Cuti Sekolah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, curi sekolah dah bermula.... anak-anak, awal-awal lagi dah bising nak berjalan. Kata saya, tak boleh pergi mana.... mama kerja, banyak kerja mama belum siap. Lagi pun kita x cukup duit nak berjalan atau nak bercuti.....

Kakak duduk la ofis mama, buat kerja kat ofis mama yer. Adik pergi sekolah. Masalahnya adik memang tak boleh tahu kakak cuti..... harus le kena cakap kakak ada sukan kat sekolah (tak pakai uniform sekolah) sebab kalau adik tahu kakak cuti harus dia tak nak pergi sekolah juga. Bising kat bilik ofis mama nanti bila dua orang dah serbu....

Kalau seorang ok lagi, jangan ada berdua! 


Hari ni, kakak duduk je la kat ofis mama buat kerja sekolah.... Buku teks untuk tahun hadapan cikgu dah bagi buat ulangkaji dan latihan...

Kalau difikirkan memang kesian pada anak-anak, tapi nak buat macamana kan ini dah bahagian kita. Mama pun tak boleh nak fikir untuk bercuti ke apa.... Tiada daya bagi mama.... tak apa lah kakak adik sekarang ni memang kita susah, insyaaAllah ada rahmat semua ini.... selagi mama tak habis belajar memang macam ni  hidup kita terpaksa hadapi.... 

Tadi, bila ke toilet jumpa rakan, dia ada bertanya cuti sekolah pergi mana?

Saya kata, tak apply cuti pun... cuti saya ada 6 hari lagi, rasanya forward saje ke tahun hadapan! selagi tak siap belajar ni tak boleh nak fikir berjalan.... hukhuk..... banyak betul yang nak di settle kan.... keterbatasan kewangan yang ada terpaksa diambil kira dalam membuat apa-apa hal..... apa pun bersyukur apa yang ada.... 

Allhamdulillah.... 




Previous
Next Post »

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment