Enter your keyword

Wednesday, September 28, 2016

UUM Pilihan Raja Ilya Lancar Richiamo Coffee Pertama Di Malaysia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi pilihan pelakon terkenal, Raja Ilya Raja Mohamad untuk melancarkan cawangan pertama Richiamo Coffee di Malaysia yang beroperasi di Varsity Mall sejak Ogos lalu.

Raja Ilya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Richiamo Coffee berkata, UUM yang terletak di kawasan utara tanah air dipilih sebagai cawangan pertama di Malaysia memandangkan dia merupakan anak kelahiran utara iaitu Ipoh, Perak.

Katanya, idea untuk membuka Richiamo Coffee yang berkonsepkan kafe premium itu tercetus setahun lalu kerana dia sendiri merupakan penggemar kopi asli dan berpendapat ia masa yang sesuai untuk menceburi dalam bidang perniagaan itu.

"Richiamo Coffee bukan sahaja menyediakan kopi premium berkualiti pada harga berpatutan yang mampu dinikmati golongan pelajar dan pensyarah, malah memberi peluang kerjaya kepada pelajar di UUM dengan bekerja di kafe ini.

"Kita memberi pengalaman kepada mereka untuk mempelajari dunia perniagaan, selain menjana pendapatan sampingan ketika belajar di universiti," ujarnya pada Majlis Perasmian Media Richiamo Coffee di Varsity Mall, semalam.

Tambahnya lagi, selain mempromosikan kafe tersebut menerusi drama atau filem lakonannya, ia juga secara tidak langsung turut mempromosikan usahawan atau peniaga di dalam Varsity Mall UUM.

Katanya, Richiamo Coffee pasti akan menjadi lokasi santai pilihan warga kampus untuk bertemu dan menghilangkan tekanan selepas belajar dan juga kerja.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Akademik), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata, beliau berterima kasih kepada pihak Richiamo Coffee yang telah menjadikan UUM sebagai cawangan pertamanya di Malaysia.

Menurutnya, UUM juga berterima kasih kepada Magna Hartamas Sdn Bhd yang mana Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu merupakan alumni UUM sendiri kerana membangunkan semula Varsity Mall dengan kos bernilai RM7.7 juta.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan penunggang motosikal kuasa tinggi.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Richiamo Coffee, Mohamad Zamry Abu Samah; Pengarah Eksekutif Richiamo Coffee, Zulkiflee Yusof; Ketua Pegawai Eksekutif Magna Hartamas Sdn Bhd, Mohd Nizam Morad dan pegawai-pegawai UUM.


2 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email