Hari Akhir Bekerja Sebelum Cuti Bersalin

Hari Akhir Bekerja Sebelum Cuti // Allhamdulillah... nampaknya hari ni hari akhir saya kerja sebelum mula bercuti bersalin minggu hadapan. Masih banyak kerja yang harus dilaksanakan dan juga pengajian saya. Saya ambil cuti 3 minggu awal. Minggu hadapan saya ambil cuti tahunan selama 7 hari dan sambung cuti bersalin awal daripada majikan saya. Terpaksa mengambil cuti awal kerana minggu hadapan saya dah memasuki 37 minggu, dan banyak perkara check up doktor yang harus dilakukan di kampung. Due date saya 11 April 2017. 

Esok mula balik kampung,,, plan nak singgah Penang USM dulu nak hantar pembetulan tesis saya pada sv saya. Lepas tu terus balik Kelantan. Tengok la keadaan Allah susun macamana esok. Hari ni kena settlekan kerja dan searah tugas apa yang patut. Yang penting kena check pembetulan saya selesaikan hari ni juga... bila duk baca dan baca rasa ini salah, ini kena tambah... mencabar! 

google image

Serah Tugas
Bila duk buat entry ni, ada ada lagi yang ketuk bilik. Saya memang dah fobia orang ketuk bilik. Kali ni ketukan tu bunyi lain! Saya yakin untuk buka, rupanya teknikal nak datang service aircond. Lepas tu ketukan kedua pula, saya dah tak kunci pintu. Rupanya rakan saya yang datang. Ya Allah, Allhamdulillah... memang saya sangat perlukan dia sekarang. Dari kelmarin lagi saya duk teringat kat dia!. Bila belek handset pagi tadi, tak ada lak no dia. Sebab handset saya hilang, semua no kawan-kawan dah hilang. Allah hantar dia sebagai alat Ya Wahhab, settlekan sign dan saksi agreement DPB dan tolong saya poskan.... Alang-alang sahabat datang tu, saya serah terus tugas yang ada kepadanya.... Subhanallah... Allah Ya Karim.... Ya Wahhab, Ya Rahman Ya Rahim... permudahkan pengajian dan kerja sahabat saya itu, Ya Allah.... Allah bagi settle satu-satu kerja hari ni! allhamdulillah...

Urusan Rumah Masih banyak urusan di rumah nak kena selesaikan hari ni, mencuci pakaian, kemas rumah, persiapan anak-anak nak cuti panjang. Nak tak nak dalam sebulan juga saya kat kampung. 

Terputus Hubungan Lepas ni saya tak boleh lagi nak update blog. Kat kampung tak ada internet dan saya juga tak guna smartphone. 

Keterbatasan Memang terbatas semua ini, nak tak nak pengajian saya yang masih on, banyak lagi pembetulan yang harus dibuat. Sangat terbatas nak buat di kampung. Walau apa pun saya serah sahaja pada Allah Yang Maha MenyusunNya. 

Mohon Maaf Sebelum saya bercuti ni, ingin saya memohon maaf kepada semua pembaca para sahabat semua. Maafkan jika penulisan di blog ini ada menyinggung hati anda tanpa saya sedari. Doakan saya dipermudahkan segalanya dalam proses bersalin dan berpantang dan juga perjalanan pengajian saya. 

Penghargaan Terima kasih buat para sahabat blogger yang sudi menjengah ke sini, dan mendoakan saya dan keluarga. InsyaaAllah doa kalian akan saya kembalikan dan malaikat sentisa mendoakan sahabat semua. 

5 comments:

  1. insyallah semoga di permudahkn smua urusan sis sebelum dan selepas deliver ni. Semoga ibu dan bayi kekal sihat sntiasa amin ya rabb =)

    ReplyDelete
  2. Salams shiela
    semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat dan juga selamat berpantang. Pam awal susu (ebm) utk buat stok juga:):)

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan ya kak. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Insha Allah, semoga urusan akak dipermudahkan, dan selamat bersalin serta selamat berpantang... =)

    ReplyDelete
  5. semoga keluarga bertambah berseri & murah rezeki dengan lahirnya junior 😉

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.