Enter your keyword

Wednesday, October 26, 2016

Doa Mohon Dipermudahkan Urusan Part 2

By On 3:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allahumma ya Waaliy, ya Wakil, Ya Baari', daku serahkan segala urusan hidupku, keluargaku dan pekerjaanku kpMu utk Engkau urus, tadbir dan aturkan. Sesungguhnya Engkau ya Barr ya Karim sentiasa memberi yg terbaik buat hambaMu. Ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, bantulah dan tolonglah kami dlm urusan kami. Ya Baasith, ya Waasi', ya Fattah, lapangkan, luaskan dan bukalah jalan2 bg masalah2 kami. Ya Fattah, bukalah segala kekusutan dan kebuntuan dlm fikiran kami. Ya Alim, ya Hakim ya Rashid, alirkan ilmu, kebijksanaan dan kepintaran dlm otak kami utk kami mengurus kehidupan kami. Ya Awwal ya Rashid, percepatkan dan lajukan kerja2 kami sebagaimana lajunya perjalanan cahayaMu. Ya Aziz ya Qowiy ya Matin ya Sobur, kurniakan kami jiwa dan jasad yg perkasa, kuat dan mantap sepertimana kuatnya gunung ganang, batu dan besi, serta kesabaran yg tinggi dlm menguruskan hidup ini. Ya Khooliq ya Baari' ya Musowwir, kurniakan kami inovasi dan kreativiti utk kami mengurus hidup kami sebgmana kreatifnyaMu mencipta bintang2 dan planet2Mu. Ya Muqit, cukupkanlah segala keperluan bg kami dlm mengurus hidup ini.


Ya Quddus ya Jalil, ikhlaskanlah hati2 kami dlm kerja2 kami agar ia menjadi amal soleh disisiMu. Ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi hatiku dari lalai kpMu utk solat, berzikir dan membaca ayat2Mu di dalam kesibukan urusan dunia dan makhluq.


Doa Untuk Memudahkan Segala Kerja

By On 3:29:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..... salam sayang.... :)
dikongsi bersama


Zikir ya Zohir ya Haq, insyaAllah Allah akan nampakkan samada apa yg kita usahakan benar disisiNya atau tidak. Amal juga sentiasa zikir penyucian hati.




Thursday, October 20, 2016

Apa Matlamat Kita

By On 11:36:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allah jadikan manusia sebagai abdi dan khalifah.... sejauhmanakah kita mendokong tugas sebagai abdi Allah serta khlaifahNya....

Dan Allah jadikan manusia sebaik kejadian tanpa cacat cela.... jangan salah anggap jika ada di antara kita OKU dan anak OKU, itu bukan cacat di balik kaca mata Allah swt.... Ia semua sebaik kejadian bagi Allah....

Allah juga menjadikan manusia dengan pelbagai penciptaan masalah, dan hanya kita yang memandang perkara tersebut masalah.... namun di balik kaca mata Allah iia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba....

sumber google

Berbalik pada penciptaan manusia sebagai abdi dan khalifah..... sebagai abdi kita hendaklah mengabdikan diri hanya kepadaNya.... setiap pekerjaan yang kita lakukan anggap lah ia sebagai ibadah seperti mana solat kita..... tanpa ada di balik kaca mata kita ia adalah untuk untung dan kesenangan hidup. Itu yang utama! Niat kerja kita adalah untu apa dan siapa? Ramai yang salah anggap dengan maksud pekerjaan untuk hidup senang di dunia dan di akhirat. Saya juga diajar kerja, belajar untuk 50 hidup 50 akhirat..... Namun, dibalik kaca mata Allah tiada langsung pekerja untuk senang dunia..... Pusatkan niat seratus-peratus kerja untuk akhirat. Secara langsung Allah akan bagi dunia kepada hambaNya yang bertaqwa.... susah nak lakukan semua itu..... kerana pagi-pagi bangun untuk kejar keuntungan..... dan belakangnya ada niat untuk tolong orang..... tapi apa kan daya? niat pertama untuk untung itu kadang-kala melebihi segalanya......

Percaya lah ia cuma sementara..... Jadikan Rasulullah saw dan para sahabat sebagai idola dan contoh. Bagaimana mereka meraih akhirat yang didahulukan mendahuluan dunia..... secara tidak langsung Allah melipat gandakan ganjaran buat mereka..... 

Arah tuju kita di mana? fikir dan lihat dengan mata hati bukan dengan mata akal..... Saya yang daif cuma berkongsi pendapat..... 

Allhamdulillah... terima aksih..... 





Sunday, October 16, 2016

Apa Masalah Tak Boleh Follow Group?

By On 3:46:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dah lama masalah saya ni....


Bila saya tekan right click dan buang semua cookies  dan sign in semula akaun google
 pun masih tak boleh nak follow blog rakan-rakan....


Sahabat di luar boleh bantu saya tak?

Bagaimana nak solve problem ni...



Sedekah Ketika Kesempitan

By On 3:31:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ingatan buat diri sendiri
Sedekah ketika kesempitan itu Allah akan melapangkan kesempitan tersebut walaupun dengan senyuman....


Allhamdulillah....


Kenapa Buat Baik Tidak DiBalas Baik?

By On 12:44:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Persoalan yang selalu bermain dibenak fikir.... Dirasakan diri baik namun tidak dibalas seadanya.... Semasa di bangku bergelar mahasiswi/a selalu dibuat baik menolong rakan sahabat handal membuat tugasan namun apa yang dapat markah sendiri jauh terkebelakang.... kawan dapat A, kita dapat C.... bila di alam pekerjaan begitu juga. Kita yang bertungkus lumus, orang lain yang dapat nama, adakala kita yang disalahkan dan dicaci kerana kesalahan orang lain....

Ada tak situasi tersebut berlaku pada anda???

Namun, apa yang terjadi percayalah ia adalah aturan Yang Maha Kuasa.... Buka sebab anda lemah.... Adakalah memang kita lemah, dan lemah itu juga adalah daya yang diberi oleh Allah.... Kita tiada daya tanpaNya.... 

Percayalah Allah Maha Mengetahui apa yang Dia tentukan pada kita! Jangan mudah berbangga diri dengan kehebatan pinjaman Ilahi pada kita mungkin akan menaikkan rasa ujud dan riak dengan kelebihan diri.... Kerana kurnian Allah amat luas.... dalam pelbagai bentuk..... sekali Allah tarik tiada daya untuk mengelaknya....

Dan....
Jangan mudah juga bersedih hati kerana Allah itu Maha Bijaksana menetuakan apa yang terbaik buat diri anda.... La Tahzan.... Setiap yang disangka buruk ada rahmatNya yang menanti... Sabar dan sabar kunci utama... zikir setiap masa.....



Allhamdulillah.....




Thursday, October 13, 2016

Berapa Harga Untuk House Cleaning Sehari?

By On 12:53:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Nak cari pencuci rumah?
Berapa yer harga tempat anda?

Bila di survei tanya di tempat saya ni, boleh tahan mahal juga.... Kalau ambil Indon untuk 8 jam harganya RM120... kalau orang tempatan pun dalam RM100.... huh, parah juga kalau sebulan, empat kali kita ambil dah lebih kurang RM400.... harga tuk cuci rumah sahaja... kali pertama mungkin cucila, kalau kedua ketiga tu dah ok skit hanya kemas-mengemas....




Nak tak nak macam saya ni, terpaksa buat sendiri semua... tak mampu nak buat abai jer la rumah berselerak.... huhu.... kalau mampu, it's ok duit tak kisah berapa janji rumah kemas kan..... berapa harga? tiga empat ratus pun boleh bayar tuk sehari.... 

Ada juga bila survei, pencuci rumah kalau tak kisah bagi berapa? ikut orang bagi tapi bila ditanya biasanya berapa orang bagi? dijawab RM80.... tanya lagi! RM80 tu, akak buat dalam berapa jam? Biasanya akak buat dalam 3 jam.... uhhhh cepatnya, tuk satu rumah ke..... a'aa satu rumah semi-D dua tingkat bilik air 3 akak bersihkan..... tapi akak bawa pembantu la anak akak tolong.... itu yang cepat....

Fuhhh.... RM80 tuk 3 jam.... hebat tul.... 

Erm... tak pe la, tuk saya yang tak berkempuan ni, cuci la sendiri, kemas la sendiri... hahaha.... RM100 saya dah boleh buat makan keluarga 2, 3 hari....

hikhik....

Allhamdulillah.....



Monday, October 10, 2016

Hari Sukan Negara 2016

By On 10:56:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kemeriahan hari sukan negara 2016 seluruh pelusuk negara tanpa mengira ras, bangsa dan agama mengeratkan lagi silaturahim dan mencergaskan minda dan memupuk minat supaya bersukan. Yang penting untuk menjaga kesihatan. Saya juga sempat membawa anak-anak ke stadium UUM.... Acara pembukaan senamrobik..... 


Seronok sakan la bila dapat main kat taman..... lebih-lebih lagi kakak bila dah jumpa kawannya lagi seronok....

apa yang penting pupuk minat anak-anak bersukan dan menjaga kesihatan.... Itu yang penting.... hehehe



main-main juga yer kakak kena hati-hati tau... alat excessive tu besar dari kakak... hehehe....  


Bila Bawa Anak-anak ke Majlis Formal

By On 10:48:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... Jumaat malam lepas sempat bawa-anak ke Asian Youth Indie Film Festival AYIFF2016 di Dewan Muazam Shah UUM.... bagi support rakan-rakan dan UUM dari awal saya membeli tiket. Tiket masuk cuma RM5. Ini kali kedua diadakan. Kali pertama tahun lepas saya tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri memandangkan ketika itu saya masih cuti belajar. 


Bila bawa anak-anak tempat yang terbaik harus di belakang. Kang buat pasal lak puteri saya berdua ni.... Nasib baik la kejap sahaja pukul 11 lebih dah habis. 


Anak-anak dah bising lapar. Bawa bekal roti air kotak pun tak jalan gak puteri-puteri saya ni.... 


Persembahan pembukaan kami dihiburkan dengan nyanyian Mawi dan Samsul Yusof.... Ramai artis lain yang turut memeriahkan AYIFF2016 seperti Jack, Zahid AF, Maulana AF, Farhan, Jay Jay, dan ramai lagi.... Gambar atas ni persembahan terakhir daripada Jay-Jay, Mawi, Farhan, Zahid, Maulana dengan lagu Isabella.


Sebelum balik, jom kakak psing dulu....

Keputusan lanjut DI SINI....

Selepas habis, kami terus balik cari makan..... memang tak ada la nak tangkap gambar dengan artis ke siapa..... hehehe.... kakak Amani memang dari hari Khamis lagi dah tengok artis, saya bawa dia ke seminar dan bengkel..... tapi saya tak ada smartphone nak tangkap gambar..... hehehe kesian...... kadang-kala memang terkilan sebab susahkan nak dapat jumpa penggiat seni, dan terlepas peluang untuk interview bagi tesis saya.....


Apa pun Allah Ya Baari'.... Dia Yang Maha Menyusun segalanya..... Itu yang terbaik bagi saya.....


Jom makan,,,,, pergi the green restoran di Changlun menjamu selera yang kelaparan. adik sampai tertidur masa dalam dewan lagi. Kakak maintain ajer....


haish....


Bangun dek bangun makanan dah sampai nanti adik lapar....


terus bangun bersila atas meja.... adik adik..... kenyang semua anak-anak.... hari dah lewat malam. Jom kita balik.....


Allhamdulillah.....




PEMENANG AYIFF2016

By On 10:17:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


AYIFF 2016
UUM ONLINE: Suraya, karya Zulaikha Zakaria telah dinobatkan sebagai Best of the Best Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF'16) yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah,
Menerusi filem itu juga, Suraya yang merupakan hasil karya pelajar Universiti Multimedia turut merangkul Anugerah Best Narrative Film.
Penerbitnya, Ikhlas Khaled Novel Ngadimin berkata, filem tersebut menceritakan tentang Suraya yang berada dalam dilema antara minatnya ke atas tarian balet dan keluarga.
Menurutnya, filem tersebut dihasilkan pada awal tahun ini melibatkan 10 krew produksi terdiri pelajar tahun akhir dari Fakulti Seni Perfileman.
Dokumentari Filem Terbaik dimenangi Macho Gwapito, arahan Julian Miguel N. Hernandez dari University of the Philippines; Muzik Video Terbaik oleh Noor Shafiq Nordin menerusi Langkah Pendekar dan Pesanan Khidmat Masyarakat Terbaik dimenangi Azfar Hamdil Mohd Saidi dalam Gentlemen.
Filem Dendam karya Illman Farihin Rasid dari Sekolah Menengah Agama Johor Bahru dipilih bagi anugerah Young Promising Mind.
Anugerah Khas bagi kategori Non-Asian dimenangi filem Dumpling Dilemma dari Columbus College of Art and Design Ohio, Amerika Syarikat dan Raja Aidzal Hakim menerusi filem Pagari Bulan menerima Anugerah Khas Juri.
Anugerah itu yang diterajui pengacara, Muaz dan Tazneem turut menyaksikan Syamsul Yusof dan Pekin Ibrahim masing-masing dinobatkan sebagai Ikon Pengarah Filem Generasi Muda dan Ikon Pelakon Filem Generasi Muda yang disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Dr Mary Yap Kain Ching.
Sementara itu, Dato' Dr Mary Yap dalam ucapan perasmian berkata, AYIFF menjadi medan kepada golongan muda khususnya penggiat seni untuk mempamerkan bakat mereka dalam menghasilkan filem.
Katanya, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) percaya penganjuran AYIFF itu boleh menjadi acara besar kepada golongan terbabit untuk terus berkarya dan mendapat pengiktirafan.
AYIFF'16 yang mengiktiraf bakat dan hasil kerja pelajar serta penggiat seni Indie khususnya dari negara Asia telah diadakan di UUM selama tiga hari sejak 5 Oktober lalu.
Penganjuran kali kedua itu bukan sahaja mengiktiraf karya seni, malah turut memberi pendedahan kepada peserta melalui seminar dan bengkel tentang industri kreatif.
AYIFF turut dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Jay Jay, Jaclyn Victor, Zahid AF, Farhan AF, Maulana AF, Kausar, Mawi dan Syamsul Yusof.
Hadir sama Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan isteri; Pengerusi LPU, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Tajul Urus Mat Zain serta pegawai-pegawai kanan UUM.
Sumber : UUM online


Wednesday, October 5, 2016

Syukur Itu Nikmat

By On 11:27:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Secara jujurnya bila kita ikhlas bersyukur akan datang rasa nikmat teramat tak boleh nak bayangkan....

Saya pernah pergi ke satu majlis. Di majlis tersebut ada cabutan bertuah. Semua yang datang sudah diberi cenderamata semasa pendaftaran. Ramai yang mengidan nakkan smartphone.... Saya lupa ada jenama smartphone, tapi seingat saya smartphone yang bukan calang-calang.... tak terkecuali la saya, ada juga teringin nak kan smartphone. Ye la kan.... saya tak ada smartphone seperti yang dikata.... 

Apa pun saya bersyukur ketentuan Allah yang Maha Bijaksana.... Dia tahu siapa yang kan Dia berikan smartphone itu.... Selain tu memang banyak hadiah cabutan bertuah yang lain. Dan saya, tidak dipilih oleh Allah sebagai untuk diberikan hadiah cabutan bertuah itu. Namun, rakan saya dapat salah satu cabutan bertuah itu.... Allhamdulillah....

imej google

Bila kembali daripada mengambil hadiah tersebut, saya dengar dia merungut nak kan smartphone.... Saya terdiam.... Ya Allah... Allahdulillah..... nikmatMu.... itu juga nikmat Mu dan rezeki Mu.... kecil atau besar pemberianMu, itu adalah penghargaanMu kasih sayangMu.... apa lagi nak dirungutkan....

Jika syukur itu dengan ikhlas,,,, nikmat itu akan menusup ke sanubari.....

Allhamdulillah.... oleh itu bersyukurlah apa yang ada..... 



Musim Demam

By On 11:01:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allahmdulillah.... hari yang baik sebaiknya

Pagi ni seperti biasa pergi breakfast, bawa puteri kedua saya adik Zara ke klinik ambil ubat demam, batuk selsasema dan terus masuk ofis.... hari ni saya tak hantar adik Zara ke tadika.... bawa dia masuk ke ofis saya.... sampai bilik saya terus nak makan ubat.... dia makan sendiri ubatnya, sukat 3 ml..... 


Lepas itu ok saja buat homework warna-warna....

Tapi lepas tu, terus panjat sana sini.... haduihhh terus hilang demam dia..... 


Minggu lepas kakak yang demam..... minggu ni adik pula yang demam..... musim demam agaknya sekarang ni. Kat PKU tadi pun ada budak demam juga.... huh.... 

Lepas boring main lapar lak.... nak tengok apa dia buat?


makan.... haduihai anak.... ini gaya dah sihat demam..... esok p sekolah yer.... hehehe



Dah Setahun Lebih Tanpa Smartphone

By On 10:46:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..... Allhamdulillah....

Ikut tajuk tu memang dah setahun lebih saya tak guna smartphone.... Handbag saya kena curi pada 9/9/2015 tahun lalu.... bila dah cukup setahun aplikasi whats aps saya dah "left group" yang mana saya join.... saya cuma guna telegram desktop.... itu pun jika saya buka latop.... Selesa dengan Nokia101. Itu yang saya bawa ke hilir ke hulu. Kadang kala lupa letak mana.... hehehe

Allhamdulillah.... 8/9/2016 saya telah "report duty".... walaupun tak ada smartphone dan tidak ada dalam group kerja saya, saya tak kisah.... saya rasa selesa begini.... InsyaaAllah... suatu hari saya akan guna smartphone juga, mana tahu esok, lusa, minggu depan, bulan depan.... Allah yang tentukan.... Allah bagi saya guna. Dia yang merancang hidup kita yang terbaik kan....

imej google


Memori
4 tahun lepas saya belum guna smartphone.... bila saya mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa pada 17/12/2012, saya baru gunakan smartphone. Masa tu saya rasa susahnya kalau tak ada smartphone. Nak tengok emel pun susah, nak check itu dan ini semua terbatas....

Freedom
Bila dah setahun lebih tanpa smartphone saya rasa freedom sangat. Tak ada risau seperti dulu..... dulu saya ingat susah tanpa smartphone, tapi sekarang saya rasa ok saja.... matlumat pun sama juga ada latop ada internet boleh dapat..... Apa pun terpulang pada diri sendiri. Mngkin tika ini saya tak sesibuk untuk memerlukan martphone.... 

Secure
Saya juga rasa secure tanpa smartphone kerana tak tahu apa yang disembangkan dalam whats aps dan sebagainya.... Allhamdulillah..... Ada juga kawan tanya awak ada dalam group ini tak? saya cakap tak ada, saya tak guna wahats aps.... saya cuma ada telegram.... Eh! zaman bila awak ni, sekarang dah generasi Y, Z..... hehehe.... saya diam saja..... nasib la saya tak cakap saya tak ada smartphone...... hahaha..... lagi terkejut member......

Konklusi
Apa yang terbaik Allah bagi kat saya, saya terima.... Kalau Allah kata esok saya akan guna smartphone.... semudah kun faa yaa kun saya akan guna.... InsyaaAllah.... kalau belum sampai masanya, saya tak guna lagi la jawabnya.... hehehe

Allhamdulillah....




Monday, October 3, 2016

AYIFF 2016 PLATFORM IKTIRAF PENGGIAT SENI INDIE

By On 10:04:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mengiktiraf bakat dan hasil karya penggiat seni Indie khususnya pada Asian Youth Indie Film Festival 2016 (AYIFF’16) yang akan berlangsung mulai 5-7 Oktober di UUM.

AYIFF 2016 merupakan anjuran kali kedua oleh UUM menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) dengan kerjasama Pusat Pengajian Komunikasi, Teknologi dan Multimedia (SMMTC).

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, AYIFF penting dalam mengetengahkan hasil kreatif kerja penggiat seni Indie yang terdiri daripada golongan muda.

Menurutnya, festival itu merupakan satu penghargaan kepada hasil kerja pelajar dan penggiat seni Indie menerusi filem dan animasi, di samping mencungkil dan mengasah bakat tenaga-tenaga muda.

"AYIFF juga menjadi satu-satunya platform yang mengiktiraf penggiat-penggiat seni Indie di Asia.

"Ini adalah suatu praktis tulen untuk pelajar-pelajar, pensyarah dan penggiat industri bergabung dalam usaha menguruskan majlis dan mengiktiraf penggiat-penggiat filem baharu di negara Asia," katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific, pagi tadi.

Antara penggiat Industri Kreatif yang akan menjayakan AYIFF 2016 ialah Tan Sri Johan Jaafar, Ketua Panel Juri; Artis kesan visual, Azim Hulaimi; Penulis lirik lagu, Habsah Hassan; Pengarah filem, Mamat Khalid dan ramai lagi.


Festival ini akan dibahagikan kepada empat program utama, iaitu Pertandingan dan Anugerah Filem Indie, Bengkel Kreativiti, Forum Industri Kreatif dan Sesi dialog (mini seminar).

Manakala sebanyak sembilan (9) anugerah akan dipertandingkan iaitu Best Narrative Film, Best Documentary Film, Best Animation Film, Best Music Video, Best Public Service Announcement, Special Jury Award, Promising Young Minds dan Special Award (anugerah untuk negara bukan Asia).


AYIFF 2016 juga memperkenalkan Anugerah-anugerah khas Youth Film Icon 2016 bagi Promising Lead Actress, Promising Lead Actor dan Promising Lead Film Director.

Sebanyak 61 penyertaan diterima pada AYIFF 2016 yang merangkumi karya-karya kreatif tempatan seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Manakala penyertaan luar negara ialah Maejo Universiti, Thailand; Institut Seni Budaya Indonesia, Bandung; Columbus College of Art and Design, Ohio USA; dan Universiti of Liberal Arts, Bangladesh.

Tiket berharga RM5 boleh didapati di AYIFF GALA NIGTH



Popular

Follow by Email