Beriman Kepada Allah Ya Quddus

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allah Ya Quddus

Ertinya
Ya Quddus bererti Allah suci, bersih atau sempurna dari segala kesalahan, Kecacatan atau kekurangan. Penciptaan langit dan bumi membuktikan kesempurnaan penciptaanNya dan kekuasaanNya. Allah Al-Quddus juga membawa makna Allah mempunyai Pekerti yang sangat mulia diliputi dengan kasih sayang tanpa kebencian. Kesucian Allah Ya Quddus membolehkan Allah menyucikan jiwa2 manusia. Sifat suci kurniaan Allah ya quddus terpancar pada akhlak dan cara hidup Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi kejahatan musuh2nya.

Manusia adalah alat Allah Ya Quddus dalam berfikir positif, berhati mulia kepada manusia sekeliling.

Ganjaran Beriman Kepada Al Quddus
Ganjaran kepada amalan zikir Ya Quddus – melahirkan insan yang ikhlas dalam setiap perbuatan hanya kerana Allah. Penghayatan Al-Quddus dalam diri dengan menyucikan jiwa daripada sembahan2 Lain daripada Allah (hawa nafsu, bisikan syaitan, dunia, kata2 manusia). Menyucikan Jiwa daripada penyakit2 hati (dendam, benci, mengumpat, menghasut dll). Dan Sucikan hidup daripada dosa dan noda. Sucikan mulut, telinga, mata, anggota tubuh Dan sebagainya.

Bicara Hati Ya Quddus
Allahumma ya 'Afuww ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil maafkan kami, ampuni kami, terimalah taubat kami, bersihkan dan jernihkan hati kami drpd dosa dan noda, penyakit2 hati, akhlak buruk, tabiat yg tidak diredhaiMu, cinta dunia, syirik dan syaitan. Ya Quddus kurniakan kami hati dan fikiran yg bersih agar kami sentiasa bersangka baik denganMu. Ya Quddus bersihkan lidah kami drpd mengumpat mengata, mengadu domba, mengeluh kesah dgn taqdirMu, memfitnah, menghina. Ya Quddus bersihkan langkah kaki kami drpd melangkah ke tmpt2 lagho, dosa dn maksiat agar kami hanya melangkah ke tmpt2 yg Kau redhai. Ya Quddus bersihkan pandangan mata kami agar kami hanya melihat yg diredhaiMu dan bersihkan matahati kami agar kami dpt melihat Nama dan Sifat2Mu di sebalik makhluk dan peristiwa yg hadir dlm hidup kami. Ya Quddus bersihkan pendengaran kami agar kami hanya mendengar yg Kau redhai. Ya Quddus bersihkan tapak hati kami agar dapat menakung kasih dan cintaMu yg suci dan mulia ya Wadud ya Quddus ya Karim.

1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED