Kisah Dunia Kepada Wali Allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Al kisah semalam, saya baca kisah para rasul dan wali Allah yang sedikitpun tiada dunia di hati mereka.... selain baginda SAW, sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As Sidiq r.a, dan salah seorang juga iaitu Rabiatu Adawiyah.... Di rumahnya hanya ada dua benda. Satu: sejadah usang, dua: kendi air,,,, terus saya memandang keliling bilik saya, walaupun daifnya bilik tidur saya, dan sudah banyak pakaian di dalam almari saya sedekahkan pada orang, namun penuh lagi bilik saya dengan barang-barang..... Ya Allah.... yang saya tahu, semua barang-barang itu akan di sab satu-persatu.... 

Sesi discussion bersama sahabat:
Manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab seramai 70,000 orang..... mereka yang tergolong daripada 70,000 ini adalah hamba Allah, salah satunya tidak bergantung kepada makhluk lain selain Allah... sebagai contoh jika seseorang itu meminta tolong dalam kes mengubati pesakit minta tolong bomoh, tangkal, dan sebagainya sudah terkeluar daripada 70,000 masuk syurga tanpa hisab....

Sejenak saya terfikir, adat dan pantang-larang seperti mengambil tangkal ubat cacing anak, itu juga termasuk daripada meminta tolong makhluk lain selain Allah..... dan makhluk itu, sama ada jin Islam atau tidak ia bukan kepergantungan kepada Allah semata..... kerana mempercayai ada selain Allah yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Sejenak lagi saya terfikir, kat tempat saya, kalau bersalin, ada adat "pelepah"...... tak tahu la ini adat mengikut ajaran Islam, ada dalam sunnah atau Al Quran..... jika tidak lakukan adat ini ibu atau yang bersalin mungkin akan mengalami masalah kesakitan diganggu dan sebagainya..... :kepercaya seumpama ini membinggungkan pemikiran cetek ini"..... Namun jika dibelik Al Quran, adat ini tiada sekali pun dalam Al Quran malah dalam sunnah Rasulullah saw.....

sumber google

Berbalik kepada cerita tadi, wali Allah ini tiada apa di hati mereka kecuali Allah...... namun dunia sekarang no money no talk memang di amalkan,,,,, no money dikeji dihina perkara biasa..... Mana yang kita mahu ikut, ikut dunia dipuji atau ikut akhirat dikeji?

Mereka yang menjadi wali Allah sedikit pun tiada berbekas duni di hati. Namun kita jauh sekali, bila tengok sahaja pakaian, tudung di almari ada rasa ini tak cukup itu tak cukup, sedangkan semuanya akan dihisab satu-persatu. 

ps: cuba fikir setiap sen setiap zarah DNA kita akan dihisab.... brapa lama? sama ada kita menerima buku catatan di tangan sebelah kanan atau kiri.....

Zika dan Pencegahan



No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.