Enter your keyword

Sunday, February 28, 2016

Gallery Hijau Berbatang

By On 8:59:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم







Gallery Aminah Amani

By On 8:54:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم







Gallery Rabiatul Adawiyah1

By On 8:50:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Bersantai di Akademi Golf





Friday, February 26, 2016

Cenderamata Dari Famf Tower Sampai Ke Teratak

By On 11:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...


Hari Rabu lalu, bila sampai dari rumah saya menjengah peti surat. Erm... ada surat bersampul coklat. Jarang-jarang sekali saya dapat surat sampil coklat. Encik daddy yang bukakan. 


Rupanya souvenirs darai sis Farah FAMF Tower. Terima kasih Farah, hehehe.... cantik dan kiut sangat. Akak jarang guna book mark,,,, bila akak tengok kawan-kawan akak guna memang kemas jer nampak. Bila nak tengok apa-apa matlumat sangat senang untuk dibelek muka surat yang dicari.

Tak sangka dapat dari Farah.... comel sangat. Sayang nak guna. Akak simpan je la, kalau waktu perlu akak akan guna juga. Gigih betul Farah buatkan semua ni, memang Allah Ya Khaliq Ya Baari' Ya Mussowwir bagi Farah benda-benda kreatif ni.


duk berebut dengan anak-anak akak, sampai adik Zara menangis. Akak terus sorokkan. Anak-anak ni tak boleh tengok benda-benda comel. Nak main saja la mereka. Kotak pensel akak asyik hilang jer pen. Adik la memang suka main kotak pensel, semua barang stationary dia nak main. Daripada banyak stationary akak jadi sikit.

Allhamdulillah... terima Farah juga sentiasa datang menjengah blog akak yang merapu meraban ni.... hehehe... eh..... Tapi akak ada bagi alamat ke? Rasa macam tak pernah bagi... hehehe... ntah la memang akak ni jenis pelupa. Tak a la....

Apa yang penting perhubungan virtual yang dijalinkan semoga kekal till jannah. Walaupun kita tak pernah bersua. InsyaaAllah ada rezeki Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami' akan mempertemukan kita, dan semua keluarga besar blogger yang sudi menjengah blog ini. Terima kasih. 

Salam sayang untuk semua. 



Perjalanan Hidup Kita Tak Sama

By On 7:50:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...
Baharu dapt buka blog. Banyak sangat agenda pada pagi tadi. Seperti biasa pergi hantar anak sekolah, terus ke pusat sukan jogging. Lama juga di sana, mandikan bersihkan diri. Dah dua hari guna kemudahan di pusat sukan ni sangat selesa bagi saya. Allhamdulillah. Dengan toiletnya yang besar, ada 3 jenis toilet, mandi, salin pakaian dan tandas biasa. Walaupun sunyi tetapi memberanikan diri jua. hehehe.... "no thinking".


Meneruskan urusan harian, sempat lagi melencong ke car boot car. Meriah sangat. Jamu mata. Baru dapat masuk bilik kat ofis. Allah Ya Fattah Yang Maha Membuka, bukan hijab dan jalan hidup ke ke jalan yang benar, Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq.


Mood duk chapter 4.... semoga cepat habis sebelum September. Banyak kena belajar dan belajar. Saya bukan pandai pun. Dan memang tak pandai. Allah sahaja yang Maha Pandai. Semoga dibuka kan jalan untuk saya memahami apa yang dibuat. Kalau diberi pilihan seperti mereka mahu sahaja meminta dan membayar sesiapa sahaja untuk mengajar saya. Tak apa la memang ini takdir saya. Mohon untuk kuatkan hati dengan penuh kesabaran apa yang ditakdirkan. Allah Maha Mengetahui dan lagi Maha Bijaksana.


Rasa nikmat yang diberi gembira melihat mereka gembira sudah cukup. Senang hati. Bila resah berbicara dengan makhluk Allah yang lain, berbicara dengan Allah, berbicara dengan zikir. Sudah cukup tenang. Hebat sungguh,,,,, Nikmat Allah yang diberi dengan ketenangan hati sangat menakjubkan.

Namun adakala juga, apa yang Allah bagi lihat dan dengar sedikit melemahkan semangat. Kenapa kita tak macam mereka? Kenapa mereka begitu? Kita tak pernah pun ada peluang seperti mereka? Memang itu la syaitan bila ada detikan di hati. Syaitan mula meracuni jiwa. Kuatkan senmangat untuk menjauhi bisikan-bisikan syaitan.


Kerana apa yang Alah takdirkan buat hambaNya adalah terbaik. Kadang kala jika sentiasa fikir kenapa kita begitu dan begitu? Walaupun kita tak tahu sebenrnya orang yang senang itu juga banyak masalah dan dugaan mereka lagi banyak.

Apa yang terbaik adalah hati kita. Jika hati kita ok maka ok lah hidup kita walaupun sesusah bagaimanapun kais pagi makan pagi pun, jika dia rasa itu adalah terbaik baginya. Dia tdak akan rasa membebankan. Dan,,,, gembira lagi tenang mereka hadapi.



~entry pending 2 hari lepas~
Rabu 24/2/16



Tuesday, February 23, 2016

Pulut Kuning Kukus

By On 3:35:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salah satu akak suka makan pulut kuning. Seronok bila tengok pulut ni. Makan pandai mengukus pun kena pandai la. Asyik nak beli saja.


 Pulut direndam dahulu selama 8 jam. Kalau nak betul-betul lembut. Senang untuk dikukus.
Saya terus rendam dengan pewarna kuning. Semasa merendam boleh juga letak asam keping.


Bila dah direndam toskan dan kukus, caranya guna santan, gula dan secubit garam.
Untuk mengukus ni saya buat dua kali angkat. Kali pertama gaulkan santan, gula, sedikit garam dan kukus. 


Dalam 45 minit agak-agak separuh masak angkat, dan masukkan lebihan santan lagi. Kemudian kukus sehingga masak. Saya letak asam keping di atasnya petua untuk pulut tu nampat berkilat.


Sambil mengukus, boleh sediakan telur rambu rambai. Tak kisah la nak guna berapa biji. Saya guna sebiji sahaja. Bagi resepi ni saya guna 500g pulut, 1 peket atau 1 cawan santan, gula 2 sb, secubit garam dimasukkan dalam santan, asam keping, pewarna kuning atau kunyit hidup dan serbuk kunyit dan telur serta pewarna ros.

Telur dicampur dengan pewarna. 1 bahagian origional dan satu bahagia pewarna ros. Goreng seakan telur dadar tapi nipis, selepas tu digulungkan hiris nipis-nipis.


Jogging.... Yeahhh

By On 11:15:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah
Menghirup udara sambil berjogging, sangat menyegarkan. Suami tercinta setia menunggu... hehehe..... Hari ni ramai kat track stadium dan juga ada yg guna track jalan raya. Tak la sunyi sangat kat track jalan. Memandangkan hari ni hari ketiga minggu pengajian bermula. Hari Selasa pelajar tak ada kelas, ramai yang jogging dan beraktiviti sukan yang lain seperti berbasikal pusing UUM.


Selepas jogging join en husband sembang dengan staf yang sama-sama jogging dia cakap ada track baru kat padang golf baru siap. Sekarang ni boleh guna lagi track tu. Tapi bila padang golf tu dah dibuka dah tak boleh guna track tu. Sebab itu track jalan kereta golf yang lalu. Wahhhh..... menarik ni. Encik husband pun dah minat nak join jogging. Ye la kan tiap hari dia duk hantar saya dan tunggu jogging saja.

Memandangkan weigh naik sesangat ni kena la senaman. Semput tak ingat. Buat kerja guna tenaga sikit dah termengah-mengah.

Jom jogging

Jalan kaki pun ok juga janji leh keluarkan peluh jadi la tuk saya yang bam ini....

hehehe

Tips Jogging Supaya Tidak Semput
Pernafasan
Kawal pernafasan anda cuba benafas sehingga dalam perut. Sedup oksigen dan dan kembungkan perut. Semasa anda berlalri teruskan bernafas dengan cara tersebut. InsyaaAllah semakin lama anda jogging senakin laju jadinya.

Selepas habis jogging jangan berhenti mengejut, relex dulu buat senaman ringgan. Takut nanti anda akan pening dan pitam.

Selamat mencuba.



Monday, February 22, 2016

Membisu

By On 1:32:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sesekali hatus membisu. Deringan telefon diangkat. Kenapa dah lama tak dengar khabar. Saya tak ada wasup, say juga jarang menyapa di fb. Mengomen sekali sekali, like ada selalu. Kalau nak bersembang tu saya jarang la. Mungkin yang ada wsup senang nak bercerita dan menegur sapa. Lagi pun saya dah leave group. Smartphone pun belum ada.

google image

Kadang-kadang saya harus membisu untuk diri sendiri. Wadah blog ini yang saya luahkan. Saya selesa di sini. Bukan sombong, berlagak ke apa, tapi saya perlu membisu dari sesuatu yang akan membuat saya berfikir. Saya tak mahu mengusutkan fikiran saya. Clean clean clean hati saya dari berfikir, terkata, terdengar dan sebagainya. Bukan bermakna memutuskan silaturahim. Namun, ruang dan masa, diri dan ilahi yang saya fikir kini. Allhamdulillah. terima kasih. Saya sayangkan kalian. Nak cari saya just sms saya reply call saya angkat... hehehehe....




Perkembangan Anak-anak

By On 12:22:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allahmdulillah...


Anak-anak cinta hati, tapi saya dah lepaskan mereka digengaman saya. Anak saya bukan anak yang bijak dan pandai. Kedua-dua karekter lain. Akak Amani anak sulong saya dah dua bulan masuk darjah 2 dan anak masuk tadika berumur 4 tahun. Saya bangga dengan kakak masuk darjah 2 dia dah pandai buat kerja rumah seperti menggosok pakaian sekolahnya sendiri dan pandai masak nasi. Walaupun dia bukan pelajar yang bijak, dalam mataepelajaran matematik dia belum menguasai nilai sepenuhnya. Tapi saya bersyukur dia dan pandai mengenal Al Quran dan dah boleh baca jawi. Dia selalu minta dengan saya nak baca Al Quran besar, sedangkan saya tahu dia baru iqra' 4. Adakala saya bagi dia baca dan adakala saya suruh dia baca muqaddam. Allhamdulillah dia dah faham dah tahu guna Asmulhusna dalam kehidupan. Nama-mana yang sesuai dengan situasi yang berlaku.


Adik, dua bulan masuk tadika, dah banyak sangat dia belajar. Allhamdulillah. Adik ni cepat pick up. Sejak umur dia sepuluh bulan lebih baru nak berjalan, tapi masa tu dia belum boleh bercakap, dia dah faham apa yang kita cakap. Masa tu saya suruh kakak ambil remote tv, tapi dia yang ambil bagi saya. Namun, kerisauan saya pada adik berbanding kakak. Balik rumah dia dah boleh faham hari apa? Dia memang elert masa cikgu mengajar. Cikgu kata walaupun dia diam tak cakap, bla tanya dia boleh jawab. Kadang-kadang cik kerap tanya dia nak bagi dia banyak bercakap. Balik rumah stu persatu la dia cerita perihal cikgu dan kawn-kawannya kat sekolah.

Bak kata kakak dan daddy kat rumah adik murai kat sekolah adik siput... hehehe

Semoga Allah sentisa melindungi mereka daripada dunia yang hina dan sementara ini untuk mereka faham mereka itu adalah abdi dan khalifah. Hidup hanya sementara, semua yang ada bukan milik mereka hanya pinjaman semata. Cara hidup seorang abdi seperti Rasulullah saw dan khalifah menyambung tugas-tugas Rasulullah, para sahabat tinggalkan dalam apa jua bidang yang diceburi. Itu adalah platform.




Adat dan Kepercayaan Melayu

By On 11:56:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Secara peribadi saya dibesarkan bukan dengan kepercayaan, adat resam Melayu. Seperti contoh tidak boleh letak pinggan bertindan depan orang makan kalau tidak rezeki tak masuk. Saya tersentak bila mana umur saya 23 tahun baru tahu pasal tu. Itu pun ada hamba Allah marahkan saya, padahal pinggan depan saya tu orang lain yang letak. hahaha... begitu rupanya. Contoh lain anak-anak kecil kena pakai tali cacing, walaupun sekarang ni memang jarang dah orang percaya. Sekarang ubat cacing dah banyak. Dan,,,, banyak benar la adat-adat dan kepercayaan Melayu yang saya tak tahu.

google image ini tiada kena mengena dengan topik
Adat Perkahwinan
Bila dan dewasa kini cara fikir saya dah lain, kepercayaan dan adat resam itu memang masih ada dalam masyarakat Melayu sebagai contoh majlis perkahwinan. tetapi adakah masih releven dalam masyarakat sekarang. Memandangkan ekonomi semua meningkat. Kadang-kala membebankan. Walaupun, tunjang utama dalam agama hanya ijab dan kabul. Maka sah la perkahwinan. Kalau naka adakan majlis pun boleh bagi tetamu meraikan dengan sederhana. Kalau praktikkan Islam yang betul memang mudah lagi wastiah.

Modenisasi Mengubah Arus Pemikiran
Namun, meriahan, elegant, penjenamaan, ingatan abadi menjadi impian semua. Majlis kahwin mesti meriah. Mesti sampai mati orang ingat. Padahal, pada hari perhitungan kelak Allah tanya semua tu? Tidakkah pernah terfikir? Mungkin itu bukan kesalahan melebih-lebih dan bermewah-mewah adanya. Yang penting niat sesebuah perkahwinan itu untuk membina masjid. Membina masjid itu meramaikan umat Rasulullah saw. Supaya di masjid penuh dengan uamatNya yang bertqwa.

Tidak Boleh Duduk Atas Bantal
Berbalik kepada adat dan kepercayaan. Masa kecil saya cuma tahu tidak boleh duduk atas bantal nanti naik bisul. Simbolism itu sebenarnya supaya bantal itu tidak koyak. Kalau masa dahulu, susah nak dapat bantal kena cari kekabu dan sebagainya.

Namun, jika ada dan kepercayaan itu tidak bercanggah dengan ajaran agama dan tidak tersempang dari akidah ia tiada masalah untuk diamalkan. Bak kata pepatah Melayu Adan dan Budaya jangan ditinggalkan.

Bila dikaji adat-adat dan keparcayaan ini memang seronok untuk pengetahuan dan pengembangan ilmu baharu saya yang dangkal ini. Namun, bukan menjadi ikutan. Tersalah ikut dan percaya boleh mendatangkan syirik.

Berhati-hati dalam kepercayaan tersebut.



Universiti Di Rimba Hijau

By On 10:08:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah
Dapat menikmati dan menghirup udara segar sambil jogging di universiti di rimba hijau UUM. Janji berpeluh ok la labuuuu.


Taman Rusa


Nikmat Allah yang dikurniakan dengan tulang empat kerat yang masih berfungsi sudah cukup bagi saya. Namun, apa yang saya mohon sepertimana pepohon menghijau itu memberikan oksigen kepada manusia semoga saya dapat berbakti kepada manusia dengan tulang empat kerat ini.


Al Nafi'
"Ya Allah Ya Nafi' Engkau Yang Maha Memberi Manfaat, jadikan aku hambaMu yang dapat memberi manfaat kepada makhlukMu dalam apa jua bidang atau dengan tukang empat kerat ini sepertimana Kau jadikan tumbuhan menghijau ini memberikan oksigen kepada manusia". 





Sunday, February 21, 2016

Rezeki Allah Yang Luas

By On 7:39:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sekarang femes dengan isu 3D, sana sini duk cakap pasal ni. Tak pa la semua yang berlaku ada hikmahnya. Ada la tu apa Allah nak cakap dengan kita. Dengan keadaan sekarang di akhir zaman bagi saya apa jua berlaku back to Allah. Allah dah cakap dah masa di akhir zaman akan berlaku huru-hara, fitnah-memfitnah, penindasan, pemberontakan, peperangan, kezaliman dan sebagainya. Memang zaman kita sekarang ni!

Ayuh kita bangun wahai hamba Allah sekalian untuk kita mendekatkan diri kepadaNya. Saya cuma hambaNya yang jahil lagi fakir. Cuma mahu sarankan ju, dan saya juga sama dalam proses kenal Allah.

Bergantung dengan Allah Seratus Peratus
Percayalah Rezeki Allah Sangat Luas

Ada jiran bagi ikan, Saya pun tak tahu ikan apa. Yang pasti itu Allah bagi! Terima kasih Ya Allah Ya Razzaq. Tak kisah la apa pun nama ikan tu,,, apa nak dikisahkan apa yang Allah bagi. Memang kami ketidakcukupan, bulan ini banyak komitmen, bengkel, Penang dan Penang dan juga balik kampung.


Jangan salah sangka, bukan saya nak takbur, tapi saya cuma nak anda rasa yang Allah dekat dengan kita lebih dekat dari urat leher kita. Bergantunglah denganNya seratus-peratus. 

Di akhir zaman ini, tiada apa yang hendak dikejar lagi bukan harta, bukan wang ringgit, bukan pangkat dan darjat tapi kecintaan pada Allah Ya Waddud. 

Maafkan saya kalau entry ini membuata anda rasa tersinggung say mahu mengajak anda semua untuk meraih cinta Allah.


InsyaaAllah


Allahu

Semoga Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq sentiasa mengasihi mereka dan dimurahkan rezeki....




Subhanallah Hebatnya Dia

By On 7:05:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...
Subhanallah, terima kasih Ya Rabb

sumber google

Apa berlaku saya sudah semakin matang. Bab kata AkuPenghibur salah satu tanda-tanda kematangan tidak mudah cepat melatah dapat mengawal perasaan. Sebelum ni memang saya jenis emosi. Bila dapat mengawal emosi.... perghhh rasa satu macam yang mengembirakan sangat! Bak kata retis tak cepat melatah.

hikhik

Betul la, the power of zikir. Baca sini dan sini. Semoga kita semua diberi sentiasa kekuatan untuk mentaatiNya, mengingatiNya, menyebut-nyebut namaNya...

InsyaaAllah apa jua masalah mendatang, tentu beres. Tapi ada juga yang tak beres, walaupun tak beres. tetap hati rasa beres dan tenang.

Tak caya baca sini!. Hakikatnya hidup saya seorang hamba.

Kesulitan, kesempitan, itu adalah bunga hidup. Tanpa rasa bermasalah, stress, huru-hara, marah, geram, gelisah dengan menyeru namaNya, ketenangan yang di cari akan menjelma.

Allahuakhbar, indahnya bagaimana

Kesempitan itu terasa lapang,
Kepanasan itu terasa dingin,
Kepayahan itu terasa senang,
Kejauhan itu terasa dekat,
Kesulitan itu terasa mudah,

Hakikat hidup sebagai hamba, untuk menjadi hamba pun saya belum lepas, tapi on going dengan apa yang dilalui ini mematangkan saya, menguatkan keyakinan saya terhadap Ilahi.

Seronok dan tenang sangat

Ingat!

"Allah itu dekat dengan kita lebih dekat adri urat leher"


sumber google

Apa yang berlaku Allah mahu hapuskan dosa kita menambahkan pahala kita, menaikkan mangkat kita dekat denganNya, kera Dia Ya Qareb Yang Maha Dekat selalu menarik kita dekat denganNya dengan ujian yang diberikan.

Yang penting itu tanda Allah sayang kita.

Itulah Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Waddud..

Allhamdulillah....




Baik Dan Buruk Perbuatan Manusia

By On 12:50:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allah Ya Baari'
Dia Yang Maha Mengarur.
Aturan hidup Dia yang aturkan.


Adakah perbuatan jahat yang dilakukan jua Dia Yang Mengaturkan?

Selalu diajarkan 
"Yang baik dari Allah, yang buruk dari kita"

Memang manusia ni lemah, sehebat mana pun manusia dia tetap hamba yang lemah. Tiada yang hebat selain Allah swt. 

Jadi yang buruk itu adakala dari perbuatan mansia sendiri. Manusia diberi akal yang waras untuk menentukan yang mana baik atau buruk.

Dan akal itu, ada nafsu. Jika pilihan dibuat berlandaskan nafsu, buruk jadinya.

Macamna pula kalau tiada pilihan terpaksa melakukan jua perbuatan buruk?
Soalnya, perbuatan itu, adakah memudharatkan atau boleh membawa kepada kematian?

Jika boleh membawa kepada kematian, ia dibenarkan dilakukan walaupun haram. Seperti contoh jika manusia itu tersesat di dalam hutan, pada masa itu, tiada apa yang boleh di makan, pohon kau berrbisa, tanpa air, diharuskan untuk memakan daging yang haram bila masa keadaan itu tiada pilihan terakhir.

Bagaimana pula dengan perbuatan baik buruk dalam kehidupan seharian?
Sepertima mencuri untuk makan???




Nilai Sebuah Keberkatan

By On 9:40:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Apa itu nilai?
Apa itu keberkatan?


Dua perkataan yang selalu bermain di benak fikir. 
Naum apakah dipraktikkan?
Atau juga tiada tak tahu tak faham dengan dua perkataan ini.

Seringkali kajian dilakukan tentang nilai itu dan ini.
Pelbagai pengukran yang digunakan

Namun,
bagaimana pula erti keberkatan?
Dapatkah ia diukur?
Bagaimana untuk mengukurnya?

Menyelak maksud di sebalik nilai dalam dewan bahasa dan pustaka keempat berkait dengan humanism ia beerti sifat kemanusiaan, kefahaman, kepentingan dan maruah manusia.
Selain itu, dari aspek pensekularan ia lebih kepada nilai-nilai agama, dalam konsep lain nilai beerti nilai dalam wang, etika, kesopanan dan nilai moral. 

Keberkatan apa pula yer?
Daripada kata dasar "berkat"
Bemaksud, rahmat, restu, kurniaan, kemuliaan, suci, mulia, afwah.
Bagaimana pula untuk mengukurnya?
Yer, memang susah diukur dengan pandangan mata kasar ia boleh dinampak kita kehidupan sesorang itu bahagia, murah rezeki kurniaan Allah swt. 
Namun, dapatkah itu betul-betul diberkati oleh Allah swt?

Sebagai contoh, orang kafir juga kaya raya murah rezeki, ong katanya. Adakah ia berkat?
Persoalan ini hanya Allah swt sahaja yang tahu!

Ada orang kata ini tak cukup itu tak cukup buat apa la gaji dia? mesti kerja tak berkat!
Bagaimana nak ukur itu, dia hanya mengukur daripada pandangan zohir bukan pandangan bathin. 
Pandangan bathin itu hanya akan dibukankan kepada orang-rorang tertentu sahaja iaitu orang yang bertaqwa kepada Allah swt. Dan mungkin salah dan betul pandangan zohir manusia. Seoerti yang dinyatakan tadi, hanya Allah yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. 




Popular

Follow by Email