Enter your keyword

Thursday, June 9, 2016

Bicara Hati Waktu Berbuka

By On 4:02:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Bicarahati waktu berbuka

Mohon keampunan:
Allahumma ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, Ya Allah, maafi kesilapan2 kami hari ini dlm bulan yg mulia ini, Ya Ghaffar ya Ghaffur, ampuni kami atas dosa2 lidah, mata, telinga, kaki, tangan, pemikiran dan hati kami, kami bertaubat utk tidak mengulangi dosa2 itu dan suci jernihkan hati kami dari kebencian dan dendam, cinta dunia dan kotoran syirik.

Memohon diterima ibadah puasa:
Allahumma Ya Rahman ya Rahim, terimalah ibadah puasa kami ini sebg ibadah seorg hambaMu

Mohon dibuka pintu syurga tanpa hisab:
Allahumma Ya Fattah ya Razzaq ya Karim, bukalah pintu syurga buat kami tanpa hisab, sesungguhnya kami tidak sanggup dihisab olhMu ya Hasib

Mohon ditutup pintu neraka:
Allahumma ya hafiz ya muhaimin, tutuplah pintu neraka buat kami, kami tak mampu disiksa di nerakaMu ya Muntaqim

Mohon dikuatkan utk ibadah sepanjang mlm:
Allahumma ya Aziz ya Qowiy ya Matin, perkasakan, kuatkan dan teguhkan jiwa dan jasad kami utk beribadah kpMu sepanjg mlm ni demi mencari redha dan cintaMu ya Rahman ya Rahim ya Waduud.



Wednesday, June 8, 2016

Sabar Itu Rahmat Yang Indah

By On 9:58:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... Ramadhan ke 3 sudah... 

Sabar?
Perkataan yang senang sebut tapi sukar dilakukan. Saya personally seorang yang cepat marah dengan anak-anak. Tapi dengan masyarakat saya sangat sabar sikit pun tak marah. Orang tengok saya seorang yang sabar. Itu allah yang tutup aib saya. Kalau dengan keluarga saya bukan sebegitu. Anak-anak selalu kena marah, Bila refleksi diri saya sangat kecewa dengan diri sendiri. Setiap kali tak sabar setiap kali itulah mohon taubat dikurniakan sifat sabar.

Dah buat dah marah baru ingat Rasulullah saw. Sedangkan Rasulullah selalu pesan sabar, sabar. sabar... Perkara yang terjadi apa pun sabar dahulu mesti dibuat. Walau apa pun situasinya. Yang peliknya kalau ada apa masalah saya mampu pula sabar dengan jayanya. Tenang mengawal emosi dan mampu tersenyum. Bila dengan anak-anak adakala saya tak sabar juga dibuat mereka. 

Tapi bila marah mereka, lepas saya akan panggil semula mereka dan terangkan kenapa saya marah then minta maaf dengan mereka. Saya sayang mereka. Itu dengan anak-anak.


Sabar?
Yang ini ula dengan situasi keadaan saya beberapa bulan ini yang membataskan saya blogging. Setiap pagi bila saya jogging dan walkig sendirian, hanya itu yang saya zikir nama-nama Allah yang baik Asmaul Husna.... Sepanjang berjalan dan berjogging saya dapat kekuatan yang tidak dapat saya gambarkan dengan zikir. 

Bertahun masa berlalu bila saya kenal Asmaul Husna kena nama Allah dan dzatNya, sekarang saya merasai rahmatNya..... Sangat indah! Allah Ya Sabur, Yang Maha Sabar. Terima kasih Ya Rabb... Saya bukan pelajar yang bijak pandai. Sangat dhaif dan dangkal. Allah sahaja yang menolong segalaNya.... dulu saya sendirian, kini saya dengan kawan-kawan yang baik dan sangat membantu yang dihantar oleh Allah Ya Wahhab bantu saya dalam pengajian saya. Yang penting hati kita kena clean. Biarlah orang anggap kita bodoh janji kita dengan Allah ada sekeping hati yang bersih tanpa prajudis dengan sesiapa pun... 

Berkat Sabar?
Allah mendatangkan hambaNya membantu dan membantu perkara yang saya sangat tak tahu! Saya sangat bodoh dalam banyak hal. Terima kasih Ya Rabb...

Hamba Al Wahhab, Al Naafi'
Semasa jongging dan walking menghidup udara Allah yang diberiNya Ya Karim tanpa sedikit pun kita meminta, saya sentiasa berdoa dan zikir semoga saya jadi alat Allah Ya Wahhab Ya Naafi' seperti mana hutan, hijau yang menemani saya semasa saya berjogging. Mereka tidak pernah meminta balasan, Hidup mereka hanya mengabdikan diri pada Allah dan memberi manfaat kepada makhluk Allah... 

Di bulan yang sangat barakah ini sabar adalah segalanya. Sabar melawan nafsu terutamanya. Tadi kawan tanya baju raya memang dari tahun lepas saya memang tak fikir bab baju raya ni. Allah Ya Baari.... Allah bagi ada la tu.... Bab berbuka nak masak apa pun saya juga tak fikir.... Apa Allah bagi itu lah.... Malas nak fikir semua itu. Allah Ya Baari' Dia Yang Maha Menyusun... Serah pada Nya sahaja apa yang terbaik dariNya sahaja....kerana diri saya ni lemah dan jahil apa plan mesti nafsu dahulu menguasai. So, pendekatan saya "No Thinking" Serah pada Allah! InsyaaAllah.....

Tenang!!!....



Ilmu Itu Perlu Jujur Mempelajari

By On 12:33:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Life long journey... Rasulullah saw juga mengungkapkannya selagi mana hidup itulah pelajaran kita. Selagi mana jantung tidak berhenti berdenyut itu la ilmu... Setiap hari ada sahaja ilmu baharu yang dipelajari... Namun, setiap zarah ilmu yang masuk dala diri mahunya ke jiwa dan roh supa ia kekal untuk bawa kita ke jannah...

Jujur
Itu perkara sekali tengok ada apa dengan "kejujuran". Kejujuran itu adalah tanda aras kita yang bergelar abdi. Abdi itu akan membawa kepada taqwa! Semoga apa jua ilmu yang kita dapat dan pelajari biarlah ia jujur mendapatkannya. Baru tersemat di sanubari. Dari mana sumber ilmu jujur untuk diambil, jujur untuk mempelajarinya.... 



Susah sangat ke nak berlaku jujur?
Bukan susah tapi kena bijak. Bijak mendapatkan ilmu. Back to Al Quran dan Sunnah. Apa yang Allah cakap dan ajar dan apa yang Rasulullah saw sharing. Rasulullah saw bukan seorang pendidik namun bagin seorang yang berkongsi. Mendidik dan berkongsi satu perkara yang mungkin sekali tengok nak sama tapi bila tengok dengan mata hati ia sangat jauh bezanya. Berkongsi apa yang ada dalam dirinya dengan kasi sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dan baginda tidak pernah merasa dirinya hebat bijak pandai kerana baginda sedar baginda adalah abdi. Abdi kepada Allah swt. Kalau Metod yang baginda gunakan membezakan baginda berkongsi dengan mendidik. Perkongsian ilmu yang baginda gunakan dengan penuh kejujuran dan wasatiah. Tidak pernah memaksa sesiapa sahaja yang mahu menerimanya. 

Ilmu dunia semua ilmu Allah. Tiada satu pun ilmu yang lahir di dunia ini diciptakan oleh makhluk. Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yang menguasai semua ilmu kerana dia Ya Malikul Mulk, Ya Dzul Jalali Walikram. Setiap ilmu tiada salah hanya makhluk sahaja yang tidak menggunakan ilmu tersebut dengan baik. Sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat. Itulah perkongsian. Jujur dari hati ikhlas dari hati tanpa ada riak dan ujud dengan pinjaman semata. 

Salam Ramadhan
Diri ku yang fana lagi hina..... 




Monday, June 6, 2016

D Tasik Biru (Part 2)

By On 10:18:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Ramadhan

Kisah bersambung dari SINI .....

Permandang di Tasik yang cantik melambangkan kebijaksanaan Allah Ya Badi' Ya Khaliq Ya Baari' Ya Mussowwir.....



Seronok tuk anak-anak main-mani... seronok mak ayah makan sampai puas.....


Paling seronok tempat solat surau disediakan... Lepas solat boleh sambung makan...


Tapi berpada-pada makan, walaupun duk makan, hati ingat Allah dan Rasul..... Rasulullah makan 3 hari sekali... Ya Allah Ya Rasulullah....

Ampunkan dosa kami....

Tak apa la lepas makan, kami dah dapat habuan kami.... Kami dah berhati-hati dalam pemakanan kami....

Terima kasih Ya Rabb

Allhamdulillah




Steamboat Tasik Biru Antara Pilihan Iftar

By On 9:45:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Entry sebulan yang lepas baru nak karang kat sini tersimpan rapi dalam benak fikir tanpa di coretkan.. Kali ni sedikit berkongsi mungkin ada mencari tempat untuk berbuka....


sotong, udang, daging, ketam, ayam yang kami ambil


yang special sekali kambing......


sebab makan ni terus balik Kedah diet.... tiga minggu sakit tekak....


Tak apa la sakit Allah beri nasihat! jangan makan berlebihan. Allahmdulillah sampai hari ni berdiet.. Husband pun berbuka tadi makan sup daging, sayur bayam dan ayam goreng saja....


 RM36 dewasa.... kanak-kanak RM17

tapi promosi Ramadhan

sumber : facebook 
Anjung D Tasek Biru (klik saja untuk matlumat)


Pemilik Hati Driver Teksi Lembut Bila Ditundukkan

By On 9:26:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dah lama tak sembang citer sendiri-sendiri... Ni kisah sebelum diet sebulan yang lalu. Atas urusan pengajian saya dan keluarga ke sana. Allhamdulillah, lima hari di KL semacam berpakat-pakat antara keluarga makcik, pakcik sepupu-sepupu dari Kelantan pun turun sana... Riuh bagai la suasana.... Urusan saya ada workshop di UM sehari sebelum Wesak Day.... 


Kuasa Dzikir Melembutkan Hati
Nak jadikan cerita pergi dan balik saya ambil teksi dari D. Mentari.... Bila balik kawan saya baru kenal kat bengkel tu dropkan saya di Mid Valey memandangkan hujan lebat. Saya turuk keretanya terus ambil cab.... Al maklum driver uncle India. Dia..... dengan muka nak marah kat saya sebab bila dia tanya saya nak lalu faderal hiway ke, atau kerinchi link.... Saya pilih kerinchi link.... Dia kata ada tol. Saya tanya lagi kalau tol kena bayar ke? Ye la saya dal lama tak duk KL, pergi pun setahun sekali sahaja atas urusan.... Dengan nada yang tak puas hati dia cakap "yer kena bayar la".... Dari situ dia dah tahu saya bukan orang KL.... saya cakap ok, saya pilih tol nak cepat..... "Nak cepat pun, kalau ikut tol ada masanya jam"..... katanya. Bila saya naik saja teksinya, dia terus tanya saya ni orang Kedah ke? Saya kata tak, saya memang duk Kedah tapi orang Kelantan.... Kata dia "tengok u pun I dah tahu orang Kedah" (May be slang saya macam Kedah nak dressing sya pun ibu Muslimah..... Dia masih merungut sebab saya pilih kerinchi Link.... Kata dia bila ada customer nak pergi Desa Mentari memang saya tak akan abil... Dah berapa tahun dah saya tak pergi sana...... Start situ saya mula dzikir "Allah Ya Baari"... Allah Yang Maha Menyusun..... Dari Kelantan sampai Ke Penang sampai Kedah kami sembang tiba-tiba close semacam dan dia yang beremosi marah tadi terus hilang..... Dia kata dia pergi Kelantan, Jeli tak membangun tak ada apa kat Jeli..... Saya kata sama saja saya duk Kedah kawasan pekan sahaja. Duk UUM di rimba hijau tenang dan sejuk kata saya, tak ada stress sama hijau macam Jeli... Pagi-pagi hirup udara segar! Nak banding dengan Kota Bharu tempat saya, pun jam teruk..... pening saya bila balik KB.... Uncle tu terus bercerita, "saya dan family pergi Penang Georgetown.... tenang saya, saya seronok pusing bandar jalan dengan anak isteri"... hehehe.... sambil tu saya tak berhenti dzikir..... Saya pun mencelah.... "mesti uncle stress kan kat KL".... terus cakap memang stress.... jam saja hidup bangun pagi pikir cari duit duit duit!.... Berani saya tanya dia soklan maut! Dah la tadi dia stress dengan saya.... Sempat juga dia hentam pemimpin tak puas hati semua kena duit. Maksudnya No Money No Talk! Tapi semua penipu katanya.... Saya tak suka menipu cari rezeki baik-baik mana boleh menipu. Orang Islam ada buat kacau kat kuil, bila polis tangkap polis kata dia sakit mental. Mental apa? pergi kuil pecahkan tokong dan sebagainya... Yang salah, salah la... Saya doakan dia kembali ke fitrah kerana saya tahu dia buat kerja, prinsip dia halal cara dia... Betul tu uncle.... Uncle ada agama uncle, saya pun ada agama saya. Uncle percaya agama uncle, saya pun percaya agama saya! Yang penting kita jangan buat jahat hidup tenang.... Bila dah bersembang saya memang tak perasan tol.... Saya rasa macam cab tu lalu terus tak ada apa-apa tol pun.... tak perasan, memang sebelum ni duk lalu dengan sepupumada tol.... tapi hari tu memang tak perasan dua tol tu..... Uncle tu cakap "hari ni nasib you baik, KL tau you nak datang, jalan tak jam"... Sebelum ni memang saya tak ambil orang nak pergi Desa Mentari, dah bertahun-tahun saya tak pergi kawasan situ.... "...... (Sebab saya yakin saya ada Allah Ya Baari' Yang Maha Mengatur)..... Dah sampai Desa Mentari, RM18 dari Mid Valey...... Bila nak turun saya cakap kat uncle tu "saya doakan uncle murah rezeki".... hehehe.... uncle tu tak cakap pulak pasal saya kena charge tol tu baru saya teringat!.... Terima kasih Ya Rabb.... 


Hati Ini Milik Allah Ya Malik
Semua milik Allah Ya Malik Dia Ya Malik Yang Maha Memiliki..... Hati manusia semua milik Allah.... Dia boleh membalik-balikkan hati manusia..... Dari beremosi marah kepada ramah dan suka.... sepanjang perjalanan sambil sembang dengan uncle tu... hati dan lidah saya tak lepas mengalunkan Ya Baari..... 




Ramadhan dan Bicara Hati

By On 4:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah sampai kita ke bulna yang mulia...

google image

Doa bicarahati Ramadhan:

1. Mohon kebaikan, kasih sayang dan kemuliaan utk masuk ke bln Ramadhan:
Allahumma Ya Barr, ya Rahman ya Rahim, ya Karim, Ya Allah, masukkan kami dlm bulan Ramadhan ini dengan kebaikanMu, kasihsayangMu dan kemuliaanMu
2. Mohon kekuatan utk beramal dan keikhlasan dlm beramal:
Allahumma ya Aziz ya Qowiy ya Matin, ya Allah, kurniakan kami kekuatan jiwa dan jasad utk melakukan amal ibadah sepanjg bulan yg mulia ini. Allahumma ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, bersihkan hari2 kami dari segala kotoran dosa, penyakit hati, berhala dunia dan syirik agar kami dpt beribadah dgn ikhlas
3. Mohon diagendakan bangun malam utk qiamulail setiap mlm:
Allahumma ya Baari', agendakan kami utk bgn di pg hari utk beribadah kpMu, ya Ba'its, bangkitkan kami utk beribadah di pagi2 hari dan ya Aziz ya Qowiy ya Matin, kurniakan kekuatan jiwa dan jasad utk beribadah di pg hari.
4. Doa Puasa anggota tubuh:
Allahumma Ya Nuur ya Haadi ya Haq ya Barr, ya Allah, pancarkan cahaya kebenaran dan kebaikan kp seluruh anggota tubuh kami agar anggota tubuh ni hanya berbuat yg benar dan yg baik. Ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi anggota tubuh kami dari dosa dan kemaksiatan.
5. Doa mohon diringankan hati dan lidah berzikir
Allahumma Ya Baari' Ya Karim, aturkan hati dan lidah  kami utk sentiasa berzikir dan menyebut2 Nama2Mu yg Maha Mulia itu.
6. Mohon dihindar tipudaya dunia spt bazar ramadhan, persiapan raya dll yg bersifat membazir
Allahumma ya Qohhar, tundukkan nafsu cinta dunia dlm hatiku, tundukkan nafsu ingin pujian dan kemasyuran dlm hatiku. Ya Muqit, cukupkan pembelian bagiku, ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi kami dari dosa dan kemaksiatan : Prof Wan Maseri


Thursday, June 2, 2016

Bicara Hati Surah Al Mulk ayat 5

By On 5:10:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Firman Allah dlm surah Al Mulk ayat 5:
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.



Allah ya nuur ya haadi ya haq mencipta bintang di langit sebg alat pelempar syaitan, begitu juga Dia ya nuur ya haadi ya haq mencipta bintang di hati manusia utk melempar syaitan yg bersarang di hati, sekiranya syaitan berada dihati manusia, dia akan mengheret kita ke neraka bersamanya. Namun, di dunia lg Allah sudah melempar syaitan dgn api dan termasuk org yg hatinya ada syaitan akan merasai kepanasan lemparan api yg sgt panas itu dan siksaan itu dlm bentuk penderitaan, kemurungan, kepedihan hati seperti dihiris2, kepanasan dendam, dengki dan benci yg sgt menyakitkan seperti memakan buah zaqqum dan meminum darah nanah mendidih, seolh2 roh itu sudah berada di neraka yg sedang melalui siksaan yg sgt dahsyat yg blh menyebabkan pecah salur darah otak kerana tekanan yg sgt tinggi dan pecah salur jantung kerana kuasa mengepam darah yg sgt laju.

Oleh itu ya Allah ya Nuur ya Haadi ya Haq, pancarlah cahaya petunjuk kebenaranMu dlm hatiku agar syaitan yg bersarang dlm hati kami dpt dilempar keluar dan dptlah Engkau ya Muakkhir menghentikan penderitaan siksaan neraka dan kami dpt rasakan ketenangn, dan kesejukan hati seolh2 roh kami sudah berada di syurgaMu : Prof Wan Maseri


Wednesday, June 1, 2016

27 Hari Berat Turun 10kg

By On 11:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... 

Allhauakhbar, dek kesibukan masa yang genting ini saya sempat mengdietkan diet. Syukur, dah setahun lebih saya tak ambil apa-apa ubatan walhal supplement sekalipun. Dan dek kesibukan masa juga sudah 2 minggu ponteng jogging n walking....


Walau apa pun, 27 hari saya berdiet menurunkan berat badan.... syukur Allah Ya Khofidh Yang Maha Menurunkan dengan daya Nya berat badan saya turun 10 kg tanpa apa-apa suplement, ubatan dan segala bagai produk menurunkan berat badan. Manually, saya laku kan walaupun keyang sentiasa... Saya cuma banyak ambil protein dan sayuran, dan sedikit karbo.... kalau makan nasi cuma sesuap semulut sahaja. Try nasi anak-anak.... Itu lah rutin saya selama 27 hari ini. 

Dengan protein dan sayuran yang banyak, dan air putih yang banyak saya sentiasa kenyang. Kalau untuk sarapan pagi telur mata 2 biji / telur separuh masak / ayam goreng / sosej, minum milo kosong. Tengahari ambil yang berat, protein / sayur goreng / sup / kecuali nasi.... Malam sayur goreng / ayam bakar / daging dan sebaginya. Kalau petang saya ada juga ambil karbo seperti pisang goreng / ubi goreng. Tak la stress sangat. Buahan saya makan tak sepenuhnya saya kurangkan gula. Cuma air manis saya tak minum. Kalau ambil pun milo kosong. Roti saya ambil semulut dua itu pun makan yang anak punya. 

Mula-mula rasa tak percaya juga boleh buat tak makan nasi ni.... Tapi bila dah seminggu pertama dah makin biasa kerana kenyang pun sama sebab protein dan sayuran yang diambil tu juga mengeyangkan.... ditambah pula air putih yang banyak diminum 2++ liter sehari, saya boleh terima dengan cara diet ni.... Chicken chop pun saya ambil. Saya juga berpuasa bulan Syaaban, rasa macam biasa sahaja sama seperti puasa lepas-lepas.... Buka puasa ambil kurma, chicken chop berat sikit / ada masa saya makan daging goreng dan sayur goreng sahaja.... boleh tahan, sama juga dengan tak puasa rasanya. Boleh tahan.... sekarang berat saya sedang bertahan.... 

Kalau tanya tak terliur ke?
Tak de sangat rasa terliur bagai, walaupun di mulut cakap nak,,, sedap,,,,, tapi di hati rasa macam dah biasa tak makan nasi.... Sebab saya rasa saya bukan kelaparan, saya makan juga yang lain cuma tak makan nasi, (karbo yang tingg).... Ada kala saya terasa nak makan kue teow, saya makan saya juga tapi dengan kuantiti yang sedikit..... 

Nak tahu boleh mencuba, insyaaAllah dipemudahkan.... Yang penting niat diet biar betul.... tepuk dada tanya iman.... Allhamdulillah.... 



Popular

Follow by Email