Usaha Kejayaan dan Kekayaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Saya nak kongsikan sesuatu yang menarik tentang Usaha dan Kejayaan dan Kekayaan...

Betapa hebatnya Allah Ya Adl Yang Maha Adil ni.... Allah akan berikan kepada sesiapa sahaja kejayaan dan kekayaan kepada mereka yang nak dengan disusuli usaha.....

google image

Usaha itu sebenarnya datangnya dari Allah. Niat dan kehendak juga datang daripada Allah swt yang diilhamkan mungkin daripada observation, pengalaman lepas, pengalaman individu dan sebagainya yang menjadi sumber inspirasi.... cantiknya taman bunga di atas begitulah keadilan Allah kepada sesiapa sahaja hambaNya tidak kira bangsa, agama, keturunan......

Dengan itu, dengan bermula daripada niat dan kehendak, Allah akan tunjukkan jalan usaha,,,, Jalan usaha itu ada pelbagai cara, untuk memulakan langkah tersebut..... Setelah itu, sesorang itu akan berada dalam tangga usaha..... Usaha itu adalah perbuatan Allah yang dizahirkan kepada individu yang mempunyai kehendak tadi..... Apa, pun jalan yang terhidang di hadapan mata kita, namun, jika kita tidak bertindak dengan luar biasa ia takkan nampak hasilnya.

Percaya lah,

Tindakan luar biasa hari ni akan membuahkan hasil di kemudian hari. Saya percaya! Dis 2012 saya daftar sebagai pelajar sepenuh masa sehingga 2020 baharu dapat tamatkan pengajian. Sangat stuggle, bermula daro sero, tak tahu tentang PhD tu apa? Sebab saya sebelum tu buat research dalam bidang saya guna kan metod kaulitatif, bila dah masuk UUM, influence daripada senior dan saya juga nak belajar tentang metod kuantitatif. So, kena belajar dari 0... Banyak cara la saya belajar dan saya ni bukan berasal dari pelajar yang pandai 3.8 atau 4 flat. Tengok nombor pun saya dah pening apa tah lagi nak collect data dan analisis data.


Guru Yang Betul

Saya percaya dengan ada guru yang betul akan mudahkan proses pengajian dan dapat guide kita dengan betul. Malangnya, guru saya juga dari metod yang sama dengan saya iaitu kualitatif sebab kami sama-sama bidang filem. Banyak try n error yang saya hadapi, turun naik pejabat pendidikan nak ambil data. Hubungi Putrajaya dan sebagainya semuanya gagal. Saya memang terkapai-kapai masa tu. Masa berlalu begitu sahaja dari satu sem ke satu sem... Sehinggalah dapat jalannya, saya dapat collect data daripada wilayah saya mereka yang suka menonton filem seram. Padahal benda tu mudah sahaja, memandangkan tiada pengalaman dan bimbingan yang tepat ia buat saya try and error. Dah ada data, saya cepat je analisis data, sebab dah ada guru yang betul masa tu.... Namun, ada lagi cabarannya. Dan sekali lagi saya stuck disebabkan data result yang banyak tak signifikan. Dan, sekali lagi saya terkapai! guru yang pernah saya belajar itu hanya saya pergi bengkel sahaja. Penyelia saya tidak tahu tentang software yang saya gunakan.... It's ok saya memang struggle sendirian... Sampai dah tak tahan, akhirnya banyak juga air mata gugur, masa tu mengandung kat Jannah... selepas bersalin pun macam tu juga.... still buat corrrection untuk submit tesis saya. Akhirnya tahun 2018 saya submit tesis untuk viva. Dan resultnya, saya kena reviva, diberi temph setahun untuk membuat pembetulan.

Sedih

Sapa tak sedih bila dapat result reviva, tapi saya ni cepat bangkit. Dalam 3 jam jer saya sedih lepas tu saya wake up dan clean up kepala otak saya, terus bangkit... Apa saya nak buat next.... Masa tu tak fikir dah apa! terus je perjalanan hidup ni, apa nak jadi, jadi lah. Ada kelebihan juga bila reviva ni! Saya boleh terus discuss direct dengan kedua-dua penilai dalaman untuk betulkan mana yang salah. So, masa tu penilai dalaman pertama tak dapat nak join discussion, saya discuss dengan penilai kedua. Sebab penilai kedua yang bagi saya reviva. Penilai dalaman pertama bagi saya major correction. Dan... penilai luar bagi saya minor correction. Disebabkan pengerusi pun sokong kepada re-viva dan wakil dekan pun minta re-viva... So, result yang saya dapat 3-2 maka kena lah saya re-viva. 

Saya re-viva sebab pengerusi tak sokong dengan variable "nilai agama" yang saya kaji. Sedangkan dalam kajian tesis saya "nilai agama" itu adalah dependent variable kajian saya! So, terpaksa dikeluarkan. Pengerusi argue kenapa saya pilih sorotan kajian luar terhadap "nilai agama" ni ikut Barat. Sedangkan ada saja LR saya ikut Islam... Nilai Agama kot! so, konklusi dia marah saya sebab saya merujuk kajian Barat! 

Masa pertemuan dengan penilai dalaman kedua, dia minta maaf kat saya, sebab terpaksa bagi saya re-viva! katanya sebab pertama pengerusi tak suka "nilai agama" kedua, sebab kesimpulan saya dibuat secara umum! dua sebab itu mereka memutuskan supaya saya dire-viva!

Korang rasa logik ke re-viva sebab dua perkara itu! Penyelia pertama saya, cakap dia tak mampu nak tolong saya, sebab dia tak tahu tentang kuantitatif. Tapi saya ada penyelia kedua yang tahu tentang kualitatif, malangnya dia tak mahir dengan software terkini SMart PLS yang saya gunakan, so dia pun tak mampu nak bantu saya dalam analisis data. Semasa saya mahu namalisis data, saya hanya bergantung kepada guru-guru daripada bengkel yang saya masuk! Sekarang baharu saya faham tentang guru yang tepat yang boleh guide kita untuk membuat tindakan yang betul!

Akhirnya, hampir setahun buat pembetullan, saya berjaya siapkan. Saya disuruh tambah metod kualitatif, temuramah dengan 4 orang pakar yang saya pilih untuk support variable yang saya pilih. Saya kena buang data saya, dan run semula. Untuk buang data, dan bila buang data saya melakukan proses awal, clean data sebelum dianalisis. so, take time punya proses. Saya bersyukur saya dapat 4 orang pakar dengan mudah! untuk ditemuramah. Allhamdulillah. Kalau difikirkan saya tiada berdaya nak buat semua tu.


"kerana kita tiada daya melainkan dayaNya"


Sabar, Cekal, Don't Give Up!

Akhirnya dapat juga saya sumbit kali kedua tesis tersebut! Dan kalau tak silap saya pada 26 Oktober 2019 saya re-viva dan lulus minor correction tapi diberi tempoh pembetulan 8 bulan. Kat USM ni pelik sikit walaupun minor correction tapi masa pembetulan yangdiberikan tu lama. So, bulan November saya dah siapkan pembetulan bab 1, bab 2, bab 3 dan 4 dihantar ke kedua-dua penyelia saya! 

Namun, penyelia pertama saya tak sempat nak tengok. Dia terlalu sibuk semester tersebut. 

Malangnya, bulan November 2019 juga, saya dipanggil oleh pendaftar dan diberi taklimat bahawa saya dan shabat saya yang lain akan diterminate kerana sudah melebihi tempoh pengajian. Akhirnya, notis diberikan 3 minggu sebelum tarikh diterminate diterima oleh kami semua by hand. Dalam masa tiga minggu tu, jadual saya terlalu pax, banyak kerja yang saya kena siapkan. Ingatkan bila saya dah buat surat rayuan daripada diberhentikan kerja saya dapat diterima. Namun, langsung tidak diterima. Rugi snagat saya rasakan sebab cuti saya pun masih banyak masa tu. rugi betul rasanya saya tak ambil semua cuti tersebut, sebab dengan harapan menggunung untuk terus diberi peluang berkhidmat semula. Namun langsung pun tiada yang mampu menyuarakan hal saya masa tu! Hiba juga la rasanya. 

Kerja saya banyak masa tu, saya diminta membantu rakan menyiapkan kerja rakan tersebut, disebabkan rakan tersebut tak mampu nak buat kerjanya sendiri. Dengan suka rela saya buat, walaupun  saya tak tahu nak buat, tapi niat membantu dan nak belajar tu saya buat juga. Saya kena pergi ke Langkawi masa tu iringi pelajar. Dua-dua tu task terakhir saya sebelum diberhentikan kerja. Kali pertama dalam hidup saya juga pergi bekerja sendirian. Jika selama ni saya akan pergi dnegan suami saya. Tapi mengenangkan duit tak cukup hanya mampu untuk saya sahaja, so saya sendirian ke sana. 

Perjalanan Yang Mesti Diteruskan Selagi Benyawa
Bila dah diberhentikan kerja, mak ayah suruh saya dan family balik kg. Kat kampung lagi la struggle, memandangkan saya dan suami memulakan hidup baru tanpa ada pekerjaan. Tapi nasihat saya, kalau keluarga kita betul-betul support beri dorongan ikut la mereka, tapi kalau mereka merungut je selalu, haduiii... pening la saya. 7 bulan juga saya kat kampung. Tersangatlah stress dnegan situasi tersebut. Hampir tiap hari menangis dan menangis, buat apa pun tak kena. Apa suami buat pun tak kena. Kerja ini tak kena marah kita! 

Tak apa la itu cabaran hidup saya! 

Sekarang saya yakin, daya dan usaha tersebut akan menggapai jalan kejayaan walau macam mana berliku jalan kita dan akhirnya akan mengecapi kekayaan yang di mahukan individu tersebut.....

Itulah menandakah Allah Ya Adl kepada sesiapa sahaja yang ada niat+usaha+kejayaan=kekayaan....

Bagi kita umat Islam formula yang harus ditepati:

Doa+Niat+Usaha+Kejayaan+Doa (Tawalkal)

Mula dengan doa dahulu... doa supaya niat yang kita buat tidak tersasar! dan berakhir juga dengan doa dan tawalkal..... Namun harus diingat juga sepanjang usaha dan kejayaan itu, doa tidak berhenti diutuskan..... doa itu meliputi semua amalan kita untuk mendapat keredhaan Allah swt.... 



8 comments:

  1. Btol, kena betulkan niat. Nk kaya sbb ape? Sbb nk bhgikan rzeki dgn org org skeliling. Itu bgus :)

    Ni nk kaya sbb ape? Sbb nk pkai kete mewah, nk rumah besar, nk pegi sane sini. Bile time mnolong, tgkkkk aje --'

    ReplyDelete
  2. betul tu sis... setelah berusaha bersungguh2, DOA adalah sbgi pelengkap..mudah2an Allah memberkati setiapa usaha yg kita lakukan...

    ReplyDelete
  3. SEGALANYA DGN HIDAYAH ALLAH SBB KITA TIADA DAYAUPAYA

    ReplyDelete
  4. subhnallah hebat penulisan neh...suka

    La Hawlawala Quwwatailla Billah!

    ReplyDelete
  5. bagus sebab sangat memberi inspirasi
    betul tu..yang penting percaya pada Nya, usaha, doa dan tawakal
    jangan give up
    akhirnya kejayaan pasti diraih :)

    ReplyDelete
  6. org yg berusaha pasti tak disia-siakan-Nya...alhamdulillah... sy doakan yg terbaik utk sis!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.