Mengatasi Masalah Pelajar Dengan Zikir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Masalah pelajar dan cara mengatasinya:


1. Masalah sebagai seorg ketua nak menangani kerenah ahli2 dlm sesesuah organisasi atau pertubuhan.
Jawapan: 
Zikir ya Rahman ya Rahim ya Jami', 'ya Allah, satukan hati2 kami dgn kasih sayangMu.
Ya Qohhar ya Latif ya Malik, 'ya Allah, tundukkan hati kawan2 kami kpMu.'

2. Masalah nak kusyuk solat dan istiqamah dlm ibadah.
Jawapan: 
Zikir ya mumit, 'ya Allah, putuskan tali ingatan kp dunia sepanjg solatku'

Ya Rahman ya Rahim ya Jami' ya Baaqi, 'ya Allah, kekalkan hatiku mengingatku sepanjg solat

zikir ya Baaqi, 'ya Allah kekalkanku dlm ibadah kpMu.'

3. Masalah mengantuk dlm kelas.
Jawapan: ya Aziz, ya Qowiy, ya Matin, Ya Allah, kuatkan mataku utk daku belajar


4. Masalah kurang fokus dlm kelas.
Jawapan:  Baari', aturkan jadualku utk fokus dlm kelas.
Ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi hati dan fikiranku dari gangguan syaitan.

5. Masalah susah menghafal.
Jawapan: zikir ya Baari', ya Baaqi, ya Alim, ya Hakim, ya Rashid, 'ya Allah, aturkan ilmu dalam otakku dan kekalkan ilmu dlm otakku.

6. Masalah Susah faham pelajaran.
Jawapan: zikir ya Alim, ya Hakim, ya Rashid, 'ya Allah, kurniakanku faham tentg pelajaran ini'

7. Masalah keluarga.
Jawapan: zikir ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, 'ya Allah, bantulah kami utk menyelesaikan masalah keluarga'

8. Masalah suka marah
Jawapan: ya Sobur, kurniakanku kesabaran.
Ya Qohhar, tundukkan kemarahanku.

9. Masalah Susah bergaul.
Jawapan: ya Rahman ya Rahim ya Jami', alirkan kasih sayangMu dlm hati2 kami agar kami dpt bergaul dgn.baik.

10. Masalah suka berfikir negatif
Jawapan: ya Quddus, ya Jalil, suci dan jernihkan hati dan fikiranku dari memikir yg negatif.
Ya Haadi, bimbing otakku utk berfikir positif.

11. Masalah malas dan kerja bertangguh.
Jawapan: ya Quddus ya Jalil, sucikan hatiku dari bisikan syaitan, penyakit malas dan bertangguh.

12. Masalah suka bergaduh dgn ibubapa
Jawapan: ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Jami', satukan hatiku dan pemikiranku dgn ibubapaku.

13. Masalah lambat belajar.
Jawapan: ya Allah ya Alim ya Hakim ya Rashid, kurniakanku kecepatan belajar

14. Masalah markah rendah.
Jawapan: ya Allah ya Roofi', tinggikan markahku.

15. Masalah selalu cuai.
Jawapan: ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, tolonglah kami agar kami tidak cuai.

16. Susah mengurus masa.
Jawapan: ya Allah ya Baari', tlglah aturkan jadualku agar tersusun

17. Masalah suka bersangka tidak baik.
Jawapan: ya Allah ya Quddus ya Jalil, sucikan hatiku dari berburuk sangka.

Pengalaman saya dalam menerapkan zikir Asmaul Husna pada anak-anak:
  • semalam, kakak ada 11 muka surat kerja sekolah matematik, kakak memang sederhana dalam matepelajaran matematik. Sejak darjah 1 dia hanya dapat B, markah 60++ sahaja.... bila buat kerja sekolah semalam, dia belum kuasai tentang "bundar" nombor ribu ratus dan sa..... saya nasihat kat dia dan suruh dia faham macamana nak bundarkan.... bila dia kusyuk nak siapkan kerja sekolah yang banyak, saya suruh dia berhenti solah maghrib..... dah solat maghrib dia sambung buat.... katanya kakak dah faham macamana nak buat. Tadi lepas solat kakak doa supaya mama siap tesis cepat, daddy tak hisap rokok, baby sihat dan kakak cakap "Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, semoga Allah bagi kakak faham buat matematik"......

Ya Allah, saya sangat tersentuh, sebab tu la mama suruh kakak solat dulu.... apa yang kita buat pun mesti kita kena ingat Allah dan mendahulukan Allah.... nanti Allah tolong la kita selesaikan masalah.....

Allhamdulillah, dia dapat siapkan semua kerja sekolahnya semalam dengan pertolongan Ya Wahhab Ya Karim Ya Rahman Ya Rahim.....




9 comments:

  1. Alhamdulillah. Bgus didikan sheila tu. Dahulukan agama, yg lain akn dpermudahkan insyaAllah

    ReplyDelete
  2. wahhh,, bestnya bila anak2 cakap macam tu, tersentuh hati, semoga membesar menjadi anak yang solehah kakak, =)

    ReplyDelete
  3. nice sharing kak. tersentuh nya hati. banyak kena blajar lgi nih

    ReplyDelete
  4. Terima kasih berkongsi. Satu perkongsian yang baik, boleh kita amalkan sebagai umat Islam. Saya singgah dan follow akak ya. jemput melawat blog saya :)

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Very gd one

    ReplyDelete
  6. apa yg kita lakukan dlm kehidupan seharian, yg pastinya perkara wajib ddahulukan. insyaAllah, benda yg susah jd senang. kita pun akan lebih bsemangat 😄

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...Dia juga yang membantu segalanya...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.