Gelagat Hari Pertama Persekolahan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....
Petang kelmarin bila balik rumah tak habis-habis saya dan anak-anak sembang pasal sekolah hari pertama.... Bermula dengan kisah sekolah tadika adik dan KAFA yang naik yurannya.... Then, pergi daftar adik masuk belajar kelas agama di pusat Islam DI SINI.... Kakak Amani pula memang duk cerita pasal yang berlaku di sekolahnya hari ni.... kedua-dua telinga saya ni duk dengar lah, adik dan kakak cakap. Masing-masing nak cerita hari pertama mereka..... 

adik Zara yang bertudung

Kisah Sekolah Adik Zara
Adik Zara dah mula excited nak belajar kat pusat Islam. Kelmarin, saya dan dia ternapak kawan di kelas tadikanya juga masuk kelas agama di pusat Islam... makin seronok lah dia.... Siap kemas baju, tudung tuk hari ni nak ke sana..... Saya duk cakap kat dia, "mama ambil adik kat sekolah pukul 12 tau, adik tak perlu makan dan mandi, nanti mandi dan makan dengan mama"..... lagi seronok dia! katanya "adik nak mandi kat ofis mama yang ada air hujan dan ada air panas tu",,,,, dia tahu bilik mandi kat ofis saya ada hither..... "tapi adik tak tahu nak beli kuih ngan nasi kat cafe, adik tahu beli keropok sahaja"...... kat cafe pusat Islam lak ada macam-macam jajan yang budak-budan suka..... maksudnya dia belum pandai beli nasi dan beli kuih.... belum pandai ambil nasi sendiri!.... tak apa mama dan daddy ada.... nanti adik makan dengan mama atau daddy..... Dia siap-siap minta duit nak beli keropok tuk hari ni.... "kakak, nanti adik beli keropok kat kakak, kakak nak warna apa. Warna merah pedas...." haish...... kalau dia dah pandai membeli memang minta duit selalu la, adik ni..... 


Ya Fattah Ya Salam
Bila duk sembang dengan kakaknya..... dia bagitahu kakaknya, tadi kawan adik buat adik kat tangan sampai merah..... kakak lak terus bagitahu saya! saya cakap, "adik bagitahu lah kat cikgu adik".... dia balas "adik tak bagitahu cikgu adik, adik zikir Ya Allah Ya Fattah, Ya Salam"..... hehehe..... ye la, pandainya adik..... bila saya tengok tangannya, erm.... ada kesan kena kuku..... Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin jaga adik tahu.... adik jangan buat kawan lak..... 


Hari Kedua Sekolah
Hari ni bangun pagi, excited nak ke sekolah dan pusat Islam.... erm..... Allhamdulillah.... ustazah pun ok dia seronok, ada lak kawan dia, lagi seronok dan excited la....





No comments:

Post a Comment

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED