Bila Disapa Teman Bertahun Tidak Bertemu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....


Tadi saya post poster bengkel penyelidikan di facebook saya.... Saya sangat jarang update facebook. Bila update, ada teman yang saya penggilnya kakak sms saya tepi.... Dah dah tak bersua dengannya sejak 4 tahun lalu... Last seingat saya masa saya mengandungkan adik Zara pada 2012, saya selalu ke mana sahaja dengannya. Dia merupakan teman sekerja saya, walaupun berlainan jabatan dan berlainan pusat pengajian. Setelah di berpindah mengajar di universiti lain, kami mula jarang bersua dan lost contact... 

Tiba-tiba menyapa saya? Tanya khabar dan tanya status pengajian saya! Mungkin dia melihat poster di facebook saya. Erm.... memang itu yang saya tahu akan ditanya oleh semua orang! Saya juga bertanya perkara yang sama padanya. Mungkin dia lebih awal daripada saya kerana dia dalam proses untuk menghantar tesisnya untuk viva.... dan saya masih dalam correction draft....

Allhamdulillah....
Ingat lagi dia pada saya. Dulu saya menganggap dia kakak dan dia dipercayai. Saya rapat dengannya, sehinggakan apa sahaja dia minta tolong saya akan tolong dan buat. Ada masa husband saya sendiri pun jeles kebaikan saya kepadanya. Saya rasa dia baik dan saya tolong. Husband saya kata ketika dia susah saya tolong dia. Sedangkan ketika saya susah ada tak dia tolong saya? Sehinggakan saya berjalan kaki dalam kampus tiada kenderaan langsung dia tidak endahkan.... Walhal ketika teman saya tiada kenderaan saya akan ambil dia di mana sahaja dia berada dan hantar dia pulang..... Banyak lagi perkara yang saya buat untuknya membuatkan husband saya marah. Akhirnya saya tersedar sendiri apa kebaikan saya yang saya buat untuknya ada yang tersilap sehinggakan saya sendiri dikianati. 

Mudah Percaya Pada Teman
Saya akui saya memamng mudah percayakan seseorang.... itu kali terakhir rasanya saya betul-betul percaya pada seseorang! sehingga sekarang saya sangat berhati-hati dalam persahabatan. Banyak yang saya belajar. Terutama belajar mengenal Allah, mula saya sedar untuk menilai sahabat yang baik berkawan kerana Allah atau kerana dunia!..... Minda dan fikiran saya sudah block daripada percakapan dan persaingan dunia! 

Menilai Sahabat
Saya seperti seorang yang dungu bila ada rakan-rakan memuji kehebatan dunia dan kecantikan dunia.... Jika dulu saya kenal teman itu, sentiasa mengganggu fikiran saya dengan dunia dan wang ringgit. Namun sekarang tidak lagi! Saya bersyukur kerana Allah mempertemukan saya jalan hidup yang sebenar! Apakah tujuan hidup ini dan sebagainya..... Dan dari situ Allah temukan saya dengan teman-teman yang sentiasa menuju akhirat. Minda mereka melebihi saya.... Yang mana saya masing keawangan, namun mereka tetap pada matlamat yang satu menuju redha Allah..... Subhanalllah..... 

Allhamdulillah, saya sangat bersyukur! bersyukur dan terus bersyukur!

Jika teman itu melihat saya sekarang mungkin dia juga terkejut dengan saya! Saya cuma mahu menjadi diri sendiri dan mencari siapa saya, yang sudah saya ketemui..... Terima kasih Ya Rabb.... Saya percaya jika kita berkawan kerana Allah, Allah akan lindungi kita dan menjaga kita. Secara tidak langsung Allah akan datangkan kepada kita teman dunia dan akhirat! Kini, saya tak kisah kehilangan teman dunia, apa yang penting saya mahu bersama-sama teman-teman akhirat berjalan di atas jalan keredhaanNya.....



Previous
Next Post »

3 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
PeRdU cINta
admin
January 2, 2017 at 3:32 PM ×

Sedih bila dikhianati sahabat sendiri..pedihnya Allah yang tahu..tapi dari pengalaman itu buat kita berganda-ganda berhati-hati..2 kali PC dikhianati kak..1 tahap PC beristikharah..ya..jawapannya bulat..bukan putuskan silaturahim..tapi menoktahkan ketidakikhlasan.

Reply
avatar
Sheila Adziz
admin
January 2, 2017 at 4:49 PM ×

apa yg Allah tentukan pd kita semua adalah yg terbaikkan sis....

Reply
avatar
Husna Rahman
admin
January 3, 2017 at 5:50 PM ×

ku pun terasa sebak sama..ku tak ramai kawan bulih bilang dgn jari..

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment