Allah Ya Salam Ya Fattah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allah Ya Salam Ya Fattah Subhanallah, dek kesibukan saya tertangguh-tangguh nak call mak ayah di kampung. Husband saya call pakcik saya, dari perkhabaran pakcik saya mak saya tak sihat, duk mengurut setiap hari. Saya ni cuma dua beradik sahaja, adik lelaki saya pula, sudah berkeluarga, kerja dan tinggal di Johor. Saya pula di Kedah. Mak memang nak kami kerja tetap, pilih kerja tetap terpaksa berjauhan dengan keluarga. Cuma di kampung mie dan papa saya sahaja. Bila tahu mak saya tak sihat saya selalu tertangguh nak call dia, disebabkan keadaan saya juga yang tak mengizinkan... Minggu lepas mak saya call saya, saya tak angkat. Kat rumah, biasalah handphone duk merata, kadang-kala lupa kat mana letakknya. Bila tengok ada miss call saya terus call... Dia cerita dia tak sihat sakit urat, badan, betis, kaki dan sebagainya.... Pergi ambil ubat kat doktor pun tak kebah. Mengurut pun tak hilang. 

Nasihat saya. Saya ni jarang nasihat mak saya. Sebab saya hanya menurut apa mak saya cakap. Ada saya nasihat kat dia dan bagi zikir-zikir padanya tapi dia tak amalkan. Dan malam itu mula dengan lembut saya nasihatkan dia. Mohon saya pada Allah supaya mak saya lembut hati dan dibukakan hati supa terima apa yang Allah sampaikan, bukan saya! Saya cuma alat Allah sahaja. Mula saya bagitahu dia supa zikir Ya Salam Ya Fattah... caranya, mula dengan zat Allah (Allahumma, Allah ya rabbi, Ya Allah) dan sebut Ya Salam Ya Fattah masa sujud 40 kali,,,, dan buat doa (bicara hati), supaya Allah buka jalan penyembuhan.



Semua Sakit Datang Dari Allah. Walaupun saya susah nak nasihatkan mak saya pasal sakit urat dan sebagainya, tapi ada kala saya mencuba... tapi kali ini dia boleh terima.... saya kata semua penyakit yang datang pada kita adalah dari Allah, ubat pun kena minta denganNya... memang kita berusaha cari ubat klinik dan berurut tapi, Allah jua Yang Maha Menyembuhkannya. Dia kata duk menangis sebab sakit sangat. Ye la saya pun tak call dia.... Saya bukan apa ada sebabnya dan Allah Ya Baari'.... 

Solat Tahajud Solat Taubat. Allhamdulillah, malam itu dengan izin Allah aya mampu menyuarakan supaya mak saya buat solat tahajjud dan solat sunat taubat. Masa sujud terakhir solat tahajjud baca zikir Ya Salam Ya Fattah 40x dan doa. Mak saya pernah kata kat saya dia tak pernah buat solat tahajjud. Saya seakan tak percaya kerana saya dibesarkan dengan setiap pagi dan petang mak saya akan mengaji Al Quran... Solat sunat dhuha selalu juga buat bila habis mengaji.... Tak apa la kata saya, try bangun buat solat tahajjud dan solat taubat tu.... Solat sunat taubah, baca Ya Allah Ya Affu, Ya Ghoffar, Ya Tauwab, Ya Quddus Ya Jalil, semoga Allah maafkan, ampunkan, terima taubat, dan suci dan bersihkan hati daripada kotoran dosa, berhala dunia, nafsu, dan bisikan syaitan... Mak saya kata tak apa nanti dia tengok dalam kertas yang saya bagi.... Mak saya tanya apa surah apa nak baca? Saya cakap baca surah senang sahaja solat tahajjud baca "kul ya" dan "Kul huallah", sama juga dengan solat taubat. 

Solat Sunat Tahajjud Sangat Special. Sambung saya lagi solat sunat tahajjud ni kita tak boleh dah nak qadho.... kalau sunat yang lain kita boleh qadho, jika kita sentiasa amalkan solat sunat yang lain. tapi solat sunat tahajjud tak boleh qadho rugi la kita kalau tak buat!. Mak saya menyampun erm... macam solat wajib kita boleh qhado... Memang solat wajib kena qodho, tapi ni solat sunat! Semua solat sunat harian seperti, solat sunat dhuha, solat sunat rawatih, solat sunat awal dan akhir, boleh qadho kecuali solat sunat tahajjud.... 

Sayang Ibu Bapa. Saya bukan pelajar agama. Saya bukan dibesarkan belajar sekolah agama. Malah walaupun saya orang Kelate, saya ketinggalan dari segi belajar agama. Tapi saya boleh baca jawi.... hehehe.... Sedangkan Allahyarham Nik Aziz pun saya cuma tengok sekali sahaja semasa arwah hidup. Rasa terukkan saya.... Bila di Lembah Sintok baharu saya kenal agama, saya kenal siapa saya. Susah mencari siapa diri ini.... Saya tak nak mak ayah saya terpengaruh dengan dunia, ujud dan riak. Saya belajar semua ni nak bawa semua ahli keluarga saya dan ummah masuk syurga. Saya pun jahil, hina dan fakir dengan ilmu Allah... kerana saya sayangkan semua orang, ibu dan bapa saya.... 

Bermula Saatnya. Keesokan harinya Khamis lalu masa lunch hour, mak call saya. Dia tanya saya kat mana? Saya cakap kat Pusat Islam, makan dengan anak-anak dan nak hantar adik masuk kelas. Dengan nada yang gembira, gelak-gelak, dia cakap dah hilang sakit uratnya. Dari semalam nak tidur, pagi tadi bangun zikir dan zikir tak tahu berapa ribu, rasa macam tak sakit apa pun.... Subhannallah.... Saya cakap, ye la sakit adtang dari Allah ubat pun dari Allah. Kena kena bergantung padaNya. Ubat klinik ke apa-apa yang lain tu cuma usaha.... Kalau Allah tak izin, tak sembuh juga.... Kelmarin saya call mak saya lagi, tanya dia keadaanya? Dia kat dah ok, dah lalu makan dan sebagainya, dah tak sakit. Malam Jumaat boleh bangun buat solat sunat tahajjud.... Semalam tak bangun katanya, munkin dah tak sakit, bila jaga dah dekat Subuh. InsyaaAllah malam ni nak bangun..... 

HebatNya Allah, Hebatnya Zikir.... Itulah kehebatan Allah yang tidak dapat disangkal. Bila bergantung penuh kepadaNya, yakin se[enuh hati kepadaNya, InsyaaAllah Dia akan menolong kita. Sakit itu hakikatnya penghapus dosa,,,, kena tahun dan faham apa hakikat sakit! JAngan merungut gundah gulara. Sematkan rasa syukur selalu. Apa yang Dia berikan pada kita, Dia Yang Maha Mengetahui.... Saya tak akan cerita pasal zikir ni face to face dengan orang, kerana saya tahu penerima kita terhadap ilmu Allah ini berbeza. Saya akan tengok orang dahulu.... Kadang-kala orang takkan percaya dan ada yang kata "takkan dengan zikir boleh sembuh?".... Dah banyak testimoni, rakan-rakan yang strok, split disc pun boleh semubuh, malah cancel pun, ada hamba Allah yang telah sembuh hanya dengan zikir bebas cancel... Subhanalllah.... 

Allahuakhbar!



6 comments:

  1. Allahu Akbar. Perkongsian yg sangat membantu. Saya baru tau pasal zikir tu utk tahajud. Selalu baca doa biasa utk tahajud tu je. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Dear... thanks for this sharing...
    Mrs pip kwgum dgn kesungguhan awak,
    Dan nak usaha juga buat tahajjud tu...
    Allahuakhbar...

    Tulisan awak mendidik ramai insan,
    Keep writing ya dear...

    ReplyDelete
  3. Orang tua kadang susah nak ikut apa kita cakap, lebih-lebih lagi bab sakit walhal kita risau dengan mereka... Alhamdulillah semuanya sudah kembali pulih berkat zikir kepada Allah, satu cerita yang sangat berinspirasi dan testimoni itu adalah manfaat kepada mereka yang percaya kepada kuasa zikir... Subhanallah..

    ReplyDelete
  4. Kecil..tapi sangat BESAR impaknya...ringan dan mudah tapi sering diabai..itulah zikir...tapi bila kita yakin...insyaAllah rasa nikmatnya.

    ReplyDelete
  5. SUBHANALLAH...MOGA ZIKIR JADI AMALAN

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED