Sedekah Ketika Kesempitan Banyak HikmahNya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ingatan buat diri sendiri
Sedekah ketika kesempitan itu Allah akan melapangkan kesempitan tersebut walaupun dengan senyuman....


Allhamdulillah....

Sedekah itu dalam pelbagai bentuk!

Walaupun dengan senyuman, itu juga dinamakan sedekah. Senang kan nak buat! nak atau tak nak jer... tapi saya yakin kita semua tak lekang dari senyuman. Susah ke senang kita tetap tersenyum. Adakala, berat untuk melaksanakan ia walaupun dengan sekuntum senyuman! 

Sedekah Sekuntum Senyuman

Ye la, diri sendiri tak perfect kan, tak kan nak senyum je sepanjang masa, kang giler lak orang kata. Tapi, jangan fikir apa yang orang kata. Janji Allah tahu niat kita. Yang masalah, selalunya kita selalu ni selalu fikir apa orang kata? apa orang kata? secara tak langsung ia lekat kat kepala dan tak baik untuk tumbesaran anak-anak juga. Anak-anak selalu diajar nanti apa orang kata! Kita jarang didik mereka apa Allah kata! walaupun cuma sekuntum sedekah didik la mereka sentiasa senyum, biar apa orang nak kata asalkan Allah bagi kita pahala dengan sekuntum senyuman yang ikhlas. Biarlah senyuman itu tak terbalas, jangan hirau kan apa orang kata, fikir apa Allah kata!

Seperti mana, Abu Dzarr berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Senyummu kepada saudaramu ialah sedekah bagimu; kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah sedekah; kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah; kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah bagimu; kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.” (HR Tirmizi)


Sedekah Boleh Hindarkan Bala

Teringat satu kisah, kata beliau, mungkin dengan sedekahkan tersebut, membuatkan beliau terselamat daripada kemalangan tersebut. Sedangkan keretanya total lost. Allahuakhbar... besarnya nikmat sedekah! mampu mengelakkan kita daripada bencana dan bala. Polis, tak percaya bahawa beliau ok dan tak ada apa-apa, sedangkan kereta memang rosak teruk. 


Sedekah Meluaskan Rezeki

Sepertimana Firman Allah SWT dalam Surah al-Saba’ ayat 39 yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”

Perkara itu dijelaskan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tangan di atas (yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).” (Riwayat al-Bukhari)

Jenis Sedekah: 

  • Sedekah Senyuman
  • Amar mahruf nahi mungkar
  • Tolong selesaikan masalah orang lain
  • Membuang perkara atau benda yang menghalang di jalan
  • Sedekah wang / harta bagi yang berkemampuan
  • Khidmat masyarakat 
Sedekah Senyuman sepertimana yang dinyatakan di atas.
Sedekah juga boleh dalam banyak keadaan mengikut kemampuan setiap orang. Jika tidak mampu, dari aspek kewangan atau meterial, kita juga boleh melakukan sedekah dalam bentuk menjadi pendengar yang baik, seterusnya boleh membantu memberi pandangan setrusnya mampu menyelesaikan masalah orang. Sebagai contoh melakukan gotong-royong, melawat rumah anak yatim dengan memberi sumbangan tenaga mengajar mereka, meluangkan masa dengan anak-anak yatim serta mereka yang bermasalah, memberi ruang mendengar masalah mereka yang memerlukan kita dan sebagainya. 

Sumber: google image
Sumber google



Infaq Tenaga

Selain itu, kita juga boleh jadikan rutin mencuci kain telekung solat di surau-surau atau membersihkan surau dan seumpamanya. Banyak khidmat masyarakat yang boleh kita amalkan dengan tenaga empat kerat kita. Ada juga yang membantu memberi makan kucing dan binatang keliaran. Allahu sungguh mulia perbuatan itu. Ia sedikit sebanyak memberi keinsafan tuk saya juga. Berkongsi rezeki akan menambahkan lagi rezeki kita.

Khidmat Masyarakat

Tidak berkurang rezeki kita jika kita ikhlas berkongsi rezeki dengan makhluk Allah swt. Perbuatan kita yang sedikit mampu memberi manfaat kepada orang lain, walaupun kita cuma menolong membuang benda yang menghalang di jalan raya seperti ranting kayu dan sebagainya. InsyaaAllah setiap perbuatan kita yang disulami dengan rasa ikhlas untuk semata mencari redha Ilahi akan memberi keberkatan dan rahmatNya. 


Apa lagi, kalau mereka yang berkemampuan dari aspek meterial, sangatlah bertuah dapat menyalurkan derma dan mengifaqkan kepada mereka yang memerlukan sangat la baik dan lagi besar pahalanya. 

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima

Allah Ya Adl

Sebab itulah dalam bulan Ramadhan yang mulia, Allah swt tidak memandang hambanya berharta mahupun tidak. Mereka yang kurang dari sudut meterial juga mampu mendapat pahala puasa berganda dengan memberi makan sebiji kurma atau seteguk air kepda mereka yang berpuasa. Allahu, Itu menandakan Allah Al Adl Yang Maha Adil. Allah tidak memandang banyak mana hambanya memberi Allah memandang keikhlasan hati hambanya. sungguh beruntung mereka yang mampu menginfaqkan harta ke jalan Allah. Sebab itu juga, kita disarankan meminta dunia dan akhirat namun, jangan ada secebis dunia di dalam hati nurani kita. Itu yang selalu membuatkan kita tewas dengan dunia. YE! betul... bila dunia dah di depan mata, ia mampu menggongcang iman. Bak kata pepatah "tepuk dada tanya iman".... Sebaiknya sedekah sedekah Subuh kerana ia pembuka rezeki. InsyaaAllah sama-sama kita amalkan.

Semoga kita meletakkan diri kita di atas jalan yang benar, jalan Allah di atas landasan Ihsan, Iman dan Islam. InsyaaAllah, Semoga kita semua istiqamah dan jadikan infaq sebagai amalan dalam kehidupan kita. Saya doakan kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Mujib.  




2 comments:

  1. Terima kasih ingatkan. Semoga kita terus rajin bersedekah dan diperluaskan rezeki kita. Aaminn

    ReplyDelete
  2. Banyak cara untuk kita bersedekah ni sebenarnya kan... Semoga kita semua rajin bersedekah dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.