Ambil Dadah Untuk Kuat Kerja

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

AMBIL DADAH UNTUK KUAT KERJA // Dulu persekitaran kerja saya memang macam ni.... Nak nak lagi duk dalam production, shooting filem sebualan, ramai juga la krew yang ambil dadah ni... hadui.... memang tengok diorang duk lalok la sambil kerja.... ye la, ada yang 3, 4 hari tak tidur... Shooting memang penat, tak kira masa.... nak keja scene sahaja.... kalau tak running budget bust.... satu hari sewa kamera dah berapakan... ramai director yang kejar masa....


Saya terbaca artikel sempena HARI DADAH SEDUNIA di SINI.... ada juga benda ni dah jadi habit tuk kerja.... tak kira la apa bidang.... di kalangan rakan-rakan saya pun sama! ada juga yang ambil mereka ni professional, bukan sebarang kerja...... haish.... Allhamdulillah, iman masih kuat saya tak penah ambil semua tu....

Semalam, tengok berita tentang kanak-kanak 12 tahun dah positif, itu mungkin percisan sahaja.... ada lagi tu kalau diselidik..... nak salah siapa? Ibu bapa? masyarakat? mereka dan keluarga mereka?

Bila dunia telah menguasi jiwa raga manusia, tiada lagi erti akhirat. Takkan takut pada akhirat.... malah tak nampak pun akhirat sebagai kampung halaman kita yang hakiki..... sedih dengan apa yang berlaku! semoga iman kita kuat! walau apa pun terjadi, jauhkan diri daripada perkara yang buruk... peringat untuk saya dan keluarga juga! Semoga kita dilindungiNya....



3 comments:

  1. Allahu, dunia akhir zaman. Moga kita, keluarga dan kenalan kita dijauhkan dari benda2 macamni. Huhu

    ReplyDelete
  2. Allah.. Bila dunia terlalu dikejar..
    semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah..

    ReplyDelete
  3. Tu lah kan. Makin canggih dunia ni makin takot dgn prkara baru yg wjud. Bila basic tkde, smua benda ke laut --'

    ReplyDelete

Powered by Blogger.