HEBAHAN PENYERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN KELOMPOK PERTAMA SEMESTER II SESI 2016/2017

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

HEBAHAN PENYERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN KELOMPOK PERTAMA SEMESTER II SESI 2016/2017 - KELULUSAN 08/02/2017



Hebahan ini adalah bagi pelajar yang baru mendaftar di UUM sahaja. Namun cara-cara pengisian borang adalah sama bagi semua permohonan baharu seluruh IPTA/S

Dokumen yang diperlukan:
1. Dokumen perjanjian PTPTN (m/s 1-14 - 2 set)
2. akaun Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian (Lampiran A)
3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke UUM (palang 2 garis "KEGUNAAN PTPTN SAHAJA" seperti contoh 1.

Tindakan Yang Perlu diambil oleh Peminjam/Pelajar:
1. Setem Hasil RM10 2 keping : hanya perlu tampal dan tidak perlu dimatikan.
2. Muka surat 6 : Tampal Setem Hasil pada kedua-dua borang set perjanjian PTPTN
3. Muka surat 7 : Tandatangan saksi penerima biaya - boleh dapatkan tandatangan biaya bagi kumpulan A (gRed 41 ke atas) atau mana-mana pensyarah di Jabatan Akademik. 
4. Muka surat 8 :perlu dikosongkan (hanya untuk kegunaan pihak PTPTN).
5. Muka surat 9-14 : tandatangan ringkas pelajar

Peringatan:
1. Tidak boleh menggunakan liquid paper dalam dokumen PTPTN
2. Tulisan bertindih tidak dibenarkan.
3. Tulisan/cetak perlu jelas pada setiap muka surat.
4. Tarikh yang ditulis hendaklah sama pada setiap ruangan yang diperlukan.
5. Borang yang TIDAK LENGKAP tidak akan diterima.



5 comments:

  1. jom Nurul review blog akak :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/segmen-review-blog-by-syahirahvaliantcom.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sheila Adziz,

    Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia.. Ingat pinjaman PTPTN satu amanah yang perlu digalas..

    ReplyDelete
  3. Boleh dijadikan panduan nanti buat pelajar yang terlibat.

    ReplyDelete
  4. sebut PTPTN teringat hutang mara yang berbaki lagi. Tak sabar nak habiskan.

    ReplyDelete
  5. Selamat menggunakan ptptn. Guna sbaik mungkin. Bile dh dpt keje jgn lupe bayor :) lmbt bayor tk pe asal bayor :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.