Energy Allah Ya Qawiy Ya Matin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Energy Allah Ya Qawiy Ya Matin // Esok saya bercuti. Memandangkan esok nak bercuti walaupun sehari kerja minggu ni terpaksa di siapkan juga. Allhamdulillah dengan izin Allah dapat siapkan kerja penting hari ni. Memang penat bergegas sana sini, ambil anak hantar anak, hantar surat... hhehe dah macam office boy. Tadi orang ofis tanya "hangpa nak p hantar sendiri ke?" "ye" jawab saya dengan ringkas. "dah berapa bulan ni?", "dah 8 bulan setengah". Biasanya bab hantar surat ni tugas pekerja pejabat. Saya kena hantar sendiri nak pastikan ia selamat! kerana ia penting.




Meeting Sambil Makan
Pagi tadi dalam duk breakfast dengan rakan-rakan ofis, banyak perkara yang dibincangkan. Banyak benda yang saya kena settlekan ni sebelum saya bercuti seminggu lagi. Mereka belum tahu saya nak bercuti bersalin seminggu lagi. Nak bagitahu takut kawan-kawan terkejut lak. Tak apa Sheila, jangan panik. Buat kerja satu-satu, masih ada masa seminggu dan ada lagi masa 2 tau 3 minggu sebelum bersalin.... tak pun sebulan lagi, kalau saya lewat bersalin.... lagi pun due date saya 11 April 2017. Tapi saya nak ambil cuti awal balik kampung. Kalau diikutkan hati memang tak nak balik kampung dan teruskan kerja banyak ni. Tapi husband suruh cuti awal. Ya Allah Ya Baari' Kau susunlah yang terbaik untuk saya!

Bekerja di Kampung Halaman
Kat kampung nak menunggu sehingga bersalin, saya tak boleh nak stop dari kerja dan pengajian saya! Saya kena cari tempat yang ada internet sebagai ofis saya setiap hari. Bosan giler rasanya kalau tak boleh nak buat kerja. Lagi tu kerja sangat penting tika ini dan tesis pengajian saya! Kalau dah bersalin lain cerita saya dah boleh fokus tentang berpantang dan sebagainya.

Urusan Anak-anak
Tadi ambil kakak dan adik ke sekolah, hantar pula adik ke kelas agama. Kakak pula adalah latihan golf hari ni. Saya drop jer dia kat akademi golf dan terus masuk ofis semula. Tak boleh saya nak tunggu dia kat padang golf tu. Hari ni hari pertama dia ada latihan semasa hari sekolah (ko-k). Sebelum ni memang weekend hari latihannya setiap Jumaat pagi. Saya tengok ada staf hantar ank mereka, saya dah tak risau saya boleh jer tinggalkan dia bersama rakan-rakannya yang lain.

Energy Ya Rabb
Hampir 5.00 petang, saya terpaksa keluar dulu settlekan apa yang patut sebelum ke Penang esok, dan ambil anak-anak, ambil daddy ke tempat kerjaya.... Allhamdulillah untuk hari ni... Saya rasa sangat cergas. Terima kasih Ya Rabb atas daya-dayaNya yang dipinjamkan kepada saya ini. Sesungguhnya Energy Allah Ya Qawiy Ya Matin sangat kuat dan teguh.



Previous
Next Post »

10 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
Unni Anje
admin
February 22, 2017 at 4:59 PM ×

Moga dipermudahkan setiap urusan..

Reply
avatar
February 22, 2017 at 5:13 PM ×

Semoga dipermudahkan urusan. Awal juga cuti tu akak.

Reply
avatar
Mrs Pip
admin
February 23, 2017 at 6:19 AM ×

Jaga kesihatan mommy...cheers

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
February 23, 2017 at 8:29 AM ×

InsyaAllah kak. Klau bnyk keje nnt mudah bersalin ;)

Reply
avatar
February 23, 2017 at 9:02 AM ×

semoga dipermudahkan urusan

Reply
avatar
Sheila Adziz
admin
February 24, 2017 at 10:44 AM ×

terima kasih :) InsyaaAllah

Reply
avatar
Sheila Adziz
admin
February 24, 2017 at 10:48 AM ×

bgs tu mek klu mudah bersalin mmg suka...

Reply
avatar
Sheila Adziz
admin
February 24, 2017 at 10:49 AM ×

Allhamdulillah, semua dirusNya dgn mudah... terima kasih rai...

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment