Enter your keyword

Wednesday, August 31, 2016

Rezeki Merdeka Anak Yang Soleh

By On 7:29:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, 

Tanggal 31 Ogos 2016, lapan tahun berlalu saya melahirkan puteri sulong, Putri Damia Amani...
Selamat hari lahir kakak.... semoga kakak menjadi anak yang soleh dan bertaqwa, selalu ingat Allah tau.... Mama minta maaf tahun ni mama tak cukup duit nak beli kek dan hadiah kat kakak.... InsyaaAllah tahun hadapan ada rezeki mama beli kek, atau buat kek kat kakak.... itu kata-kata saya padanya sebelum dia tidur semalam.... Dentuman mercun menyelubungi malam kami di taman ini....

Hari ni saya hanya dapat masakkan nasi goreng untuk kami sekeluarga... Allhamdulillah dengan rezeki itu.... Saya tahu kakak memang faham sangat kesempitan hidup kami... sangat bersederhana, makan hanya apa yang ada.... Dalam beberapa bulan dan tahun ini, memang saya diajar bergantung hanya sepenuhnya pada Dia Ya Somad.... ada rezeki ada la.... 


Rezeki Ya Razzaq
Allhamdulillah, dua minggu lepas, saya menerima khabar Allah swt memberikan rezeki bermakna kepada saya dan keluarga. Saya disahkan mengandung anak ketiga.... Kandungan saya baru saja mencecah 8 minggu..... Semoga Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin menjaga, melindungi dan memelihara kandungan ini.... Tiada yang saya mampu berikan makanan terbaik buat kandungan ini melainkan zikir,,,,, membaca khalimahNya,,,, Allah Yang Maha Mengetahui.... Dia Ya Muqit Yang Maha Mencukupi.... cukupkan segala zat dan vitamin anak ini....

Kakak kata, "mama kena minum susu yang orang mengandung tu"..... Mama kata: "Mama tak cukup duit nak beli susu",,, :mama guna la duit raya kakak beli susu tu".... tak apa la kakak Allah Ya Muqit, Yang Maha Mencukupi..... Allah akan jaga kandungan ini.... mama tak ada daya nak beri makanan, vitamin yang terbaik untuk baby ni..... tapi mama tahu Allah akan mencukupi keperluan baby ni.... Semua datang dari Allah.... 

Maryam dan Nabi Isa
Seperti mana Surah Maryam, kalau dibaca difahami,,,, Maryam sentiasa zikir Allah Ya Rahman semasa mengandungkan Nabi Isa... Allah Ya Rahman yang menjaga kandungan Maryam sehingga dilahirkan dengan penuh kasih sayang..... Dalam kesesuhan dan kesempitan ini mama hanya bergantung sepenuhnya pada Allah swt. Mama sangat bersyukur kerana mengandung kali ni Allah bagi mama kuat. Kuat untuk mama siapkan thesis dan sebagainya..... Allah memang mengajar mama untuk yakin dan hanya bergantung sepenuhnya kepadaNya tiada yang lain.... 

Kuatkan iman dan semangat mama!

Allhamdulillah... terima kasih Ya Rabb....

Salam kemerdekaan ke 59, merdeka kembali sepenuhnya kepada Allah yang maha berkuasa dan memiliki segala yang ada di bumi dan langit kerana Dia Ya Malikul Mulk.... Di Ya Dzal Jalaliwalikhram.....




Tuesday, August 30, 2016

Bila Draft Thesis Di Hadapan Mata

By On 10:48:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....

Salam sayang, kembali bersua....

Dalam beberapa minggu dan bulan ini, saya sangat menyibukkan diri.... menyiapkan draft thesis saya. Kelmarin baru dapat submit 1st draft pada penyelia saya di USM... Allhamdulillah. Walaupun saya sendiri sedar banyak yang masih saya kena perbaiki dan melengkapkannya. Sampai hari ni nak buka draft thesis tu masih takut sebab saya tahu banyak kelemahan saya. Saya memang tak ada daya sangat nak buat semua tu. Bila tengok itu ilmu Allah, nak tak nak saya telah diamanahkan dan kena laksanakan tugas saya. Saya tak mampu nak buat semua tu tanpa kasih sayang Allah.... Dan.... Bukan saya yang membuatnya, saya cuma alat dan hamba Allah yang hina diberikan pinjaman ilmu dan tanggungjawab sebagai hamba.... untuk jadi khalifah jauhnya rasa! Siapalah diri ini, bukan tak mahu think positive, namun sedar diri, siapa saya! Semua milik Allah. langsung secebis pun tiada saya punyai, bijak dan pandai pun milik Allah, anak suami keluarga semua milik Allah.... 

Rasulullah SAW idola penguat semangat
Teringat kisah Rasulullah saw, tiada siapa baginda kita,,,, semua Allah ambil pinjaman keluarga daripada bagainda.... mak ayah, datuk, pakcik, isteri, semua Allah pinjamkan sekejap sahaja bagi baginda..... kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada baginda, supaya baginda meletakkan Allah hanya di hati tiada yang lain melain Allah swt.... dan baginda semasa kehilangan bapa saudara, dihina pula oleh penduduk Thaif... dan semua itu Allah swt mengembalikan kegembiraan baginda dengan israk dan mikraj....

Allah Ya Ahad
Hebatkan Allah... tiada apa dalam diri kita, melainkan Allah yang satu.... sebab itu juga saya suka study di perpustakaan... Di sana saya tenang, sebab di sana saya rasa dekat dengan Allah. Setiap penghuni perpustakaan itu ada roh dan jiwa. Membawa pelbagai ilmu dalam kepala mereka. Dikelilingi dengan thesis dan pelbagai ilmu, daripada banyaknya buku-buku.... Rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa solat berjemaah membuatkan saya sangat selesa di sana.... berbanding keseorang, kekosongan di bilik ofis saya.... Dan semua itu adalah satu. Hanya satu yang wujud iaitu Allah Ya Ahad.... Filosofi sebenar dalam membuat thesis ialah mengenal Allah yang satu, menghina diri.... banyak yang Allah bagi dan pinjamkan ilmuNya semakin hina dan dina terasa diri ini kerana hebatNya Allah..... Dia Yang Maha segalaNya..... Dia Yang Maha Pengasih dan Dia Yang Maha Penyayang! tanpa kasih dan sayangNya otak ini tak mampu berfikir walaupun nak menulis sepatah ayat dan satu perkataan.... tanpa kasih sayangNya juga tiada keluarga yang memahami, suami yang baik, anak yang baik, rakan yang baik.... Hanya Dia Yang Satu.... Hanya Satu Yang Wujud!



Tiada Apa Yang Berdaya
Tiada ada yang mampu saya laksanakan semua itu tanpa izin Allah. tiada apa yang saya mampu melontarkan idea tanpa izin Allah. Semua itu milikNya. Saya sebagai batu loncatan dan alat pinjaman semata. 

Terima kasih Ya Rabb meminjamkan saya daya upaya itu.....

Saya memang bodoh dan dungu sangat, Allah Yang Maha Berilmu, tanpa kasih sayang dan kebijaksanaanNya, tidak mungkin saya boleh laksanakan semua itu....

Tiada apa yang lebih baik daripada pinjamanNya semata disulami dengan kasih sayangNya.... Siapa kita tanpa Dia.... tidak mampu jari-jemari ini menaip, tidak mampu otak ini berfikir tanpa kasih sayang dan pinjamanNya....

Terima kasih Ya Rabb....

HambaMu yang hina sentiasa mendambakanMu..... sesungguhnya hambaMu ini adalah fakir..... 

Allhamdulillah....



Sunday, August 14, 2016

Cantiknya Putaran Kehidupan Ini

By On 10:45:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....

Pada 4 hingga 7 Ogos yang lalu buat kali pertama saya dan keluarga kecil empat beranak menjejakkan kaki di bumi Allah swt di Cameron Highland... Terima kasih Allah Ya Fattah Ya Razzaq membawa kami ke sana dengan kasih sayangNya Ya Rahman Ya Rahim yang dialirkan pada jiran-jiran kami membawa kami ke sana dengan tujuan pergi kenduri....


Kasih sayang Allah yang di alirkan melalui jiran-jiran kami membuatkan kami sangat terharu serba salah pun ada dengan kebaikan mereka. Kebaikan dan kasih sayang Allah yang tidak dapat digambarkan melalui mereka. 

Sembilan tahun berkawin berkeluarga saya jarang bercuti, kalau pergi bercuti itu namanya pergi bekerja.... Mungkin realitinya orang tengok kami senang tapi itu memang luaran.... tiada apa yang senang, dan sangat bersyukur dengan apa yang ada..... Allah memang pengasih penyayang pada kami..... Dia tahu apa yang terbaik bagi kami.... 

Kalau ada yang mampu naik kapal terbang namun memilih menaiki bas, namun kami bas dan keretapi pengangkutan utama. Melainkan dapat tiket flight lebih murah daripada keretapi.... Kuala Lumpur tidak pernah kami pergi ke sana dengan kereta..... pengangkutan utama train, lrt, bas.... berjalan berpimpingan mendukung anak ke sana ke mari itu lah perjalanan kami.....

Ke Cameron sudah lama dirancang..... atas belas kasih sayang Allah melalui jiran-jiran, kami sampai ke sana..... Namun, Allah Ya Muqit mencukupkan rezeki kami untuk ke sana.... walaupun pulang dari Cameron hanya tinggal RM200 dalam bank untuk melalui 3 minggu sebelum gaji itu kami memang membuatkan bergantung hidup pada Allah Ya Somad.... Betul saya katakan, bila hidup seratus peratus dengan Allah saya tidak risau walaupun kesempitan wang ringgit. Saya tahu Allah menentukan yang terbaik buat saya dan keluarga.... walaupun tiap hari saya kena mencatu untuk makan, itu memang bahagian saya dan keluarga..... Saya bersyukur kerana saya dapat merasakan semua ini.... 


Kalau ada yang diet mengikut sunnah dan dan dapat makan makanan yang baik walaupun berdiet, tapi saya diet ikut Rasulullah kerana kesempitan.... cerita Rasulullah saw ikat perut dengan batu tidak makan tiga hari kerana sempitan, baginda mengajar saya, makan bukan untuk hidup..... Mungkin ada yang dapat membeli makanan yang terbaik untuk anak-anak, tapi Allah berikan saya, anak saya cuma mahu makan nasi sahaja tanpa kuah dan lauk..... dan berkali tambah..... Hebatkan Allah..... Dia tahu setakat mana kemampuan saya, Dia beri itu kepada saya..... Dan saya sedar itu semua bukan aturan saya! Semua itu aturan Allah Ya Baari'.... Kalau ditanyakan siapa nak bagi anak makan nasi putih sahaja tanpa lauk dan kuah..... tapi itulah makanan yang anak saya nak makan.... mak ayah mesti nak bagi makanan berzat yang terbaik untuk anak-anak membesar..... 

Dan saya malu untu demand apa-apa dunia pada Allah, kerana dosa saya pun banyak! Saya cuma mohon syurga buat kami sekeluarga dan para pembaca.... Bila saya membaca dan belajar, doa yang utama ialah syurga, masyar, titian sirat, alam barhzah dan akhir sekali baru dunia... Dan dunia itu hanya sedikit untuk diminta,,,, kerana kampung halaman yang abadi adalah akhirat kelak..... harus diminta dengan banyak sekali..... walaupun ada yang kata harus minta dunia yang banyak, sebab hanya dunia yang banyak boleh membawa ke syurga dengan amal dan pertolongan bagi mereka yang susah... itu benar sekali! Namun, Allah tahu siapa kita! Allah berikan atas kemampuan kita. Jika kita tdak mampu urus dunia untuk sampai ke syurga harus diabai untuk minta dunia yang banyak..... Jika mahu kedua-dua seimbang harus difikir dengan mata hati yang bersuluhkan Nur Ilahi.... apakanh dunia yang dimahukan itu adakah benar untuk dibawa ke syurga?

Dan,,,, bila saya baca kita Al Hikam Ibnu Atailah.... apa yang penting kita dengan allah adalah penyucian hati.... suci hati daripada dunia, nafsu, syaitan. Dunia itu ibarat kudis yang berlumut berkerak busuk dan hina..... Apa maksudnya???? tiada nilai dunia di sisi Allah.... Rasulullah saw memberikan contoh untuk kita bila Jibril mahu menukarkan gunung kepada emas, bukan kah itu mudah untuk baginda saw menyebarkan agama dan membuat kerja-kerja dakwah.... Rasulullah menolak.... tidak.... tidak..... Rasulullah saw menunjukkan satu mesej kepada kita baginda tidak mahu dunia, baginda cuma mahu Allah...... itu kata guru saya.....

Namun, jangan di salah faham,,,,, kini, dunia boleh digapai namun kena betul nawaitunya...... ada yang kata harus itu dan ini untuk menolong orang susah...... tapi harus disucikan hati terlebih dahulu.... orang yang sentiasa mensucikan hati seperti mana Allah menyebut dalam suarh As Syam ayat 7-10:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


Semalam, Allah hantar kan rezeki makanan daripada jiran-jiran yang membantu, bagi tilam dan meja study.... Baiknya Allah Ya Rahman Ya Rahim.... saya sangat terharu!.... Kami memang kekurangan dari segi wang ringgit, tapi Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang menghantar alatnya membantu kami.... 


Bila membelek haribulan, dengan kekangan wang yang ada sudah tidak sempat untuk saya ke USM minggu ni. Terpaksa saya menunggu minggu hadapan untuk mengambil surat pengesahan pelajar di USM untuk saya mohon keluarkan duit KWSP untuk bayar yuran semester hadapan.... KWSP proses dalam dua minggu..... sedangkan tarikh akhir pembayaran yuran pada 5 September..... Bukan kawalan itu semua! Semua Allah yang tentukan.... Saya hanya mampu berserah..... Dalam masa bebarapa hari yang ada saya cuba untuk menyiapkan tesis saya sbelum ke USM menghatar draf tesis ini dan penyelesaikan perkara lain.....

Cameron!!! bila pergi sana dengan hati bergantung penuh pada Allah Ya Somad, saya tidak ada rasa apa-apa untuk shopping, kerana Allah memberi saya rezeki hanya untuk makan, bukan untuk shopping.... memang susahkan kalau tak biasa..... tapi itulah saya! ke mana sahaja saya pergi memang nafsu untuk shopping sudah dipotong oleh Allah.... saya mengajar anak, kita ada duit tapi Allah bagi kita hanya untuk makan,,,,, kita boleh guna duit hanya untuk makan sahaja...... dan makan yang perlu sahaja..... 


Namun, malu menyelubungi diri,,,,, semasa perjalanan pulang..... jiran-jiran mahu berhenti makan. Dalam hati saya terdetik malunya Ya Allah, jiran-jiran selalu belanja kami.... kalau ada rezeki untuk kongsikan Ya Allah Kau susunkanlah..... Beberapa minit selepas hati saya terdetik, husband saya bertanya saya ada berapa duit..... Saya cakap saya cuma ada RM20.00 sahaja.... perjalanan pulang ke Kedah saya cuma ada RM20.00.... Husband saya kata segannya dengan mereka. segan nak makan mereka asyik belanja kita..... Minta la ada ATM nak ambil duit..... Husband call kereta jiran untuk berhenti di ATM.... sampai di Juru kalau tak silap.... husband turun ambil duit.... Lama saya di dalam kereta.... Saya asyik zikir, mohon Allah bagikan kami rezeki untuk dikongsi.....

Allhamdulillah..... Allah Ya Baari, Ya Syakur..... sangat memahami......

Dapat kami belanja jiran-jiran tiga sekuarga makan char kue teow di Sg. Dua..... Terima kasih Ya Rabb.... dengan rezeki Mu.....

Murahkan rezeki mereka Ya Allah..... Saya selalu pesan pada diri saya, mungkin hari ini hari mereka esok lusa, mungkin hari saya dan keluarga pula untuk sentiasa belanja mereka.... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan keluarga!

Saya malu untuk deman apa-apa denganNya..... kerana saya bukan sekadar hambaNya yang hina banyak dosa....

Apa yang Allah bagi itu terbaik buat saya dan keluarga,,,,, Allhamdulillah..... secantik bunga-bunga ciptaan Al Khaliq, secantik itu lah Dia Ya Khaliq menciptakan hidup saya.... :) 

Saya mohon maaf jika ada terguris dengan catatan ini, bukan untuk meraih simpati dan sebaginya, cuma sekadar mahu berkongsi putaran hidup saya mungkin tidak seperti yang lain. Dan,,, saya sedar ini bukan seberapa kerana di luar sana saya tahu ramai yang lebih susah daripada saya..... MEngenal hidup beerti mengenal Allah.... ada dua golongan yang mencari dan dicari..... saya golongan yang mencari, golongan yang mencari mungkin dua, tiga empat tahun baru smapai ke gerbang makrifat.... lain dengan golongan yang dicari mungkin dua tiga bulan sudah sampai ke gerbang makrifat....

Salam sayang dari saya.....




Tuesday, August 2, 2016

Bila Complicated Itu Terhurai Dengan KasihNya....

By On 6:43:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... Salam sayang buat pengunjung....

Jika semalam ia memang tersangat complicated.... Hari ini allah Ya Fattah Yang Maha membuka jalan itu..... Allahuakahbar! Subhanallah....



Pagi tadi saya hanya menyerahkan diri saya sepenuhnya pada Allah Ya Baari' apa akan berlaku pada hari ini.... Keluar rumah, drive dengan  hati yang penuh dengan berserahnya seratus peratus Allah Ya Baari susunkan hidup ini, dan Ya Somad, hanya Dia tempat bergantung..... Saya langsung tiada berdaya, dan daya itu bukan milik saya,,,,,, tanpa kasih dan sayangNya.....

Hari ini saya tak puasa, Allah Ya Baari susunkan,,,, dari pagi sebelum Subuh saya dah terfikir kenapa saya terlintas di fikiran tak nak puasa hari ini..... Saya tak tahu kenapa? tapi saya yakin mungkin ada sebab???? Tiba di ofis selepas menghantar anak-anak ke sekolah, dengan zikir tanpa henti saya drive ke cafe..... ternampak kereta kawan..... dan turun ke sana, melangkah ke cafe, bukan kawan yang saya nampak ketua saya yang saya nampak..... Ya Allah....... Engkau menghantarkan alat pertolongan Mu untuk ku!!!! saya terkedu, dengan melalui tepinya yang sedang bersarapan sambil disussion dengan rakan-rakannya saya memberikan salam.....

Dan terus melilar mata mencari rakan saya.... berceritakan masalah saya yang complicated..... Kata saya, saya nak jumpa ketua la, mungkin dia dapat tolong saya.... Saya tengok ketua saya berlalu pergi.... selepas habis makan saya buat keputusan nak follow kereta kawan balik ke ofis mungkin saya akan jumpa dengan ketua, sebelum tu saya nak jumpa anak buah ketua dulu bertanyakan tentang hal saya.....

Memang Allah Ya Baari' keluar sahaja lif, saya dan rakan saya melihat ketua ada sedang berjalan menuju ke biliknya untuk sola.... terus saya cakap nak jumpa kejap lagi nak suruh dia tengok model saya..... dia kata ok.... Allhamdulillah.... kami berlalu dan saya singgah di bilik PA ketua, bertanyakan dulu pendapatnya..... Dari perbincangan dengan PA ketua saya, saya the righ track..... Allahuakhbar.... apa pun tanya expert katanya....

Bila saya pergi ke bilik ketua saya, bercerita tentang model saya, dia kata, dah betul apa yang saya buat. Walaupun hati masih tak confident, risau takut salah silap lagi pada model..... Dannnn akhirnya keputusan,,, saya the right track..... Katanya tengok model saya complicated.... Itu la yang peningkan saya.... Apa pun saya bersyukur,,,,,, setiap apa yang Allah tentukan,,,,, dan saya tiada apa-apa daya..... melainkan semua dayanya yang diberikan pada saya dengan penuh kasih sayangnya.....

Saya terkedu sangat apa yang berlaku pada hari ini..... Bersyukur..... Allah Ya Syakur, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim, Ya Wahhab, Ya Razzaq......

Allhamdulillah..... terima kasih Ya Rabbbb,,,,,

6.40 pm masih di ofis saya ditemani adik Zara yang sedang bermain..... sambil tunggu kakak balik sekolah pukul 7.00 pm.... Bila masuk ofis tadi terjumpa pula dengan dekan saya.... Dia tanya perkembangan saya, saya cerita apa yang berlaku pada saya dari bulan puasa sehingga hari ini.... Dia sangat memahami.... Katanya confirm betul-betul model tu..... baru buat discussion.....

Allhamdulillah... terima kasih..... semua.....

Love u all....




Monday, August 1, 2016

Selepas Sepuluh Tahun Tidak Jejak Komtar & Perangin Mall

By On 10:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Malam semua....

Dah makan?

Saya memang rasa nak makan jer, lepas berbuka tadi, perut nak makan lagi dan lagi..... al maklum la dengan tekanan bagi it is so complicated.... Malas nak fikir rasan nak makan sahaja. Ada laksa..... buka latop, bluetooth gambar dar henset en daddy ke latop saya....

Jumpa satu dua gambar di Penang empat hari lepas.....

Allah Ya Baari',,,,, conference tu di Hotel St Wembley Penang.... Saya tak de sp dan GPS,,,, masa kat rumah saya dah tengok google map arah dari USM nak ke St Giles Wembley Hotel....

Rupanya hotel tu depan Komtar..... Sejak sepuluh tahun yang lalu, memang itu saya jejak Komtar.... Hampir setiap bulan berulang ke USM memang jarang sangat jejak tanjung.... seingat saya sejak bergelar pelajar USM baru sekali balik dengan feri.....

Saya cari foodcourt di atas Komtar untuk lunch dengan family, rupanya dah tiada.... pergi kat Perangin Mall, jumpa di tingkat atas..... haish..... kalau sepuluh tahun yang lepas itu la tempat saya lepak, Habis saja kelas, terus naik bas mini ke Komtar, sampai terlena dalam bas.... Nostagia bas mini tu..... Hinggakan kawan saya dulu buat dokumentari pasal bas mini untuk assignment individu ..... uhhh.... bestttt..... 


Saya berlegar di depan Komtar duk cari jejantas yang selalu saya naik jalan ke Mydin and Charowsta.... Rupanya dah tak ada..... kedai nasi kandar depan Komtar dan nasi kandar bawah Komtar depan pejabat pos pun dah tak ada..... Tempat lepak tangga-tangga dataran Komtar pun dah jadi Hotel

Ye la kan sepuluh tahun berlalu.... Dulu saya di USM masa tahun 2004 hingga 2006..... Sekarang dah 2016..... Haishhhh..... Kalau conference tu bukan kat St Giles Wembley Hotel memang tak sampai tanjung saya gamaknya.....

Apa pun, syukur sangat Allah bawa saya ke sana. Allhamdulillah..... Terima kasih Ya Rabb....





Popular

Follow by Email