Bila Sakit Baru Nak Zikir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Erm.. memang kat ofis sunyi sepi.... hari ni saya hanya terserempak seorang kawan sahaja selepas hantar adik ke taska tadi.... walau pun level saya agak full, masing-masing dengan bilik masing-masing dan kerja masing-masing..... Memandangkan hari Selasa tak ada kelas, lagi kesepian bangunan ofis saya. 


Malas nak keluar makan, pukul 3.30 baru keluar makan.... perut dah rasa lapar, kakak pun dah lapar harus kena keluar juga. Bila masuk ofis semula kakak tanya "mama ada tasbih tak" saya cakap "ada, kenapa" "kakak nak zikir, sakit tangan"..... "erm... pandainya, tapi bila sakit baru nak zikir"... kekeke.... "kakak zikir selalu la mama"..... saja nak uji dia!


Saya tanya "kakak zikir apa?" "kakak zikir Ya Salam Ya Fattah la"..... hehehe..... cleaver girl! 

Walaupun tak sakit kena zikir selalu... pokok-pokok dan haiwan tak pernah pun berhenti zikir tau.... kita jer selalu lupa nak zikir.....



Powered by Blogger.