Diari Saya Pagi Ini

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sayang...

Pagi ni mmg lemau sgt selepas solat solat sunat yang patut tunggu subuh, lepas subuh saya rasa sangat tak berdaya terus terlelap kejap....

Masuk ofis dah lambat la hari ni.... En husband ok saja sebab dia masuk keje pukul 9.00....

Adik Zara
Adik lak, buat hal nak suruh saya hantar kakak ke seolah dulu, puas saya bagi alasan,,,,
Laluan kami, mula-mula sampai sekolah kakak, sampai tempat kerja daddy, last sekali taska adik.....
Adik ni, dia tak percaya kakak ada sukan kat sekolah (terpaksa cakap kakak ada sukan, sebab kakak pakai baju biasa) kalau tak bila dia tahu kaka duk ofis saya, dia memang tak nak pergi taska.... kelmarin pun dah tak pergi taska....

Dia nak juga suruh hantar kakak ke sekolah dulu, katanya "adik nak lambat".... maksudnya dia suruh saya hantar dia akhir sekali..... sampai kat taskanya, dia tak mahu keluar kereta.... terpaksa saya panggil cikgu dia! Dua orang cikgu dia datang dukung dan ambil beg sekolahnya.... sambil cikgunya dukung sambil dia mennangis "nak mama"..... memang kena buat hati kebal!! terus saya berlalu pergi.... Dia, kalau dengan cikgu nya ok saja... nangis kejap jer sebab dia malu.... tu saya tak risau sangat!

Pergi breakfast dengan kakak, then pergi library... dua-dua bilik bacaan kat library penuh dengan student... bilik kat atas saya suka sebab ada toilet dan surau.... tapi penuh... turun kat bawah penuh juga, ramai parents bawa anak-anak... ye la kan cuti sekolah..... anak2 pun terpaksa ibuk mak ayah ke ofis... terpaksa lah berlalu pergi, drive ke ofis pula.... duk ofis ajer la kakak, walaupun sunyi!.... kakak student indo tu, "sharing meja aje akak"... kalau ada space memang nak sharing meja, tapi space dan extension cable full digunakan.... xde ruang nak sharing meja... Allah Ya Baari'...

Motivasi pagi ini tuk saya:

"work hard and smart Sheila, if you want to success in your life, Allah and Rasul didahulukan" suami dan keluarga, serta ummah.... perjuangan harus diteruskan walaupun apa terjadi, jangan pandang belakang"
google image : Allah Ya Baari'

Walaupun sekarang saya dah kurang bersosial (membuat kerja amal untuk ummah), insyaaAllah saya yakin suatu masa kelak Allah akan susunkan untuk saya.... Rindu dengan semua tu, tapi saya tidak berdaya. Saya serah saja pada Allah Ya Baari'....




3 comments:

  1. Smart adik ni dia ada sense yg kakak mesti akan ikut mama pergi kerja..
    Sebab itu dia nak ke taska lambat. Alahai adik...

    ReplyDelete
  2. suka dgn keletah anak2 kecil sheila yg bijak ni

    ReplyDelete
  3. elok untuk mek jugak ni. baru lepas kene marah dengan boss --' tp flaws dari kita sendiri, so tak boleh nak cakap ape.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.