Peribadi atau Ummah: Yang Mana Harus Didahulukan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Peribadi atau Ummah: Yang Mana Harus Didahulukan // Subhanallah.... Allhamdulillah.... sujud dan rukuk di pagi hari membawa ketenangan yang membahagiaan walaulun sedih merintih bila selesai tidak dapat dibayangkan ketengan itu... syukur rezeki yang tak terhingga setelah lama tidak rukuk dan sujud di kala enak dibuai mimpi....

Seperti biasa selepas menghantar anak sekolah saya masuk ofis, breakfast dengan husband then drop husband di tempat kerjanya.... menoreh di ofis.... bila buka latop nampak mesej drp Abe We, saya dah lulus adsense.... hebatnya Allah, hantar alatnya Ya Wahab Ya Karim WayneHarraz membantu saya apply adsense.... ilmu blogging yang ada pada beliau sangat membantu.... semoga Allah Ya Fattah Ya Razzaq, terus membuka rezeki pada Abe We sekeluarga.... 



Tajuk di atas!
Erm.... mendapat teguran Allah.... 

Peringatan kasih Allah pagi ni. Agenda ummah lebih utama drpd agenda peribadi. Kuliah2 agama termasuk dlm agenda peribadi sekiranya pd ketika itu ada tuntutan Allah ya Baari' utk ummah.

Bagaimana membezakan agenda peribadi dan agenda ummah?
Dan itu jawabnya!

Kadang-kala banyak agenda peribadi yang disangkakan agenda Allah, seperti tuntutan ummah (menolong orang susah dan sebagainya) di kala itu mereka sangat memerlukan kita.... Saya terkesima! Pengalaman saya, pernah ada hamba Allah memberitahu saya, PhD ni pun kena buat dan Allah bagi rezeki untuk buat PhD, bukan sahaja nak bantu ummah....

Dengan kata-kata tersebut, saya istigfar! kenapa berpandangan sebegitu rupa? bagi saya, Allah memang beri rezeki untuk buat PhD, dalam masa yang sama kena faham PhD itu untuk siapa? untuk apa? sama ada untuk diri sendiri? naik pangkat? gaji besar? keluarga? atau pun ummah?

Yang mana lebih penting!

Sejujurnya, saya faham tugas saya sebagai hamba Allah, walaupun saya kini tidak aktif untuk ummah.... namun saya sentiasa serahkan diri pada Ya Baari' yang Maha Mengatur Menyusun agenda hidup saya bukan untuk peribadi, atau keluarga saya sahaja.... saya yakin pada Allah Ya Baari'.... 

Ada ustaz pernah beritahu, makcik mengaji Al Quran di kampung, tak keluar dari kampung pun untuk berdakwah... tapi bila orang gaji kuburnya, mayatnya masih elok berkain kafan! bukti kekuasaan Allah swt.... orang yang menggalas tanggungjawab sebagai abdi dan khalifah Allah..... yang penting apa yang dibuat hanya kerana Allah.... bukan untuk menunjuk dan dipuji dipuja..... 

Konsepnya sama, seperti yang Abe We tolong saya dalam kes ini, beliau langsung tak kenal saya! namun  niatnya untuk menolong yang saya tahu kerana Allah..... dia laksanakan..... tanpa keluar ke tempat yang jauh.....

So, agenda peribadi.... tinggalkan.... hehehe..... tuk saya juga la ni, kerana pagi tadi agenda peribadi saya bersarapan pagi! namun saya ambil sarapan dua kali! Ya Allah, teruknya saya..... sudah cukup kalau sekali sahaja, tak kira la mengandung ke apa! semoga dilindungi dengan agenda peribadi dan nafsu! Subhanallah...... Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin.... 


6 comments:

  1. Apa sahaja yang kita lakukan, semoga tidak menyimpang dari apa yang Allah suka... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah Kak Sheila.. Allah dah aturkan perancangan ini cukup cantik.. =)

    ReplyDelete
  3. Tolong dan buat kerana Allah.. Terima kasih untuk peringatan ini..
    Kadang2 kita tersasar.. teguran2 kecil nielah yang menarik kita ke landasan semula..

    ReplyDelete
  4. Allah tahu niat kita shiela, insyaAllah ada ruang nanti boleh bantu ummah pula

    ReplyDelete
  5. Tlg diri sndiri secara tk lgsung kita tlg ummah. Sebab kita hdup bukan sorg sorg. Kita hdup sejagat. Ape yg kita buat memberi kesan pada org lain. Bukan diri kita semata

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.