Mood 34 Minggu Mengandung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... 
Dah masuk 34 minggu, saya rasa kadang-kala dan selalu kepenatan. Setiap hari saya akan bergegas ambil adik di tadika. Bawa dia pergi makan, solat dan sebagainya. Hantar dia semula masuk kelas agama. Yang menghairankan saya bila saya drop je solat berjemaah di masjid Pusat Islam, saya akan rasa segar dan bertenaga. Bekat rumah Allahkan... Subhanallah...

Pagi tadi saya siapkan juga minit meeting Khamis lepas untuk perhatian dan pembetulan kawan-kawan di jabatan saya dan emel kepada semua.... Allhamdulillah, mantan dekan saya dah bagi komen... Saya kena cepat uruskan hal conference ni sebelum saya bercuti panjang aka cuti bersalin... Memandangkan saya belum guna smartphone dan kat kampung tak ada internet susah saya nak berhubung dengan mereka.... Komiti di jabatan saya pula melantik saya sebagai setiausaha dan bendahari, kedua-dua tugas yang besar. Khamis lepas baru saya perasa jawatan saya dalam persidangan tersebut. Saya ingatkan saya dilantik sebagai setiausaha dan ahli jawatankuasa yang lain sahaja. Walaupun ini adalah kerja para pelajar, sebagai staf terpaksa jua saya laksanakan....

Tak apa Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun. 

Allah Ya Wahhab Ya Karim
Sebelum cuti balik kampung CNY saya ke politeknik Seberang Perai bertemu dan berkenalan serta meminta tolong kawan kepada sahabat saya, tolong tengok model kajian saya! Sampai ke hari ni saya belum sempat lagi untuk membaiki model tersebut. Sedangkan saya punya lesen PLS dah expired pulak.... Macam ni la cabaran.... it's Allah Maha Mengatur... saya cuma hamba.... buat apa yang termampu! Jangan stress, always back to Allah.... 

Saya ni memang imannya rapuh dan lemah... terpaksa ingat dan ingat selalu! Setiap kali terpesong dan sebagainya... tiada yang lain sebagi tempat bergantung melainkan Allah kan... sama-sama kita berada di dalam satu circle yang positif dan baik. Aura yang positif akan memberi kita tenaga iman yang kuat!


Pemandangan library yang indah memang membuat energy saya bertambah dan tenang....

Hari ni saya memang bertapa di library. Buat kerja di sini.... uruskan anak masuk semula ke library, saya memang tinggalkan barang-barang saya di sana. Bila keluar bawa saha kunci kereta dan wallet.... malas nak mengangkutnya.... Pagi tadi husband saya tanya "selesa ke duk library?".... memang selesa.... dekat dengan toilet dan senang nak g surau. Aura library yang dikelilingi dengan buku-buku memang bagi otak saya cergas.... Minit mesyuarat pun saya boleh karang dengan berapa jam sahaja dengan izin Allah.... Energy Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid.... sebab tu saya suka bertapa di library daripada di bilik ofis saya seorang diri....


4 comments:

  1. Wah dah tak lama lagi dah ni... semoga semuanya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya...

    Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segalanya :)


    Jemput join http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-percuma-by-cik-candy.html

    ReplyDelete
  4. Sebab pemandangan library luas. Kalau bilik kita je bukan la sempit tp pemandangannya limited. Btol tk kak? Smoga dipermudahkan smuanya :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.