Masalah Bertimpa: Ibu Mana Yang Sempurna

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Masalah Bertimpa: Ibu Mana Yang Sempurna // Allhamdulillah, dah berapa hari sunyi tanpa entry di rumah usang saya ni. Dalam beberapa hari ni, kelmarin, hari ni penuh dengan masalah. Kekadang Allah bagi senang, adakla Allah bagi susah kan.... 

Bab malam Selasa masalah anak, belum settle lagi masalahnya. Perkara yang tak dijangka berlaku pada anak sulong saya. Saya tersangat sedih. Pagi ni kami diduga lagi. Sampaikan saya dah rasa apa "tak tahu apa nak rasa".... saya cool, diam dan senyum sahaja. Husband saya tegur "biasalah ujian Allah ni bertimpa-timpa masa kita tak ada duit"... "kalau ada duit tak ada masalah semua leh settle sekelip mata".... saya cuma senyum.....

Allah Itu Dekat Pagi kelmarin saya bangun tak boleh nak tidur. Allah sayang kita kan! Dia memang bagi masalah demi masalah untuk saya kuat bangun bagi mengadapnya. Tak apa la ini cara Allah nak tarik saya dekat kepadaNya. Tarima kasih Ya Rabb....

Masalah Anak Tangahari kelmarin, saya dan husband pergi jumpa mak kawan anak saya, bagi menyelesaikan masalah anak-anak kami. Kakak (mak kawan anak), juga turut bincang dengan husbandnya. Apa yang terbaik diputuskan. Allah Ya Barri',,,, kata mak kawan anak saya "kita tak boleh nak bagi muka pada anak-anak kita, kalau mereka buat salah, ia tetap salah. Husband saya setuju dengan pendapat mereka. Biar mereka belajar dari kesilapan. Kecil ke besar silapnya, kita mak ayah tak boleh nak backing mereka.


Mencari Kesepakatan Allhamdulillah, keputusan dibuat! semua ok. Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ya Baari'... Saya memang tak pernah alami situasi masalah dengan anak-anak ni, sama juga dengan kakak mak kawan anak saya tu. Semoga Allah permudahkan segalanya. Tak tahu lagi macamana hari ni? Saya doa semua mak kawan anak saya dapat selesaikan dengan baik. Hanya Allah sahaja kami berserah tika ini. saya dan mak kawan anak saya bermaafan, nasib baik kami ni dah kenal, geng usrah Asmaul Husna. Jadi kami boleh terima apa jua dan faham keadaan bila berlaku situasi yang tidak dijangka ini. Kami tak salah menyalah antara satu sama lain. Kata mak kawan anak saya tu, "salah kita juga la kan".... ye la maksudnya kami ni memang sibuk dengan kerja sahaja, jarang luangkan masa betul-betul dengan anak-anak. Mana taknya live kami ni balik kerja pergi kerja.... Tiap hari itu la....

Tersentuh Bila balik rumah saya rasa sedih dengan anak saya. Saya tak tahu nak buat macamana. Mungkin perasaan ibu ni sensitif. Saya seakan pulaukannya. Suami saya macam biasa sahaja bergurau senda dengan kakak. Cuma saya yang emosi terlebih. Saya zikir dan istigfar banyak-banyak. Bila anak saya dah tidur saya masuk biliknya, saya tengok ada kesan calar di kakinya, bekas suami saya rotan dia dua kali malam tu. Saya keluar biliknya tanya "kaki kakak tu calar, daddy pukul dia ke"... suami saya angguk. Saya mula sedih. Saya pulaukan dia sebab saya rasa tak boleh terima apa yang dia buat. Bila dah jadi macam tu saya back to Allah, saya tahu Allah Yang Maha Pemaaf, Pengampun.

"banyak mana dosa yang kita buat Allah tetap terima taubat hambaNya"
Saya ni siapa? Saya mula sedar. Saya terima dengan redha. Anak-anak saya kecil lagi. Ini kali pertama dia buat salah. Dan dia pun tak faham apa yang dia buat! Sebagai mak saya harus didik dia dengan kasih sayang dan tegas. Saya teringat bagaimana Rasulullah didik anak-anak!

Saya pula, apa yang saya buat:

Kenalkan Allah dan Malaikat. Di mana sahaja ada Allah. Allah Yang Maha Melihat. Kenalkan dia dengan Allah Yang Maha Melihat seperti CCTV. Kiri kanan ada malaikat, malaikat catit apa yang semua kita buat.

Pukul saya tak pukul anak saya, saya cuma nasihat dia sambil menangis, sedih apa yang dia buat. Saya tahu budak-budak tak faham apa yang dia buat salah. Dia cakap kawan yang suruh. Saya nasihat dia dengan duk berlinang air mata.

Masam Muka Saya hanya menunjukan muka masam dan tak hiraukan dia, sebab saya terlalu kecewa. Bila dia datang nak tolong saya buat kerja, saya suruh sahaja dia jangan tolong saya pergi siapkan kerja sekolah.

Meluahkan Rasa Luahkan rasa kecewa padanya. Saya nak dia faham saya tak suka dia buat salah. Dia cuma pandang saha dan diam. Dia masuk biliknya dia diam dan termenung. Saya tahu dia fikir saya marahkan dia. Saya nak dia belajar dari kesilapannya dan tidak mengulangi perkara tersebut.

Konklusi
Apa yang berlaku, saya tunding sahaja sepuluh jari pada diri saya sendiri. Semua nya daripada saya yang hina. Allah menguji dengan pelbagai caraNya. Apa yang penting saya dulu kena nilai diri saya sendiri bukan menyalahkan anak-anak yang masih kecil dan belum faham apa yang mereka buat. Saya sibuk! Masa hujung minggu anak saya pun terhad. Hanya sehari sahaja untuk dia berehat. 6 hari sekolah dan latihan sukan. Planning is the best daripada Allah Yang Maha Merancang,,,, saya zikir dan serahkan pada Allah Yang Maha Mengatur dan menyusun kehidupan kami.

Allhamdulillah.....

3 comments:

  1. Bersabar ya, masalah anak bila melibatkan orang lain memang memeningkan ibu bapa... saya faham perasaan anda...

    ReplyDelete
  2. Rasa sedih jugak saya baca ni. Betapa besar pengorbanan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. InshaAllah, dengan ujian ni ramai pihak yg boleh ambik pengajaran. Allah Maha Pengasih. :')

    ReplyDelete
  3. Sabar byk2 ya dear..semoga diperm6dahkan semuanya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.