Enter your keyword

Sunday, April 24, 2016

Pasaboq vs Mee Rebus

By On 4:54:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila pekena pasaboq dan mee rebus. perghhh terangkat.... Tak tahu la bila last makan makanan ni, dah berkurun agaknya tak makan....
Kelmarin terjumpa dan terus termakan..... di Jitra kat kedai makan nasi Royale


Anak ikan si anak keli
Sungguh enak dibuat kari
Mee rebus dan pasaboq harus dirasai
Makan sekali, mesti nak lagi


Jangan lupa mai utagha makan pasaboq dan mee udang tau...



Kenyataan Media Penyalahgunaan Baucer Buku 1 Malaysia

By On 11:03:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kenyataan Media yang dibuat pada 21 April 2016 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.


Tahun depan mungkin tiada lagi baucer buku! Hati-hati...



Thursday, April 21, 2016

Positif Emosi dan Jasad

By On 11:20:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... 


Dek kesibukan sepanjang minggu, walaupun balik rumah dah lewat petang. Namun, saya sangat bersyukur Allah Ya Baari' Yang Maha Mengatur Menyusun, terus mengatur dan menyusun langkah ini ke surau berjemaah. Yang sebelum ini saya tidak pernah ke surau kecuali bulan Ramadhan hanya untuk solat sunat tarawih. Allahu... 

Bila terdetik! sejak awal tahun ini saya mula aktif semula berjogging di pagi hari di kampus hijau berselawat berzikir bersama pokok-pokok itu, hati saya terdetik.... kenapa kaki ini tidak melangkah ke surau? Jika di kampus saya selalu ke pusat Islam, tapi kenapa tidak di surau di taman saya?

Sejak itu, sebulan yang lalu dengan daya yang Allah pinjamkan Dia Ya Baari menyusunkan langkah ini berjalan menuju ke surau... Allhamdulillah... terima kasih Ya Rabb Ya Syakur!.... 

Rindu Syurga Allah
Dan dalam bulan ini juga saya mula meloloskan diri saya untuk ke usrah setiap minggu. Saya rindu usrah seperti dulu,,,, walaupun sesibuk mana akan tetap menziarah ke syurga Allah... hanya itu  cara dan tempat yang saya dapat ilmu dari Allah swt, dan dapat saya meraih kebahagiaan dan ketenangan. Mulut saya memang tak banyak bercakap, hati saya semat apa yang Allah sampaikan,,,, saya bersyukur dan bersyukur!

Cinta Allah
Cinta Allah Ya Waddud, bagi saya yang hina ini dan disulami dosa yang banyak susah untuk meraihnya. Namun saya yakin apa yang Allah tentukan dengan hidup kita ke arah kebaikan tanda Alah Ya Waddud sangat mencintai hambaNya. Sehina manapun hambaNya jika kita sedar akan diri siapa dari mana asal kita, insyaaAllah, Allah Yang Maha Pengampun membuka seluasnya pintu pengampunanNya.... Walau apa pun sehebat mana sekaya mana pun sebijak mana pun hambaNya itu, semua adalah pinjaman yang akan dipersoalkan oleh Ya Hasib Yang Maha Menghisab dan Ya Adl Yang Maha Adil....

Ikhlas...
Susah untuk ikhlas, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui keikhlasan hambaNya di dalam hati... Buat kerja hanya untuk Allah bukan menira-ngira untuk meraih perbanyakkan pahala dan dunia..... Semoga kita semua dilindungi Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin daripada sifat berkira-kira dengan Allah.... dan menjadikan hati kita sentiasa ikhlas dalam melakukan apa-apa kebaikan. 

Sentiasa Cuci Hati 
Ini sangat penting, bila sentiasa hati di cuci dengan zikir, dan bacaan al Quran, hati mula akan disemai hanya perkara yang positif. Keluarkan semua energi kotoran negetaif dalam fikiran dan hati (jasad mahupun emosi), insyaAllah apa jua yang akan mendekati akan menjadi positif..... membiarkan hati sentiasa ingat Allah yang sentiasa setiap saat berzikir mengelakkan kita dan membuang aura negetif dalam diri... Secara tak langsung aura positif akan terserlah dalam diri anda dan ia akan membawa kepada tingkah laku..... bahagia dan ketenangan yang mahu di cari! itu kunciNya. Segala masalah dapat diselesai dengan mudah jika anda tahu kuncinya apa? InsyaaAllah... saya doakan semua pembaca saya akan masuk syurga.... Allah Ya Mujib! Yang Maha Memperkenankan.... InsyaaAllah....

:):):)




Monday, April 18, 2016

Terima Kasih Kerana Melindungi Diri Ini

By On 12:37:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam. Allahumma ya Hafiz yg maha memelihara, sesungguhnya Engkaulah yg memelihara alam buana ini agar semuanya tetap bergerak dan berfungsi dan manusia dpt hidup dgn aman dan sejahtera. Ya Hafiz, Engkaulah yg memelihara tubuh badan kami sehingga masih blh berdegup jantung ini, masih blh bernafas, darah masih mengalir, makanan masih blh ditelan dan diproses, anggota tubuh semuanya masih berfungsi, semuanya atas pemeliharaanMu ya Hafiz.


Allahumma ya Hafiz, peliharalah kami dari azab nerakaMu nanti, dari huruhara mahsyar, dari jatuh kedlm api semasa meniti titian sirat, peliharalah kami dari azab kubur yg sempit lg menghimpit, gelap gelita dan tiada peneman. Ya Hafiz, Ya Mukmin, peliharalah iman kami, Ya Quddus, pelihara kesucian hati kami agar kami setiap saat ingat kpMu dan bersandar hidup dgnMu. Ya Hafiz, ya Rahman Ya Rahim ya Jami', peliharalah kesatuan hati2 kami.

Dr Wan Maseri


Tuesday, April 12, 2016

Sapu Kabus Hati

By On 4:06:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... salam sayang....

Lumrah, bila hati ada titik hitam suka tengok orang daripada tengok diri sendiri... semoga kita dicuvi dan dibersihkan dengan titik-ttik hitam yang bertitik semakin lama semakin menebal jika tak dicucikan....

Mula lah nampak orang yang salah itu dan ini.... Jangan banyak mengomel, makin menebal nanti titik hitam itu. Terima apa yang Allah dah tentukan baik atau buruk hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang ditentukannya....

Allhauakhbar, bukan apa teguran juga untuk diri sendiri yang sangat naif ini.... Banyak merungut semacam tidak terima apa yang sudah diberikan. Kenapa begitu dan kenapa begini? Bila tak faham hati mula merungut ini salah, ini yang betul.... 


Mula nampak orang yang silap, hanya diri sendiri sahaja yang betul. Bahaya jika tidak dibendung dan disucikan. Takut nanti memakan diri sendiri. Cuba bertenang, fikir sejenak. Apa yang berlaku, terjadi adalah milik Allah Yang Maha Memiliki dan Yang Maha Mengatur.... Dia Ya Malik Dia Ya Baari' membuat semuanya perancangan bagi menguji sejauhmana iman sejauhmana keteguhan hambaNya terhadap ketentuan yang ditentukan olehNya. Dan semua itu adalah Qada dan QadarNya....

Sejauhmana keteguhan dan kepergantungan serta kepercayaan kepada Rukun iman anda? Cuba periksa dalam hati? Bukan salah itu dan ini! Allah Yang Maha Segalanya. Senang sahaja untuk menguji iman hambaNya!

Bak kata biar berkabus di luar jangan berkabus di hati. Jika ada kabus menempek harus cepatnya sepsntasnya di lap. Jangan disimpan, kelak jalan pun tak nampak.... Tersadong tersepak jika gelap di hati... 



Dengan Nama KetinggianNya

By On 12:39:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... salam sayang buat semua...


Minggu lepas, saya berkesempatan ke usrah. Allhamdulillah, kali ni nama Allah Ya Aliy Yang Maha Tinggi... Hebatnya Allah Yang Aliy Yang Maha Tinggi ini kita dapat rasakan ketika kita sujud dalam solat. Sujud itu melambangkan ketinggian allah al Aliy dan kita hamba yang sangat rendah daif lagi hina.... Sebab itu lah masa sujud Allah sangat dekat dengan kita.... Dia Yang Maha Tinggi memiliki segala ketinggian di alam buana ini. Tiada yang lain atau makhluk yang lain melainkan Allah Ya Aliy memiliki segala ketinggian. 

Bila saya baca dan hayati maksud Al Aliy ini, makhluk yang bukan hidup pun meninggikan Allah.... bayangkan bayang-bayang pun tunduk rendah merebahkan ke bumi meninggikan Allah Al Aliy....

Sahabat bercerita tentang ketinggian Al Aliy ini, semasa gerhana matahari bulan lepas, rusa di UPM berhenti dari segala aktiviti meninggikan Allah Al Aliy semsa gerhana berlaku beberapa ketika... Allahuakhbar...

Saya tersentak la juga.... masa gerhana matahari itu apa saya sedang buat???

Saya berfikir, berdosanya saya rasakan kerana ketika itu tak dapat nak rasa ketinggian Allah Al Aliy.... Memang tahu itu gerhana matahari, selain sujud dan solat sunat ketika gerhana matahari adakah hati betul-betul tunduk apa Allah Al Aliy?

Apa pun kini dan setiap waktu harus rasa Allah Al Aliy memiliki segala ketinggian,,,, dan kita hamba yang rendah hina lagi dhaif harus sedar diri dan sentiasa menghinakan diri dengan ketinggian dan agongan yang dimilikiNya... apa yang ada pada kita cuma pinjaman akan tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak, di hari hisab....

Wallahualam....



Sunday, April 10, 2016

Pucuk Putat vs Pucuk Mayong

By On 1:14:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Pagi Sabtu kelmarin, adik merenget nak makan kuih, memaksa saya keluar pergi pasar. Dah lama juga la saya tak ke pasar.


Bila ke pasar tak tahu nak beli apa, tak tahu nak masak apa? Lauk hanya beli ayam saja. Malas nak fikir, nak makan apa.... tengok ulaman la adik.... jom kita pergi tengok ulaman. Saya tanya ini pucuk apa? pucuk putat saya tahu, pucuk sebelah saya tak tahu. Makcik pelanggang menjawab tu pucuk mayong dik... sedap pucuk mayong tu goreng macam tu sahaja.... "o... ye ke makcik".... saya ambil pucuk mayong tu. Rupanya pucuk mayong adalah bayam... ada yang bewarna hijau... Yang ni warna purple.... balik rumah memang saya goreng ja la.... hehehe.... tanya husband "sedap tak pucuk mayong tu?" katanya "tak sedap".... ntah la saya goreg tak sedap ke, pucuk tu yang tak sedap.... bagi saya ok jer... sedap ke tidak itu yang Allah bagi saya makan je la.... 

Bila search kebaikan pucuk berdua ni memang banyak la kan.... 

Pucuk Putat atau barringtonia racemosa berkhasiat: untuk melancarkan perjalanan darah, mencegah serangan gatal-gatal disamping boleh mengubati beberapa penyakit kulit. Daun yang matang dikatakan boleh mengubati penyakit cacar air; iaitu dengan mengambil 5 atau 6 helai daun, ditumbuk dengan beras dan kemudian dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar.
Penggunaan : Pucuk putat muda sering dimakan sebagai ulam atau dihiris untuk ramuan nasi kerabu. Bagi peminat laksa utara, ada juga yang suka masukkan pucuk putat ke dalam laksa kerana dikatakan ia dapat menambah kesedapan rasa pada laksa.
Pucuk Mayong antara khasiahnya: mampu membantu membaiki pankreas dan buah pinggang yang rosak akibat diabetes dan darah tinggi.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk posting terdahulu tentang sayur ini.

Camana la saya tak leh nak beza bayam ni... Selalu memang duk makan bayam tapi yang besar skit...Yang pucuk, nampak segar lak, sebab tu ler x leh nak cam mayong akak bayam.... hehehe



Thursday, April 7, 2016

Rindu Ilmu Allah

By On 2:47:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah.....

Syukur walaupun sekejap berjumpa sahabat walaupun beberapa minit namun banyak ilmu yang saya dapat. Rindu saya dengan ilmu Allah swt. Terima kasih Ya Rabb... 

Bermula Dengan Riak dan Ujud
Bagaimana nak mengatasi. Sucilah hati, terus ingat Allah. Tiada apa daya dan tiada apa satu pun milik kita di dunia ini. Hatta apa yang ada di tubuh badan kita pun bukan kita punya. Mata, kaki, tangan, mulut semua miliknya. Kejayaan, rumah, kereta, anak semua miliknya. Susahkan nak buang ujud dan riak. Bila menulis pun kita sering ada perasaan ujud dan riak.... 

Tiga golongan manusia sepertimana yang disebutkan dalam surah Al Kahfi:
1. Golongan Kiri 
2. Golongan Kanan
3. Golongan Muqarabbin

Yang Mana Anda Mahu?
Golongan Kiri
Golongan yang sudah tentu menjajnjikan neraka.

Golongan kanan
Golongan orang yang beriman, namun mereka masih akan melalui padang masyar 50 ribu tahun, melalui titian sirat untuk ke syurga.... dan meminta-minta pahala supaya timbangan amal dapat membawa mereka ke syurga.

Golongan Muqarabbin
Juga digelar orang yang melalui jalan Allah. Golongan ini tidak akan melalui padang masyar atau titian sirat. Golongan ini Allah akan membawa mereka terus ke syurga.

Allahuakhbar?

Susah ke Nak Jadi Golongan Muqarabbin ini?
Tepuk ada dada tanya iman. Dalam hati adalah Allah atau dunia? atau 50/50. atau dunia sahaja.... 
Jalan orang yang muqarrabin ini tiada setititik atau sezarah pun diunia di hati. Bukan ertinya duduk atas tikar sembayang berzikir tanpa pedulikan dunia,, jangan salah faham. Itu sesat namanya... Jalan ini adalah jalan dan cara hidup baginda Rasulullah saw.... 



