Enter your keyword

Wednesday, September 7, 2016

Bila Berat Mata Memandang, Hati Membisikan Sesuatu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hati mula terfikir apa silap mereka itu dan ini. Kesian ! Namun, itu bukan perkataan terbaik yang harus dilafazkan. Tiada istilah kesian, kerana dugaan Allah kepada setiap orang adalah tanda kasih sayang Allah buat mereka. Harus bersyukur dengan mereka kerana Allah sayangkan mereka. Walaupun mulut ini mengeluarkan perkataan tidak puas hati itu dan ini, namun disebalik itu.... hati mula tersenyum dan mendoakan mereka.... tiada apa yang berat melainkan dosa sendiri yang banyak....



Semoga mereka yang berada dalam kesesusahan dan mereka yang membuat orang lain susah diberi kasih sayang Allah, limpahan rahmat dan dikurniakan syurga Allah.... Semua yang terjadi Allah Ya Baari' sudah menentukan segalanya, Tiada apa yang harus disangkal walaupun mulut mengeluarkan kata bagi menyedapkan hati pendengar dengan "kesian"..... Disebalik semua itu hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.... Setiap apa yang disusunkan oleh Allah swt adalah terbaik, walaupun mata yang melihat sangat perit, namun hati mula berkata itu ketentuan Allah.... Qada dan Qadar yang tak mampu di tafsirkan dengan mata zahir, jika mata hati terhijap....

Pejamkan mata, bukakan hati, Allah, Allah, Allah..... mula melihat kebijaksanaan Allah merancang dengan penuh kebijaksanaan apa yang disusunkan oleh Dia Ya Baari'..... rahmat Allah bukan boleh dinampak dengan sejam dua jam..... namun ada yang lama bertahun dan ada juga Allah simpan di syurga... Hebatnya Allah Yang Maha PEngasih Lagi Maha Penyayang.....

Sejak itu, fikiran tertumpu hanya doa kebaikan syurga abadi diutuskan buat mereka..... Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana....

Allhamdulillah.....

ps/ hati anak sangat bersih....



1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email