Enter your keyword

Friday, February 17, 2017

Seminar Teknik Memahami Intipati Ayat Al-Quran melalui Penghayatan Asmaul Husna

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum, salam sayang...

Seminar teknik memahami intipati ayat Al-Quran melalui penghatan Asmaul Husna secara percuma. 
Penceramah : Prod Dr. Wan Maseri Wan Mohd
Tarikh : 6 Mac 2017
Hari : Isnin
Waktu : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Masjid Semilang. Jalan 2 Seberang Jaya, 13700, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Dijemput hadir kera ia ilmu oleh Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid
Tiada bayaran yang dikenakan!


Berminat?
Boleh daftar nama dan no telefon di talian 013-4060148 (Hasnah) dan 013-7742455 (Siti Zubaidah)
Mohon pendaftaran awal bagi penyediaan bahan-bahan bacaan seminar.

Sepertimana yang telah dinyatakan dalam iklan tersebut memahami kandungan ayat al-Quran menerusi penghayatan Asamaul Husna ini bertujuan untuk faham tentang makna dan mesej menerusi Asamul Husna yang telah diterangkan dalam setiap ayat Al-Quran. Sebagai contohnya, dalam surah Al-Mukmin ayat 83 ini...


terjemahannya: Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung dengan azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu.

Dalam terjemahan tersebut, jika di matchkan dengan penghayatan Asamul Husna ia memberi maksud: sifat manusia yang hina apabila Rasul memberi keterangan tentang kebenaran (Ya Nur Ya Haadi Ya Haq), mereka merasa ilmu mereka sudah cukup dan tidak memerlukan ilmu-ilmu yang lain dan mereka menolak keterangan daripada Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yang dibawa oleh para Rasul.

Oleh itu, apabila kita sudah faham maksud dan matchkan apa yang kita baca dengan Asmaul Husna, insyaaAllah apa yang kita baca mudah diserap dan terpahat di hati sanubari kita. Sebagai contohnya juga surah Al-Fatihah yang setiap hari kita baca dalam solat jika kita faham maksudnya dan faham makna menerusi Asamul Husna kita akan kusyuk dalam setiap solat dan setiapa apa yang kita baca tidak akan melencongkan kita kepada ingatan luar... InsyaaAllah....

8 comments:

  1. Ana pun tengah cari kelas2 untuk belajar intipati al-quran dekat sini. kadang-kadang bila baca tafsir pun susah nak faham maksud ayat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh join sis... sila2, sgt dialukan....

      Delete
  2. Bagusnya program macamni. Dah lama tak join. Huhu

    ReplyDelete
  3. bagusnya ada seminar macam ni. baik untuk kanak2 dan org dewasa.

    ReplyDelete
  4. Aa btol klau kita lg paham mksud yg kita bace lg kita khusyuk. Cam kita bace yassin ade trjemahan kat bawah. Rase mlekat dlm ht.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email