KEPUTUSAN UPKK TERBAIK DAERAH KUBANG PASU: KAFA PUSAT ISLAM UUM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tahniah kepada semua pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA yang berjaya mahupun tidak anda tetap berjaya.... nak masuk sini bukan senang kena hantar anak dari umur 5 atau 6 tahun lagi. Baru dapat tempat ke kelas KAFA masa darjah 1... kalau tak terpaksa kena masuk list menunggu itu pun kalau ada pelajar yang ibu bapa mereka pindah dan sebagainya.... 

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)  yang diumumkan semalam telah meletakkan  Sekolah KAFA Pusat Islam sebagai Pusat KAFA terbaik Daerah Kubang Pasu dalam UPPK 2016. Pencapaian ini membuktikan bahawa  Universiti Utara Malaysia mampu untuk menyediakan pasarana pendidikan yang terbaik bukan hanya kepada mahasiswa tetapi juga kepada anak-anak staf.
Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak ketika mengumumkan keputusan UPKK kepada para waris dan murid-murid melahirkan ucapan tahniah kepada murid-murid yang  telah berjaya, Para Ustaz dan Ustazah  serta  para ibu bapa yang memberi sokongan kepada Sekolah KAFA Pusat Islam sehingga memperolehi keputusan yang terbaik dalam UPPK tahun ini.

Beliau turut merakamkan  ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Seri Naib Canselor UUM yang telah menyokong semua aktiviti Pendidikan Islam serta  meluluskan peruntukan tambahan kepada Sekolah KAFA Pusat Islam bagi membiayai elaun guru serta aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan al-Quran untuk anak-anak staf.

Seramai 14 orang murid telah memperolehi keputusan 8A dalam mata pelajaran UPKK, manakala 11 orang telah memperolehi  keputusan 7 A, 6A empat orang, 5A lima orang daripada jumlah murid 36 orang. Senarai murid yang memperolehi keputusan 8A ialah seperti berikut :-

1.      Nurnisa Umairah Binti Yusoff 96.88%
2.      Nur Adalia Binti Azmi 96.25%
3.      Nur Liyana Musfirah Binti Zahrunnizam 95.25%
4.      Ammar Haseef Bin Mohd Hasbullah 94.25%
5.      Amirah Hafiyyah Binti Bahtiar 93.75%
6.      Amirah Hafizah Binti Bahtiar Jamili 93.13%
7.      Nur Iffah Zulaikha Binti Mohd Puad 91.88
8.      Wan Nur Alya Wahida Binti Wan Izham 90.38%
9.      Muhamad Adam Bin Shafiq Afendi 90.13%
10.  Nur Suffia Azleen Binti Azli 88.63%
11.  Nur Irdina Iman Binti Abd Aziz 88.38%
12.  Nur Nuha Binti Halim 88.13%
13.  Siti Nur Afiqah Binti Johari 87.75%
14.  Nur Dini Darwisyah Binti Samsul Anuar 87.38%  
Semoga anak-anak semua menjadi abdi dan khalifah Allah.... InsyaaAllah.... 

SUMBER:
PUSAT ISLAM UUM,
KOMPLEKS PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,
06010 UUM SINTOK, KEDAH
Tel: 04-9282556/2566
Fax : 04-9282561
Facebook : Pusat Islam UUM

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. Tahniah buat semua anak2 ini..
    semoga menjadi anak yangsoleh dan solehah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga jadi anak yang soleh dan solehah. Tahniah adik-adik semua.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah :) Benda basic yg perlu kita terapkan dari kecik lg :) InsyaAllah generasi ini akan mencorak kehidupan yg lbh baik

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah tahniah buat mereka...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.