Ketukan Lagi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bab cerita minggu lepas, pasal salesperson datang ketuk pintu bilik ofer kredit kad. Pagi ni. ada lagi yang buat ketukan tu. Mula-mula saya dengar ada ketukan di bilik rakan. Keadaan yang sunyi pagi ni tanpa ada orang jalan kaki saya dapat dengar dengan jelas. Mungkin pintu bilik tidak dibuka, pintu bilik saya pula menjadi ketukannya... Walaupun ada banner kat pintu bilik saya, tetapi masih nampak bilik saya cerah dengan lampu menyala. Saya pun tak buka pintu. Sekali mereka datang, kerap kali rupanya mereka datang lagi selagi belum dapat customer. Hari ni husband saya tak ada kat bilik ofis saya, saya baru drop dia kat tempat kerjanya. Dah dua kali kena, dah sah sah la saya malas nak buka pintu. 

gambaran pintu bilik saya, kalau saya ada kat bilik lampu bernyala, dari luar dah nampak. 

Bahaya gak macam ni kan.... kena report kat main office ni.... Sekali dua tak pa lagi, ni dah masuk kali ketiga. Saya dengar ada orang cakap bahasa Cina, may be ada yang buka pintu. Depan bilik saya semua bilik cikgu-cikgu bahasa, ada bahasa Mandarin, Jepun, Korea dan sebagainya. Salesperson yang datang ke bilik saya minggu lepas tu, dua orang bangsa Cina. Erm... tak apa la buat kali ni saya dah jemu.... buat diam saha dalam bilik. 

Tak serik untuk dapatkan pelanggan. Bila difikir mereka memang tak putus asa dalam mencari pelanggang. Nak juga dapatkan pelanggan walaupun berkali mereka datang tetap terus nak datang. Fuhh... salah satu sikap mereka yang boleh ambil pengajaran iaitu tidak berputus asa. Itu sikap yang baik kalau tengok dari sudut positif kan...

Negatif Sudut negatif memang menjemukan pelanggang. Dan kesian juga ada pelanggang yang dipaksa dan terpaksa. Saya memang suka menunggu dan mendengar mereka bercakap kerana salah satu pelajaran bagi saya belajar macamana nak buat marketing. Saya tengok dari sudut situ.... Sebab tu saya senyum sahaja dan diam bila mereka cakap, itu bila face by face la.... kalau dengan phone macam ni jadinya..... hehehe..... 

Zikir Sebenarnya dalam duk mereka promo itu ini, saya duk zikir, antara zikir Asamul Husna yang saya amal bila situasi begitu ialah Allahumma Ya Qhohhar, Ya Latif Yang Maha Menundukkan YAng Maha Lembut. Tundukkan dan lembutkan hati si penjual supaya tunduk kepada saya yang tidak mahu dengan barangan mereka. Allahumma Ya Aziz, Ya Qawiy Ya Matin, perkasakan, kuatkan dan teguhkan hati ku supaya tidak tunduk kepada promosi mereka. 

Cuba amal, insyaaAllah.... yang penting yakin dengan Allah Al Khaliq.... 


2 comments:

  1. Bahaya juga kalau kerap sangat orang datang, keselamatan boleh jadi satu isu juga... terima kasih berkongsi ayat-ayat dan zikir berguna kepada pembaca....

    ReplyDelete
  2. Kalau saya mesti rasa serba salah bila tengok kesungguhan orang ni. Taktahu la mesti rasa kesian. Bagus amalan zikir tu

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED