah Nak Balik Bersalin Di Kampung

Surat Untuk Sekolah // Pagi tadi sebelum keluar rumah sempat saya edit dan print surat untuk di hantar ke sekolah anak-anak saya. 4 surat saya sediakan. Sekolah kakak 2 surat. Pagi dan petang, sekolah adik pun sama, 2 surat sekolah pagi dan sekolah petang.

Surat Makluman Surat makluman ketidakhadiran ke sekolah selama 3 minggu saya buat. Dalam jangkaan saya selama 3 minggu balik kampung sehingga 20 April 2017. 

google image

Pengesahan Guru Besar Allhamdulillah, tadi selepas balik check up di klinik saya terus singgah sekolah kakak bagi rumat makluman tersebut kepada guru besar, dan diperakukan oleh guru besar! Guru Besar cadangkan dalam tempoh tersebut, kami kena buat surat kepada sekolah berdekatan untuk tumpangkan pengajian kakak buat sementara semasa proses bersalin dan berpantang. Husband saya bagitahu guru besar prosedur "tumpang murid" tu telah tiada. "boleh lagi ke, macam tu?".... sebelum ni saya dah tanya pihak sekolah, kerani di ofis dan guru-guru tiada lagi prosedur tumpang pelajar tu... Dengan penuh yakin guru besar cakap "kenapa pulak tak boleh, baru ni ada murid tumpang dua minggu kat sekolah lain sebab mak dia keguguran balik pantang kat kampung. Semua mengajar perkara yang sama, bukan duk London tak boleh, tapi di atas persetujuan sekolah tersebut". Buat surat kat sekolah tu cakp nampung selama sebulan! Saya dan suami lega sikit macam tu.... Kami pulang dengan senang hati sikit dah cikgu besar luluskan. Ke tadika adik pula, bagi surat makluman di sekolah adik. Settle sesi pagi sekolah kakak adik.

Ingatkan Dah Settle Petang, dalam pukul 1, cikgu di sekolah kakak call saya? Dia tanya saya apa guru besar cakap kat saya tadi tentang surat yang saya hantar. Saya cakap guru besar dah luluskan, dan suruh saya buat surat untuk tumpangkan pengajian anak saya ke sekolah berdekatan. Katanya, dia baru habis meeting jabatan tentang surat makluman yang saya bagi! Pihaknya cadangkan supaya kakak diberhentikan sekolah dan buat surat bawa ke PPD apply kat sekolah berdekatan. Dah tak ada prosedur "tumpang", sebab sekarang ni sistem kedatangan pelajar semua online. Kata saya "susah la saya, nak p naik Jab Pendidikan dan sebagainya. Lagi pun saya cuti tak lama sampai 20 April sahaja! Kalau tak memang 0 kehadiran anak saya! tak apa la macam tu cikgu. Serba salah nak tukar sekolah semua... Banyak sekolah tak bagi "tumpang" sebab sistem sekarang semua online, kata cikgu tu. "tak apa la kalau macam tu cikgu, saya bincang dulu dengan husband saya, dalam dua hari ni saya akan hubungi pihak sekolah semula".... Tadi dengan confident saja guru besar cakap macam tu... huhuhu... It's ok this is a process....  

Hubungi Sekolah Nak Tukar Fuhh... penatkan, duk fikir dan bincang dengan suami saya, kalau macam tu buat jer surat berhenti sekolah bagi kat sekolah esok. Terpaksa la kena pergi Pej Pendidikan Kota Bharu. Saya ambil smartphone suami saya cari alamat sekolah pertama kat kampung saya dan terus call sekolah tersebut. Nasib baik diangkat! Maklumat yang saya dapat daripada sekolah tersebut pun sama tak boleh lagi "tumpang" murid. Kena berhenti dan daftar semula. Sekolah kedua saya call, "saya kerani, saya tak tahu, kena tanya PK HEM, PK HEM dah balik".... Kat kampung saya ada dua sekolah rendah dan berdekatan, sebelah-menyebelah. Kalau boleh tumpang sebulan, saya tak perlu buat surat berhenti sekolah naik turun Pej Pendidikan. Dengan keadaan sarat-menyarat ni, termengah-mengah juga jadinya. Tapi Allhamdulillah, Allah bagi saya kekuatan untuk menguruskannya. Al maklum la, suami saya kurang arif bab-bab ni.... 

Surat Kat Sekolah Petang Suami saya p hantar adik di sekolah agamanya, dan bagi surat pada ustazah. Settle.... Allahamdulillah selesai bab adik sekolah pagi dan petang. Kat sekolah KAFA kakak pula petang ni kena bagi surat pada ustazahnya. Suami saya kata, surat makluman kat Akademi Goft kakak pun kena hantar juga, nanti mereka tanya kenapa kakak tak datang training golf. Jumaat dan Sabtu ni ada games Sg Petani. Kakak dah tak dapat nak join. "ye la, balik rumah nanti mama buat la"...




4 comments:

  1. Ana baru tau ada istilah tumpang sek ni. Sebab tak pernah jumpa kes macam ni. Semoga dipermudahkan segala urusan kak sheila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun baru tahu ana... tapi mula tahun ni dah tak ada sistem tumpang ni

      Delete
  2. DULU2 TAK SUSAH MCM SEKARANG KAK BOLEH JE TUMPANG SEKOLAH WAKTU AYAH KAK TINGGAL KAK DIKAMPUNG TANPA BUAT SURAT BERHENTI SEKOLAH..SEKARANG MAKIN RUMIT PULA SISTEMNYA YA..SLMT BERCUTI BERSALIN SHELA MOGA SEGALANYA MUDAH N SELAMAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa kak PI, skang ni sistem dah guna online semuanya.... manual dah jarang guna sebab tu susah skit nk adapt.... terima kasih kak...

      Delete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.