Bila Anak Kecil Datang Nak Pinjam Duit

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dalam pukul 3 lebih tadi saya dan en hudband berulang pergi ke pusat Islam semula tengok adik Zara. Tadi saya memang tak bagi dia duit untuk beli makan masa rehat. Bila sampai di sana belum rehat lagi. Saya tunggu di luar tengok dia kat dalam..... Loceng berbunyi, saya pergi depan pintu kelasnya. Di balik pintu kaca saya nampak dia. Dia perasan saya. Dengan muka malu tersipu-sipu dia datang ke pintu. Sedangkan yang lain bergegas mahu keluar. Memandangkan dia kecil terpelosok ke belakang.... Husband saya kata "kesian tengok dia"..... Hari Pertama Ke Sekolah

Tak apa lah biar dia belajar. Keluar dari kelasnya, dia terus mendakap saya.... Dan pergi kat daddynya.... dia bisik kat daddy "esok nak sekolah kat sini lagi".... hehehe.... dia minta nak beli aiskrim.... saya bagi 0.40sen harga aiskrimnya.... saya bagitahu adik kalau nak beli apa-apa kat sini pergi bayar pada kakak tu,,,,

Kemudian ke cafe. Sedang saya membeli kuih pada adik dan bawa adik makan di meja, ada seorang anak kecil kelas KAFA datang menyapa saya katanya nak pinjam duit RM1 nak beli keropok... Saya cakap saya tak ada duit kecil.... memang dah habis duit kecil tadi beli kuih kat adik saya guna syiling... Kata saya "kejap ye acik ambil duit kecil".... saya panggil husband saya dan bagitahunya, husband saya p ambil duit kat kereta... walletnya tinggal dalam kereta.... bila dah ambil husband saya bagi padi anak kecil tu....

google image

Dia nak beli keropok, tak tahu harga... Saya suruh dia pergi tanya kakak kat kaunter..... dia datang jumpa saya katanya keropok tu RM6.... eh,,,, pelik saya agaknya 0.60 sen keropok tu.... tak ada yang mahal kat situ..... saya suruh dia ambil keropok lain dan tanya harga kat kakak kaunter.... MEmandangkan orang ramai, mak buyung ni (saya) tak larat nak berhimpit.... Dia bawa baki kat saya, keropok tu 0.40sen.... Saya cakap adik ambil jer baki tu, simpan... acik bagi..... hehehe.... kesian dia! Saya tanya dia darjah berapa? Katanya "darjah 2"..... 

Kakak kat kaunter tu menyapa, haish pandai dia, minta nak pinjam duit!

Tak apalah Allah datangkan anak kecil ni bagi peringatan tuk saya banyak bersedekah.... Allhamdulillah..... Terima kasih Ya Rabb.... anak kita dapat makan ada anak orang lain tak ada makanan.... Samalah seperti yang banyak berlaku pada saya dan sahabat sebelum ni..... 





6 Give your inspiration

  1. Harta kita yg sebenar bukan yg ada pada kita, tp yang kita sedekahkan. :')

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus.. peringatan bersama..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..kerana anak itu meminta bukan mencuri..itu sangat2 terbaik..syukur..pasti berhikmah..

    ReplyDelete
  4. Setiap dari rezeki kita, ada bahagian untuk orang lain jua. Sebak tau baca. Terima kasih share pasal sedekah.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar.. Moga dimurahkan rezeki untuk shiela dan keluarga.. :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.