Bicara Hati Maal Hijrah Yang Bakal Menjelma

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. Bicarahati & phayatan utk Awal Muharram yg bakal mjelang:


Allahumma ya Mubdik engkaulah yang memulakan sesuatu dengan sebaik-baiknya. Ya Baari' ya Mubdik izinkan kami untuk memulakan awal tahun baru hijrah ini dengan permulaan yang baik disisiMu. Ya Fattah ya Waasi' ya Baasit bukakan jalan seluas-luasnya untuk kami berhijrah ke arah mentaatiMu sebulat hati kami. Ya Waliy ya Mu'id bantu kami untuk memperbaiki amal ibadah kami dan hubungan kami denganMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud. Ya Fattah kurniakan kami hijrah yang cemerlang sepertimana hijrah Rasulullah saw dari mekah ke madinah.
Allahumma ya 'Adzim ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin kurniakan kami jiwa yang berani dan kental dalam mengharungi ujian dalam kehidupan ini. Keberanian dan kekuatan membela agamaMu seperti yang kau berikan kepada saidina ali ketika menggantikan tempat tidur baginda Rasulullah saw.

Allahumma ya Ahad ya Wahid ya Somad kurniakan kami hati yang bergantung penuh kepadaMu yang Maha esa dan Maha tunggal sebagaimana kuatnya kebergantungan Rasulullah saw dan saidina abu bakar sepanjang perjalanan hijrah.

Allahumma ya Nuur ya hadi ya Haq pancarkan cahaya kebenaranMu ke dalam jiwaku dan kurniakan kami semangat dan kekuatan dan ya Ba'its ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw menyampaikan kebenaran.



2 comments:

  1. آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED