Ketukan Pintu Jurujual

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ketukan Pintu Jurujual // Dah lama saya tak mengalami situasi macam ni di ofis. Kalau di ofis lama dulu memang setiap bulan ada sahaja yang mengetuk pintu bilik jual itu dan ini. Kita yang ingatkan pelajar yang ketuk, lalu bangun dan pintu dibuka. Bila buka itu la citernya, ada yang datang jual buku, ejen insuran dan segala bagai. Setekat ni belum pernah tergoda kecuali yang minta wakaf Al Quran ke, saya bagi. 

Pengalaman Lalu Dan bila di ofis baharu sebelum sahaja sambung belajar selalu ada. Bila dah masuk kerja sejak bulan September tahun lalu, ini kali pertama dan kedua. Semalam mereka datang ketuk bilik saya, saya buka mereka offer card credit. Saya senyum sahaja, dan saya kata saya tak tak guna kad kredit. Mereka berdua cuba nak bagi free gift dan macam-macam yang mereka bawa. Bila husband saya dengar dia terus keluar dari belakang bilik saya, mereka macam terkejut sebab tak sangka ada lelaki di bilik saya. Pujukan dan rayuan mereka tak berjaya terus mereka berlalu pergi.

Datang Lagi Hari ni, ada lagi yang ketuk pintu. Saya sangka mungkin pelajar. Ada urusan dengan pelajar yang belum settle. Kalau kawan saya dari luar mereka dah panggil nama saya atau call dulu sama ada saya kat bilik ke tak. Baru tadi, kawan saya datang bili! Tak mungkin kawan lagi. Bila pintu dibuka saya tengok mereka lagi (salesperson). Kali ni mereka tunjuk RBH pula, kalau kelmarin Hong Leong Bank.... dan salesperson yang perempuan tanya saya, semalam tu husband saya ke? saya jawab ye... Tiba-tiba husband saya keluar dari belakang lagi. hehehe.... dua hari ni memang husband saya duk kat bilik ofis saya bekerja secara maya.... Bila mereka tengok husband saya, lagi kurang berjaya mereka nak promosi kepada saya. Mereka tanya husband saya kerja kat sini ke? Tengok nama hanya seorang sahaja kat pintu. Ha, kat sini... Husband saya minta maaf tak boleh nak ambil promosi kad kredit mereka. Terus mereka berlalu.

Kesian Husband saya kata, sebab apa diorang datang balik, dia tahu dia boleh buat saya ambil barang mereka. Saya memang macam tu lagaknya. Orang cakap saya akan dengar dan senyum. Tapi bukan mudah mereka nak belit saya. Saya akan dengar dan biarkan mereka bercakap sampai puas. Hehehe.... bila bab saya, saya cakap jer tak nak, tak nak, tak nak..... apa yang nak kesian... sebab diri saya dan keluarga pun lebih dari kesian (sangat selfish bunyinya)... hehehe

Keselamatan Bilik Ofis Susah nak mengelak dari salesperson ni. Ada rakan-rakan saya siap letak sign lagi kat pintu bilik "salesperson not allowed".. ye la kan benda ni memang mengganggu kerka kita! Mereka boleh masuk kelura sesuka hati kat bangunan ofis, sebabnya bangunan ofis ni terbuka.... tak ada password main door ke apa.... siapa sahaja boleh masuk dan keluar. Banyak kali juga berlaku pecah masuk bilik. Itu biasanya time periksa. Student biasanya akan pecah masuk bilik lecturer cari soalan exam. Di ofis lama dulu, bilik saya dan rakan saya pernah dipecah masuk. Di meja saya memang berselerak, dan hanya 1 pendrive saya yang hilang. Nasib baik la pendrive tu hanya ada lagu-lagu omputih.... Tak ada dokumen penting! Memang susah nak secure bilik-bilik staf ni. 


8 comments:

  1. Niat mereka mahu mencari rezeki tetapi sikap suka mendesak itu buat kita hilang belas ihsan kak..adakala mereka masuk ke kampung-kampung..memajsa dan pengaruh orang kampung..ada yang menjadi mangsa...

    ReplyDelete
  2. Selalu juga alami situasi macam ni. Bila kita menolak dengan sopan mereka tetap memaksa. Dan akhirnya mereka buat muka. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg buat muka sis... hehe... biarkan diorang....

      Delete
  3. Kalau saya kan, belum dia buka mulut je saya dah angkat tangan menolak, mungkin dengan lelaki dia tak berani kot... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa... org laki mmg direct menolak... ppuan lembut sikit... hehe

      Delete
  4. MMG SUSAH KALAU DIGANGGU PENJUAL2 YG XDIINGINI I ADA JE CARA MRK NK PERANGKAP KITA KALAU KITA LEMAH LEMBUT SGT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak PI... tp ppuan bukan lemah kan... keke

      Delete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.