Soalan Tag Daripada Ucing



Jawab Soalan dari Ucing dalam Bahasa Melayu pula..

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya.?
2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?
3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?
4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?
5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?
6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?
7) Perkara yang membuat anda marah.?
8) Peristiwa yang menyeramkan.?
9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?
10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?
11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.? (^_^)

Dalam duk ada masa ni saya akan jawab soalan dari Ucing yer... 

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya?
Hamba yang fakir, :), anak perempuan satu-satunya daripada dua beradik sahaja, ibu kepada 2 orang puteri, isteri, juga pelajar sepenuh masa, pekerja, Allahuakhbar... 

2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?
Makanan apa ye? Saya pun tak pasti sekarang ni saya suka makan apa? dan apa yang saya pernah makan saya tak boleh lua! Apa ye? erm... kuih seri muka, baru sahaja saya makan akhir bulan lepas... memang sedap makcik-makcik kat kampung tu masak kuih seri muka tu....

3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?
ho ho ho... kalau dulu music GTO ( tiap malam/pagi la cd GTO ) saya tengok bagi inspirasi untuk saya habiskan tesis master saya di kala sedih dan music punk rock (muse, the killer, ACAB, dll )... hehehe mmg giler saya dulu.... skang ni tak tak ada dalam minda saya, semua tu... semua zikir Asmaul Husna mengiringi saya.... Allhamdulillah... 

4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?
hehe... yang ni mmg pengalaman memalukan saya depan orang ramai, bila duk control ayu melangkah naik tangga dewan konvo tiba-tiba high heel saya tersangkut kat tangga,,, hahaha.... malu tu, parents kiri kanan dewan duk tengok.... hinggakan kawan saya di belakang saya tolong ambilkan high heel saya... perasan la kononnn nak pakai high hell masuk dewan.... 

5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?
Tak ada masa lapang... hah, cam mana tu... klu ada masa terluang saya kemas rumah....

6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?
Yang ni best! seumur hidup saya tak pernah sambut birthday, sehinggalah masa saya study undergrad dulu, lepas vrappp habis shooting, producer saya buat birthday party mengejut potong kek dengan semua krew dan pelakon... Itu la kek hari jadi pertama saya....  

7) Perkara yang membuat anda marah.?
Bila anak-anak buat hal... Saya jarang marah orang tapi anak-anak saya selalu membebel... heheh... kesian mereka.... lepas marah saya panggil anak saya dan explain dan saya mereka.... hehehe

8) Peristiwa yang menyeramkan.?
2003, saya join shooting filem,,, masa tengah shooting di sebuah bonglo usang, (time manghrib), lepas manghrib kita sambung shooting, ada something yang mengganggu saya, kepala saya seakan kena sentak ke belakang, saya tak fikir apa terus melangkah ke hadapan.... lama lepas tu baru saya toleh ke belakang, saya tengok tak ada apa-apa, tapi ada seorang pelakon ni kat belakang, dia tengok saya. Dia ni boleh nampak skit,,, masa duk shooting tu, dia memang selalu cerita macam-macam.... fuhh... seram.... 

9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?
Buat lawak

10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?
dulu ada macam ni time sekolah dan study undergrad, skang saya hanya senyum apa lawak pun...

11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.? (^_^)
3.10 petang, Isnin, 13/3/17

Semoga Ucing berpuas hati dengan jawapan ini... 


10 comments:

  1. Dengar "lagu" zikir dekat youtube pun layan juga kak. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa... sis... klu kat ofis pasang surah ibu mengandung...

      Delete
  2. wow cepatnya menjawab.(^_^)menarik suprise pertama hari jadi tu..memang tak dapat di lupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama lak suprise mmg tak disangka... hehe

      Delete
  3. Pengalaman masa shooting tu agak seram :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. shooting filem seram sis... 2 minggu shooting kat hutan....

      Delete
  4. Sekarang ni CD, buku dan zikir2 Asmaul Husna yang Sis Sheila berikan jadi teman saya. Terima kasih banyak2 ye. Amat2 hargainya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... Allhamdulillah... hidup kita kena berubah kan....

      Delete
  5. Nasib tak tuduh pelakon kat belakang tu sebab hempuk kepala... seram jugakan bila berlakon kat tempat macam tu...

    ReplyDelete
  6. hahaha lawak pula pengalaman memalukan tu. bila ingat balik mesti rasa malu gila.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.