Wednesday, April 6, 2016

Cenderamata Daripada Blogger Jari Manis

By On 9:44:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, syukur Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq.....

Balik dari ofis buka mail box ada sampul surat coklat.... Tengok ada nama JM! blogger Jari Manis.....'


Bila buka belek-belek dan belek-belek lagi comel dan kiut sangat..... lama saya tengok, baru perasan ada nama kat atas cenderamata kiut ini....

"Special for Sheila Adziz, From Jari Manis"

mata saya duk asyik tengok bunga sakura yang indah ciptaan Allah ni, bila agaknya nak dapat tengok live kan.... tak perasan lak ada nama saya kat atas tu....


Alahai so sweet....
Rajin tul JM print siap ada nama. Tapi kena simpan elok-elok selalu duk berebut dengan anak-anak. Barang kiut miut ni anak-anak memang suka. Mak anak lagi suka la.... muahhahaha

Terima kasih JM
Semoga JM dimurahkan rezeki sentiasa....
Semoga ukhwah kita sentiasa berpanjangan.

~Love~



Tuesday, April 5, 2016

Bila Hati Terdetik dan Berbicara

By On 10:27:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila hati terdetik dan berbicara, 
Apa nak di kata, kaki selalu di beri kasih sayangNya melangkah dan melangkah, nadi berdenyut dan berdenyut, takkan nak skip mulut dari berzikir. Zikir di hati bukan di bibir mulut. Susah nak buat. Kalau dibibir senang dialunkan. Bila dihati mau tak menangis jika tidak terhijab.


Bila hati terdetik dan berbicara,
Membisikkan alunan nyanyi tiupan angin, kicau burung yang sentiasa menemani dan memahami. Sentiasa berbicara berdoa dan mendoakan. Sungguh indah di rasai, susah hendak digambarkan. Satu gambaran hebat Dia Yang Maha Kuasa melimpahkan nikmatNya.


Bila hati terdetik dan berbicara,
Tangan menggapai menarik ke depan ke belakang dengan dayaNya, tanpa sediki pun daya diri. Mahu disedar diri yang terlupa kerana daya itu milikNya Yang Esa. Jangan diambil daya itu mengaku hak sendiri. akan binasi di hari kelak.


Bila hati terdetik dan bebicara,
Menghulus rasa enak dek senang nikmatNya. Walaupun dipinjam seketika. Jangan ada riak dan ujud. Itu belaka selendang Yang Maha Kuasa. Jangan diambil rasa itu, jangan biar ia membara dihati kelak neraka habuan diri. 


Biar hati terdetik dan berbicara,
Sayu sungguh panggilanNya, menyedap dan sangat mendayu. Enak tanpa digambarkan dengan hiburan lain yang merosakkan minda. Mahu disuruh abdiNya rukuk dan sujud sebenarnya rukuk dan sujud. Mahu disuruh abdiNya memegang tanggungjawab. Di dalam rahim sudah terjanji, bila dapat menghirup udaraNya janji hanya tinggal janji.


Bila hati terdetik dan berbicara,
Dunia ditinggalkan dikatakan gila dan bodoh. Ramai yang hilang sekeliling diri. Mahu menggapai nawaitu yang satu. Hanga Dia tempat kembali. Sebaiknya tempat dan negeri kekal abadi. Melihat dunia penuh hina, bukan di hati malah di genggaman. Walaupun perit rasanya hinaan. Dia yang satu sangat memahami. 


Di Atas Namu Mu Ya Dzul Jalali Wal Ikhroom

By On 8:49:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.


Allahumma Ya Dzaljalaaliwalikram, sesungguhnya Engkau Pemilik seluruh kemuliaan, keagongan, kesempurnaan dan ketinggian. Ya Dzaljalaaliwalikram, tiada sedikitpun kemuliaan dan keagongan kp manusia, makhluq dan alam ini melainkan semuanya hanya ciptaan yg menerima daya2Mu semata2, ketika Engkau memberi daya, nampak seolah2 mereka berdaya, ketika Engkau menghilangkan daya2Mu, jadilah makhluq itu fatamorgana, tiada wujud lagi. 

Ya Dzaljalaaliwalikram, kemuliaan dan kesempurnaanMu terlihat jelas pada alam dan makhluq ciptaanMu di angkasaraya dan dibumi. Jelas kelihatan daya2 kemuliaanMu dan kehebatanMu pada hati yg bercahaya dipancari cahaya makrifahMu, dpt dirasai olh hati yg dibuka hijab olehMu ya Fattah. 

Ya Dzaljalaaliwalikram, keagongan dan kemuliaanMu terdpt pd sekecil2 makhluq spt kuman yg ketika Engkau memberi daya membunuh, kuman itu akan menjadi asbab mematikan manusia. KeagonganMu juga terdpt pd sebesar2 ciptaanMu di alam yg nyata ini, galaxy yg terkandung berbilion bintang, blackhole yg dpt menelan planet2 termasuk bumi ini. Dan sesungguhnya alam nyata ini jika dibandingkan dgn keagonganMu pd alam yg ghaib, seumpama setitis air pd lautan yg luas tidak bertepi. 

Sesungguhnya tiada lafaz dpt dilafazkan olh lidah ini bg menyatakan keagongan, kemuliaan, kesempurnaanMu ya Allah. Ya Quddus ya Jalil, bersihkan dlm hati kami sekiranya terdpt walau sezarahpun rasa keagongan dan kehebatan milik diri ini kerana tiada makhluq di dunia ini yg mempunyai apa2 kemuliaan dan keagongan melainkanMu ya Dzaljalaaliwalikram..

Dr.Wan Maseri


Kenyataan Akhbar Tentang Penyalahgunaan Bauce Buku

By On 3:27:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber google

MAKLUMBALAS TERHADAP PENYALAHGUNAAN PROGRAM BAUCER BUKU 1 MALAYSIA (BB1M)

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedia maklum tindakan pihak pekedai dan pelajar dalam pelanggaran peraturan program BB1M seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar pada minggu lalu. Kementerian juga telah mengeluarkan mengenai perkara tersebut.

Pada masa ini Kementerian terus melaksanakan tindakan pemantauan termasuklah melalui cara penyamaran. Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk melakukan siasatan lanjut sebelum keputusan dibuat untuk menyenarai hitam pekedai dan pelajar yang terbabit.

Kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas. Sehingga kini sebanyak 4 kedai telah disenarai hitam kerana pelanggaran peraturan program BB1M.

Kementerian mengalu-alukan maklumat dari mana-mana pihak yang boleh membantu penguatkuasaan dilakukan untuk membenteras penyalahgunaan yang berlaku.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Putrajaya
5 April 2016



Halaqah Episod 9 Orang Islam Akhir Zaman Sebagai Pelarian

By On 3:02:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber google

Minggu ini aktiviti saya sangat penuh. Jumaat dan sabtu lalu saya ada bengke. Sampai rumah dah pukul 6 petang lebih. Allhamdulillah, petang Sabtu tu, exited bengkel dua hari balik rumah terus buka latop. Buka latop dan buka tv sekali... hehehe.... tekan jer 119 halaqah.... Allhamdulillah.... 

Ya Allah tajuk halaqah masih tentang kiamat. Rupanya ini dah masuk episod ke 9. Saya baru tengok. Memang sebelum ni saya jarang tengok tv. Tak tahu la kenapa Allah Ya Baari terus susunkan saya buka tv dan tekan 119. Ustaz Tarmizi sebagai indicator. hukhuk,,, (dalam dua hari di bengkel saya belajar pasal indicator ni), dan Dato' Dr. Danial sebagai panel. Bila duk depan latop sambil telinga duk dengan Dato Dr. Danial berhujah rupanya ada sesuatu yang Allah nak sampaikan kepada saya. 

Tentang pengajan saya! Kata Dr. Danial: 

Bermulanya Sengsara Dalam Kehidupan Manusia

1. Kelamahan iman ummah. Keruntuhan iman ummah tidak mampu mengatasi isme-isme. Kata Nabi tidak berapa lama lagi akan menimpa kamu umat Islam, orang kafir meratah mengoyak umat Islam sepeti gelojok untuk makan. Kekuatan dalaman umat Islam runtuh. Sebagai contoh mai apa pun jenama tudung terus excited kan... 

Ketika dahulu ujian pernah datang pada zaman Rasulullah saw, tetapi mereka lepas kerana kekuatan dalaman iaman yang kuat terdapat umat Islam terdahulu, akan tetapi pada masa kini, umat ISlam runtuh imannya. 

Apakah umat ISlam lemah, sengsara perangcangan ini manusia sifat seperti debu, atau kualiti seperti debu seperti ditiup angin. 

Kita di era wujud globalisasi dan juga kualiti iman manusia seperti debu dan rendah. HAdis abu daud : Nabi saw mengatakan "kamu ketika menghampiri kiamat kamu persis buoh di atas air bah". Buih tak ada, air kuatiti debu tidak berkualiti. Dihanyut dari semua arah. Kita dihanyut 

Sebab:
1. "Wahn".
Cinta dunia takut mati. cinta dunia: lagu, lirik-lirik cinta-cintun. perkataan yang lara, dahulu umat bergerak untuk menegakkan kalimah Allah. Umat kita suka berseronok menari-nari. Mengambil dunia ikut landasan. Bukan ambil dunia dan hanyut. Kita cinta dunia itu akan menghanyutkan. 

Hadis Muslim: bersegeralah kamu beramal soleh akan datang ke atas mu pelbagai fitnah (fitanon). Fitnah di sini bermaksud:
-kesusahan
-pancaroba
-penderitaan
Seperti kepingan di waktu malam. Itu kesan iman merudum dan akhirnya datang bala akibat kelemahan iman kita sendiri!

Kesilapan demi kesilapan umat Islam

Penyakit Al Wahn ------> mesti faham destinasi hakikat kehidupan di dunia ini

"kehidupan di dunia itu adalah sementara dan negeri akhirat itu adalah kekal selamanya"

Apabila umat Islam di zalami:
Muncul perjuang IS sebagai pembela. Adakah ia betul ingin membantu?

Hasrat unuk menolong dan mencegah kezaliman itu mulia. Tapi Islam itu baik bukan itu betul-betul baik. Surah al Baqarah 112 : j"ika melakukan amal amal itu mesti ada dua ciri"
1. ikhlas keran Allah
2. menepati syariat

Kalau bejihat menegakkan Islam itu baik, tapi dalam Islam fisabilillah. Persoalannya adakah IS mengikut landasan Islam. Jika betul kenapa IS tak mengapa menyembelih orang ISlam, mengapa tidak menyerang Israel

Baginda berdoa:
1. untuk Allah berkati Mekah, madianah, Syam, Yaman

Sahabat berkata:
:Ya Rasullah tolong minta Allah berkati Iraq "Nabi diam. Nabi kata di Iraq akan datangnya tanduk syaitan".

Umat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Gelap! gelap!gelap

Umat Tekna Dengan Penyakit Wahn (Cinta Dunia)
- persidangan protokol zionis :menyebut bahawa menyebarkan kebendaan dan menganggap Tuhan itu semnetara. Sekarang umat Islam sudah ramai berarak ke gerbang kebendaan.

Perotokol Az Zion Zionis
orang Yahudi menolaknya, tetapi bila dikaji mengatakan ia adalah sahih. Dokumen di militri US ada dokumen dibatalkan klasified. Ada perangcangan digelar protokol. Hendry Ford tokoh yang terkenal dengan keretanya ada mengatakan tentang protokol ini. Otak-otak hebat di kalangan bangsa Yahudi sebagai dunia menolak Tuhan dan agama, dan melahirkan nafsu. Nafsu (suka pada diketengahan dan hidonisma, kasih sayang, cinta, seks bebas, dll) perancangan ini berjangkit kepada orang ISlam. Kalau mereka ketengahkan itu iman kita kuat, dia datang dan singgah di tempat kita, kita terpelanting, tetapi dia singgah kita memeluknya.

Orang Islam meletakkan dunia di hati dan juga di tangan. Sepatutnya dunia hanya tempatnya di tapak tanga, Allah sahaja di hati. Sebab tu la orang Islam selalu sebut nak dunia 50 dan akhirat 50. Banyak contohnya anda mampu berfikir dengan akal yang waras. Tepuk dada tanya iman. 

Baginda berkata:
"kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelum mu sejengkal demi sejengkal. Jika mereka masuk ke lubang biawak, kamu akan masuk ke lubang biawak. Ertinya umat akhir zaman akan jati umat Pak Turut, iada jati diri, atau umat lubang biawak". Sahabat bertanya "Siapa dia yang akan kita tututi"....

Baginda berkata:
"Yahudi dan Nasrani"

Kunci Kehidupan
Jangan jadi Pak Turut tapi kita turut Al Quran dan Sunnah

Cara Berfikir Orang Islam 
Ya Saya Islam, tapi Islam yang bagaiman kita ini?
Dan demi sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaaan takut, dan kelaparan, serta pengurangan harta benda, jiwa kamu, dan tanam-tanaman, maka khabarlah berita gembira bagi orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ditimpa musibah dan bencana kepada mereka sedaya mereka berkata "innalillah" kami adalah daripada Allah kepunyaan Allah, "wainnalillahirojiun" dan kepadaNya kami akan kembali maka itu lah akan peroleh rahmat dan petunujuk kepada Allah swt.
Rumusan
Tidak salah untuk memegang dunia. Tetapi bukan pegang dunia dan letak dihati tetapi ambil dunia dan letak di tangan. 

Allah Bantu Umat Islam sekarang.
Kasih sayang Allah ada pada kita

Masalahnya :
Sipa Kita Dengan Allah
"ingatlah kepada aku, aku ingat kepada kamu"

Tafsir
iman said berkata:
"kamu ingat kepada ku bukan zikir di mulut, zikir induk taat kepada Allah dalam kehidupan. Setiap tanduk perlakuan kita ingat kepada Allah dan syariat".

Bukan pergi ke masjid bukan subhanallah subhanallah, bila buka tv tengok apa-apa sahaja, tiada penapisan, tengok cintan-cintun, tengok drama apa-apa sahaja, yang tukang buat filem tak habis-habis cerita hantu, minta maaf tuan haji bila kita cerita bab kiamat, mengapa cerita bab kiamat, menakutkan. (Alamak! kajian ku, ini rupanya Allah nak ttunjukkan gap kajian ku). Baik takut pada kiamat daripada takut kepada benda-benda khurafat dan tahyul. Ini aspek fazkurunya, ingat kepada Aku, mengikit tafsir ulamak "Patuh Allah keseluruhannya" terutamanya melakukan benda-benda dasar benda wajib, datang kasih sayang Allah kepada kita.

Dia ingat kepada kita. Ulamak tafsir mengatakan Allah ingat kepada kita, dengan membantu kita, menolong kita, memberikan keredhaanya kepada kita, dengan mengampuni kesilapan kita, tapi dengan syarat kita mestilah ingat kepadNya terlebih dahulu. Itu juga berlaku kepada rsul-rasul terlebih dahulu, bukan semata-mata mereka berkata kepada Allah, terus menang. Mereka kena berusaha mengabdikan diri kepada Allah, merancang baru menang. Itulah yang hari ini di akhir zaman umat kena lakukan. Insyaaallah... Ingat Allah, Allah tolong.

Kata Kunci
Merancang dan Berusaha

Bagaimana Merancang dan Berusaha berdepan dengan musuh zionis dan yahudi yang sofisikated, bijak dan licik. agenda zionis dan yahudi dan sentiasa licik yang peuh dengan seni.

Taat

1. Pendidikan: ummah. bukan sekadar andai mengaji. faham berdasarkan Al Quran dan Sunnah, kita faham agama, dari sumber yang betul. JAdi bila kita faham itu strategi. Bayangkan umat Islam seluruh dunia faham Yahudi mencipta pelbagai isme kita boleh menilai. datang hedonisme, kita menolak, datang sekularisme kita menolak, datang mechiavellianisme kita menolak dan kita juga boleh menilai siapa zionis, siapa yahudi. kita boleh menilai sebab ilmu kita bersumber Al Quran dan sunnah.

Kita tahu Nabi Saw hidup di Madinah dan ketika itu, di Madinah ada tiga kabilah yahudi, no probelm with them. Nabi tiada masalah dengan yahudi penganut kita taurat.


.......... akan bersambung ..........



Monday, April 4, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

By On 11:50:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur



Pesta buku ini akan diadakan pada 29 April hingga 9 Mei 2016 ini di Maeps Serdang, jadi anda semua jangan lepaskan peluang untuk pergi borong bahan ilmiah banyak-banyak... Bas shuttle pun akan disediakan untuk ke sana jika anda tidak mahu memandu kereta...Servis shuttle bas akan disediakan dari 4 laluan utama;

Laluan 1: KTM Serdang – MAEPS – KTM Serdang

Laluan 2: LRT Bukit Jalil – MAEPS – LRT Bukit Jalil

Laluan 3: ERL Putrajaya – MAEPS – ERL Putrajaya

Laluan 4: IOI City Mall Putrajaya – MAEPS – IOI City Mall Putrajaya

Semua bas dari setiap laluan akan beroperasi dari 9.30 pagi – 9.30 malam setiap hari semasa hujung minggu dan 9.30 pagi – 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas adalah 15-20 minit.

Tambang minimun RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut. Namun, pengunjung yang menggunakan KTM, LRT & ERL akan menaiki shuttle bas PERCUMA bagi setiap pembelian pakej tiket ke MAEPS semasa Pesta Buku berlangsung di kaunter stesen KTM, LRT & ERL yang terlibat.

Bagi pengunjung atau penduduk Putrajaya & Cyberjaya yang ingin ke MAEPS, anda boleh menggunakan bas laluan 506 dengan tambang normal RM 1.50. Semasa PBAKL 2016, bas tersebut akan masuk ke MAEPS...  

Sumber : Di sini



Tips Suami Isteri Bahagia Dengan Penghayatan Asmaul Husna

By On 10:10:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, dan salam sayang allah Ya Rahman Ya Rahim,
Di bawah ini ada tips zikir kebahagiaan dalam rumah tangga....
Boleh amal dan praktiskan setiap masa...





Sunday, April 3, 2016

Pelajar Makan RM2

By On 7:27:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Isu pelajar tak ada duit nak makan. Husband selalu duk tengok student ambil makanan di almari dinding pusat pengajian saya.... Katanya makanan tu untuk student ke? free ke? A'aa... free dah banyak pusat pengajian dengan inisiatif para pensyarah menyediakan makanan percuma pada pelajar. Kesian mereka kadang-kadang tak makan tak ada duit.... Saya pun pernah mengalami situasi macam ni... saya juga pelajar, saya faham....

Bila kat librray saya ada sembang dengan staf library tentang kos sara hidup. Kata staf library anaknya study kat shah alam seksyen 13 sekali makan RM15... Katanya lagi "kat sini saya pernah tengok student ambil nasi penuh pinggan kuah dan telur dadar sahaja".... saya mengiyakan, saya juga selalu tengok pelajar macam tu.... kesian.... kalau makan kat cafe husband saya kerja tu mahal sikit nasi ayam RM4.50 minum RM1.20.... 

Kat cafe tempat husband keje tu ada satu area disewakan pada. Kat situ mereka menjual minuman dan desert ala Starbucks, kalau makan desert, coffee, coffeeccino ke RM9.90.... kata husband, dia terkejut ada orang beli, macam harga Starbucks. Bagi saya dan suami yang ala kadar ni memang mahal. Saya ada pernah sekali minum kat situ coffee secawan dengan harga RM6.90...  Kt Starbucks pun sekali sahaja saya masuk itu pun kerana terpaksan nak guna internet tersangat masa tu.... kalau kat mana-mana cafe penginapan pelajar nasi+telur dadar RM2, nasi+ayam goreng seketul RM3.... 

Apa sangat yang sedap! Ntah la tekak saya tak rasa tak tahu dah nak rasa.... 

Staf dan para pensyarah juga persatuan mahasiswa dan ada juga pihak luar yang bermurah hati bersepakat membantu dan menyediakan makanan percuma kepada pelajar. Allahmdulillah.... sekurangnya dapat membantu menjimatkan kos makan pelajar. Gambar yang di bawah ini dikendalikan oleh persatuan mahasiswa diadakan pada hari Rabu. 

gambar dari aktiviti pelajar

Kawan saya ada bertanya kat USM ada cafe yang semua dikendalikan oleh pelajar, tapi harganya memang di kawal oleh pelajar. Tak boleh mahal. Kalau desert cheese cake ke mesti dengan harga RM5.50. Nak pergi la kat situ. Ntah la! Kata saya sejak jadi pelajar USM tak pernah tahu cafe tu.... Macamana nak tahu jarang la pergi cafe macam tu. Al maklum la bila pergi bawa anak-anak. Kalau makan pun mesti pergi cafe penginapan pelajar, makan nasi campur saja..... hehehe.... Erm.... IsyaaAllah kalau Allah susunkan saya ke sana.... 





Friday, April 1, 2016

Kurma dan Keberkatan Dari Rasulullah SAW

By On 4:52:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... semalam Allah Ya Baari' menyusunkan dan menggerakkan saya ke surau pada Selasa malam. Bila tiba di surau selepas maghrib kuliah sudah di mulakan. Saya mengintai muslimat... Erm... nampak macam ada kelibat muslimah. Masuk sahaja....

Ustz cerita bab hadis Rasulullah.... Malam tadi tentang amalan pemakanan Rasulullah saw.... Intipati yang saya dapat dan dikongsikan bersama Rasulullah saw suka makan kurma muda (ruthob):

1. Kurma muda dengan buah kundur
2. Kurma muda dengan tembikai
3. Kurma muda dengan tembikai susu

Secara jujur saya tak pernah tau makan kurma muda. Buah kundur pun tak pernah makan. Tengok pun rasanya belum gak... Aduyaiii.... peghakkk tul kan... 

Kata ustaz kurma ni ada tiga jenis. Pertama kurma muda (ruthob), kedua kurma yang kita duk makan tu, kurma ajwa... dan ketiga kurma kering. Kenapa kita mesti beli kurma di bumi Mekah dan Madinah adalah kerana untuk mengambil keberkatan daripada doa Nabi saw. 

Kata ustaz lagi tak pa la kalau kurma tu dari Jordan ke dan dibeli di Mekah atau Madinah. Yang penting ada proses timbang semasa kita membeli di Mekah dan Madinag. Proses timbang itu yang didoa oleh Nabi saw dalam mencari keberkatan. Oleh itu, mesti dibeli kurma dari Mekah dan Madinah untuk mengambil kerberkatan daripada doa Nabi.

Kata ustaz lagi apa yang Nabi makan kita makan jer la mungkn boleh dijadikan ubat dan ia baik untuk kesihatan kita.

InsyaaAllah...



Popular

Follow by Email