AYIFF 2016 PLATFORM IKTIRAF PENGGIAT SENI INDIE

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mengiktiraf bakat dan hasil karya penggiat seni Indie khususnya pada Asian Youth Indie Film Festival 2016 (AYIFF’16) yang akan berlangsung mulai 5-7 Oktober di UUM.

AYIFF 2016 merupakan anjuran kali kedua oleh UUM menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) dengan kerjasama Pusat Pengajian Komunikasi, Teknologi dan Multimedia (SMMTC).

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, AYIFF penting dalam mengetengahkan hasil kreatif kerja penggiat seni Indie yang terdiri daripada golongan muda.

Menurutnya, festival itu merupakan satu penghargaan kepada hasil kerja pelajar dan penggiat seni Indie menerusi filem dan animasi, di samping mencungkil dan mengasah bakat tenaga-tenaga muda.

"AYIFF juga menjadi satu-satunya platform yang mengiktiraf penggiat-penggiat seni Indie di Asia.

"Ini adalah suatu praktis tulen untuk pelajar-pelajar, pensyarah dan penggiat industri bergabung dalam usaha menguruskan majlis dan mengiktiraf penggiat-penggiat filem baharu di negara Asia," katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific, pagi tadi.

Antara penggiat Industri Kreatif yang akan menjayakan AYIFF 2016 ialah Tan Sri Johan Jaafar, Ketua Panel Juri; Artis kesan visual, Azim Hulaimi; Penulis lirik lagu, Habsah Hassan; Pengarah filem, Mamat Khalid dan ramai lagi.


Festival ini akan dibahagikan kepada empat program utama, iaitu Pertandingan dan Anugerah Filem Indie, Bengkel Kreativiti, Forum Industri Kreatif dan Sesi dialog (mini seminar).

Manakala sebanyak sembilan (9) anugerah akan dipertandingkan iaitu Best Narrative Film, Best Documentary Film, Best Animation Film, Best Music Video, Best Public Service Announcement, Special Jury Award, Promising Young Minds dan Special Award (anugerah untuk negara bukan Asia).


AYIFF 2016 juga memperkenalkan Anugerah-anugerah khas Youth Film Icon 2016 bagi Promising Lead Actress, Promising Lead Actor dan Promising Lead Film Director.

Sebanyak 61 penyertaan diterima pada AYIFF 2016 yang merangkumi karya-karya kreatif tempatan seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Manakala penyertaan luar negara ialah Maejo Universiti, Thailand; Institut Seni Budaya Indonesia, Bandung; Columbus College of Art and Design, Ohio USA; dan Universiti of Liberal Arts, Bangladesh.

Tiket berharga RM5 boleh didapati di AYIFF GALA NIGTH



No comments

Powered by Blogger.